BEAUTY DIARY : MASKER TOMATO HOMEMADE

Assalamualaikum. 😎😎😎 Musim musim study week ni muka konfem kusam tak terjaga kan. Dan aku rasa penat nak rehatkan diri kejap, jadi kita...

Assalamualaikum. 😎😎😎

Musim musim study week ni muka konfem kusam tak terjaga kan. Dan aku rasa penat nak rehatkan diri kejap, jadi kita rehatkan kulit muka dulu lah sikit sebelum tidur. Kalau nak beli masker dekat Watson or Guardian tu memang 1 pek dah makan 5 6 ringgit, jadi jom kita DIY sendiri lah, murah dan lagi nature. Kalau dekat Watson tu mesti ada bahan kimia walaupun dia cakap nature sampai 100% sekalipun.

Tak susah pun cuma kisar tomato tapi aku tak ada blender jadi aku lenyek lenyek je bagi hancur guna mata pemarut. Lepas tu cairkan serbuk agar agar nak bagi dia kering nanti senang nak kopek (cabut). Tapi aku buat tak leh cabut jugak, tapi kering cepat sikit lah. Tak letak serbuk agar agar pun tak apa. Boleh jugak. Untuk kali ni aku guna satu bahan ja. Guna tomato ja, tak campur dengan buah buah lain pun.

 Haa, ni la rupa tengah tengah masker, Syok je sejuk rasa. Kesan dia memang tak dapat la sekarang, kena buat banyak kali tapi untuk kali ni, muka rasa segar sikit, sejuk ja je rasa sepanjang tempek tomato ni kat muka.


Tunggu sampai 30minit macam tu dah boleh basuh dah. Nak pakai lama lama sikit pun ikut suka lah sebab ni kan pure natural kan. Boleh ja nak pakai lama sebab tak ada bahan kimia sikit pun.


Lepas dah kering, boleh lah la basuh dengan air biasa. Lepas basuh segar sangat rasa muka oiii. Tak ada rasa stress dekat muka. Sungguh aku tak tipu. Tolong cuba dekat rumah yaa korang. Culik ja setengah biji tomato mak korang tu.👅👅👅 hehehe.

Yang lebih aku buat snek makan kalau lapar.😋😋😋😋 Memang aku suka makan tomato mentah mentah macam tu dari kecil lagi. Dulu time kecik mak potong tomato sibuk dengan tangan aku yang capai dan makan banyak. 😂😂😂


Snek tika lapar. 

You Might Also Like

1 comments

  1. Tomato kecik tu memang best buat snek.. tau tau je dah habis semangkuk.. tapi tak pernah lah lagi buat masker.. cam best je..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net