PADINI SALE !

Assalamualaikum. Padini sale 4 - 6  Nov dan aku tahu ni memang late post dah sampai dah 2 hari lepas dah. Tapi saja ja nak update. Sebab d...

Assalamualaikum.

Padini sale 4 - 6  Nov dan aku tahu ni memang late post dah sampai dah 2 hari lepas dah. Tapi saja ja nak update. Sebab dah lama tak update blog weh, tak tahu nak update apa. Bukan tak tahu tapi otak dah biol dengan banyak projek yang nak kena submit sampaikan tak boleh nak fikir ayat nak karang entry.

Dah lama tak shopping pakaian sebenarnya. Nak pergi mana mana pun susah sebab tak de baju. Alasan perempuan memang macam ni. Sambil sambil nak cuci mata tu boleh laa.



Banyak offer RM19. Ada jugak RM13 pun ada. Padini banyak t-shirt sweatshirt macam tu. Paling banyak crop top. Best la untuk yang bukan muslim. Boleh ambil je mana mana. Kita ni kena jugak memilih yang elok kan. Banyak yang elok sebenarnya.


Test test baju dulu. Supaya balik nanti tak menangis salah beli. Tapi biasanya memang akan ada yang tersalah beli. Tu lah perempuan.


Tapi bila tiba part nak bayar menangis jugak la beratur. Awal awal tu aku masih lagi boleh barisan depan. Dah nak ke petang tengok line sampai ke luar kedai kau. Sabor je laa. Beratur lagi sekali sebab masuk bahagian kasut, Vincci pun offer banyak gilo. Apa lagi, terus cari kasut untuk dinner course nanti laa.


Bosan beratur lama sangat. Tak kisah dah orang nak cakap apa. Janji boleh hilang bosan bila tengok cermin, ini lah jadinya.


Akhirnya. dah nak sampai. Tapi paling mencabar part sini laah. Sebab dah dekat nak sampai,tengok pulak orang depan bayar lama. Beli sampai 6 beg penuh kot. Aduh banyak nya duit dia. Bila lah aku nak banyak duit macam tu.


Muka happy dapat baju dengan kasut. Ok, nak happy macam ni lagi kena tunggu sale lagi. Kalau tak ada sale tolong jangan pergi. Hahaha.


Muka ni lagi bahagia. Dah lama kami duk serabut kepala dengan projek dan bermacam lagi. Akhirnya dapat jugak lepas kan diri pergi shopping mall cuci mata.

Ok, lepas ni nak kena hadap projek balik. Nak kena hadap presentation balik. Senang lenang sangat kat sini. Balik je Perlis, kepala jadi berat balik. Nasib badan la belajar tak habis habis.


You Might Also Like

6 comments

  1. Padini bila buat sales memang penuh orang. Hari tu pergi Padini Melaka bapak ahh nak bayar pun kemain panjang beratur. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAA KANNN. ramai kot time tu. tapi redha je. hahaha

      Delete
  2. sempat jugak ek shopping,
    shark tgk orang beratur panjang camtu pun rasa maleh nak masuk.
    hehehe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak aim memang mls jugak. tpi sebab datang jauh2 memang nak beli. terpaksa redah jugak lah

      Delete
  3. APSAL AKU TAK TAHU PASAL NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat tak tahu. kat twitter duk viral. hehehe

      Delete

ShopLinks

babab.net