Followers

MAKAN BERTEMAN IS TOO MAINSTREAM

Assalamualaikum. Selalu nya kalau nak makan asyik kena berteman je kan. Nak kemana mana kena berteman kan?Tapi ada ja jenis yang okay je p...

Assalamualaikum.

Selalu nya kalau nak makan asyik kena berteman je kan. Nak kemana mana kena berteman kan?Tapi ada ja jenis yang okay je pergi mana mana sorang. Dan aku salah seorang perempuan yang jenis macam tu. Kalau dulu memang aku jenis nak pergi mana mana kena berteman. Sampailah satu problem happen dan aku belajar yang kawan ni takkan ada untuk kita selamanya. Satu hari kita kena buat semua benda sendiri.

Aku pun belajar macam mana jalan sornag sorang, pergi beli barang sorang sorang, keluar beli barang dapur sorang sorang sehinggakan aku jadi selesa bila sorang sorang. Selesa tu bila kita tak perlu susahkan orang lain nak temankan aku kemana mana.

Walaupun bahaya untuk seorang gadis macam aku ni jalan sorang, tapi aku sendiri pun tahu mana satu bahaya dan mana satu tak. Jangan lah pergi kawasan hitam contohnya lorong lorong. Jangan dekati jalan jalan sunyi yang tak ada orang lalu. Jalan lah dekat kawasan yang ramai orang supaya kalau jadi apa apa senang nak minta pertolongan. Jangan cari pasal kata orang.

Selain tu kalau keluar sorang sorang pakaian tu kena sopan sikit. Jangan nak pakai sendat sana sini. Sebab akan mengundang sesuatu yang tak elok. Paham kan ? Paham sendiri lah, korang semua dah besar kan. Pakai lah yang selesa dan tak menarik perhatian mamat mamat nakal diluar sana. Jangan nak gedik gedik tegur orang sembarangan. Tahu lah ramah, tapi kalau awak tegur tu buaya, macam mana?

My mom memang tahu anak dia memang jenis independent sikit walaupun dia sering tak percaya kebolehan anak dia secara luaaran tapi aku yakin dalam hati dia, dia percaya yang aku okay je. But a man memang selalu pesan jangan nak keluar sorang sebab bahaya la apa, yes, biasa lah overthinking. Tapi sebenarnya bukan overthinking tapi pandangan lelaki pada perempuan. Faham lah, tapi sampai bila nak susahkan orang kalau kita boleh buat sendiri. Nanti kerja lagilah sorang sorang. Jadi dari sekarang lah nak belajar berdikari sorang sorang kan.

Alkisah tadi aku kan KFC sorang dan sedar sedar rupanya memang aku sorang sorang dekat floor atas tu.


Nah sampai macam ni haa.


Kadang kadang aku meroyan macam ni lah. Kalau sorang sorang and need someone temankan.


Maklumlah hidup single di Perlis ni. Mana orang nak teman kan. Tengok pasangan sana sini duk jalan jalan, emmm, pasang angan angan je la. Lepas tu fikir negative sight pulak, jadi aku bersyukur tak ada teman dekat sini. Negative sight dia ? Fikir sendiri lah.

Thanks for reading this entry !

You Might Also Like

9 comments

  1. Sha dari sekolah selalu berseorangan.. ada je kawan tapi cam LG best lone renjer.. lagi mudah nk bergerak dan kemana-mana.. cuma skrg nie dah ada hubby mmg berteman dia je la.. tp kenkadang seorang juga.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann senang kalau sornag . bebas tak perlu nak pikir orang

      Delete
  2. ini dah macam filem desolasi ni...sorang-soang memang boleh rasa pelik semacam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. kdang rase awkward tapi buat buat macam rilek

      Delete
  3. Replies
    1. betultu. rasa bebas. cuma kadang2 cakap sorang2

      Delete
  4. Uihhh dah makan kfc beli lagi Chatime. Hahah. Sedapnyaaa KFC. Kadang kadang sensorang pun seronok kan

    ReplyDelete
  5. kdg seorang lebih mudah. cuma sunyi ja. tp phone kan ada. hehe

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net