Followers

KENDURI RUMAH SENDIRI

Assalamualaikum. Dah nak habis bulan 12 tapi entry baru 5 6 ketul. Apa punya malas la seketul leyla ni. Bizi ka apa pun tak tahu. Ni baru ...

Assalamualaikum.

Dah nak habis bulan 12 tapi entry baru 5 6 ketul. Apa punya malas la seketul leyla ni. Bizi ka apa pun tak tahu. Ni baru balik dari Terengganu hari tu ada kenduri dekat rumah dan dah tentu bukan kenduri aku lah.

Ingat lagi entry pak sedara aku kawen ? Haa, ni kenduri belah laki dan buat kat rumah aku. Sebab gabung dengan kenduri aqiqah anak saudara, khatam Quran anak saudara dan sepupu, mak saudara tunang. Haa, banyak majlis dalam satu. Tak penat dan menjimatkan. Masing masing top up sikit sorang.

Ok, mula dengan aqiqah Hannah aka anak saudara aku. Ni dia budak montel comel ni. Aku asyik duk kelek kan Hannah je la. Bagi aku mengasuh pun tak pa. Geram betul aku dengan budak montel ni.



Dengan cik sue Hannah pandang pulak camera kalau bergambar.😗😗😗 Kalau dengan umi dia jangan harap nak dapat gambar macam ni. Memang Hannah tak pandnag camera. Umi tak pandai selfie katanya. Umi jeles gila kat cik sue sebab boleh amik gambar Hannah macam ni sambil senyum lagi tu Hannah.



Kalau dengan Umi tengok la jadi macam mana. Hahhahaa, memang patut la ummi jeles dengan cik sue.




Majlis bertandang belah family aku pulak. Tema purple jadinya. Asal nak buat tema pink last jadi purple. Biasa lah pelamin sendiri tukar color last minit pun no hal. Asalkan jadi sudah.



Lepas tu majlis pertunangan mak saudara aku yang sama baya dengan aku. Selamat bertunang ya mak sedara, Dah jadi tunang orang tak lama lagi jadi isteri orang. Apa apa pun selamat sampai ke jenjang pelamin ya.

Malam sebelum tu ada majlis Khatam Al-Quran anak sedara (abang hannah) dengan sepupu aku.


Alhamdulillah majlisberjalan dengan lancar. Meriah sekali sampai ramai sangat tetamu yang hadir walaupun ajak sikit sikit ja. Ajak saudara mara terdekat ja. Tu pun dah ramai. Belum lagi kawan kawan aku kawan kawan ma semua.

Orang lain semua ada majlis masing masing. Aku? masih berangan punya anak walaupun ank pinjam.




Haa, tu la kerja aku. Memang suka aku pegang baby gemok gemok dan perangai elok macam ni. Tapi jangan lah bagi yang kuat meragam nanti aku buang kat sungai. Hahahaa. ok gurau ja. Aku suka layan budak yang baik pandai macam ni. Kalau yang jenis nak pukul orang, jenis cuit sikit pun nak mengamuk, jenis yang suka ludah ludah kat orang, jangan bagi aku. Aku tak suka layan. hahaha. Choozy kau mak !


Dan sekarang aku?

Selamat sampai di Perlis dan teruskan hidup macam biasa tanpa sesiapa disisi kecuali keluarga dan kawan kawan tercinta.😆😆😆 Dan sebenarnya minggu depan aku kena hadap Final exam tapi masih belum ada kesedaran dalam diri ini untuk study dan menelaah pelajaran. Masih lagi dalam angan angan tak sudah.

Doakan aku pliss untuk dapat kesedaran tersebut. Pliss doa lepas tu fuhh kanan fuhh kiri sikit, ok mengarut.

Haaaa 😟😟😟 pliss cepat lah habis sem ni aku pun nak rehatkan minda sat. Lepas tu sambung join latihan pulak boleh buli kadet. Lagi release tension. Ok aku jahat.😜😜 Tengok, berangan lagi sampai habis exam padahal exam pun belum mula lagi.

You Might Also Like

3 comments

  1. Hehehe tentang study tu, bila tiba masanya nanti Leyla akan automatik get ready untuk study.. Memang sangat comel dan bam bam Hannah! Pipi diaaaaaaa.. Bam bam!

    ReplyDelete
  2. Hapening betul kenduri tu.
    Lain kali kalau ada kenduri macam tu pelawalah saya.

    ReplyDelete
  3. Wahhh dapat Kakak Ipar yea...

    Leyla semakin comel...dan cantik...

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net