MY UNCLE WEDDING DAY

Assalamualaikum . Hai ... Hujung minggu lepas aku pergi KL, ada wedding uncle belah ma aku. Memang kami rapat dari kecil lagi, Kalau tak p...

Assalamualaikum . Hai ...

Hujung minggu lepas aku pergi KL, ada wedding uncle belah ma aku. Memang kami rapat dari kecil lagi, Kalau tak pergi tu memang buat rasa serba salah la. Isteri dia pulak baik jugak dengan famili kami, walaupun duduk jauh tapi pandai amik hati kami semua.

Malas nak cakap banyak sebab nak selit gambar je banyak dalam ni. So enjoy tengok gambar je ya. Kalau tamau boleh klik pangkah siap siap. Huhuhu.



 Ni geng anak dara mak dara. Ni barisan mak saudara yang rapat sangat dengan aku. Rasanya semua belah mak rapat.. Kalau saudara belah ayah macam kureng sikit laa.


Mula-mula kami macam pelik jugak kahwin belah sini sebab hantaran kena bawak time hari akad nikah. Lepas tu serah time tu. Kalau belah pantai timur bawak time hari bersanding. Ada selawat sambil jalan bawak dulang hantaran. Kalau kat KL katanya hari sanding tak bawak apa apa dah. Bawak suami dia ja. Owww macam tu pulak rupanya.



Dulu time kecik2 kami rapat gila. Sampai tidur pun sama sama, pergi sekolah sama sama bonceng basikal. Nakal sama sama lepas tu kena marah. Kalau kawan kawan sekolah dulu panggil awie dengan erra sebab masa tu tengah hot cerita sembilu  kan. Sekarang dah kawen dah pak sedara aku sorang ni. Aku? Haruslah lambat lagi. Kita bagi lepas yang tua tua dulu laa.


Tu yang kanan dah kawen, Yang kiri bakal tunang, nanti konfem kawen dulu. Tinggallah ku sendiri yang masing bujang trantangtang.



With my beautiful and gorges mum than me. Selalu dia cakap kalau ma kurus konfem kak na kalah, ma lagi lawa dari kak na. Ok ma, i know that. Nasib ma tak slim macam aku kalau tak jatuh saham aku. Hahahaha


Selamat pengantin baru pak sedara dan mak sedara baru. Welcome to our family. Family belah ma kecoh sikit. Semua perangai terok2 depan sedara ni. Hahaha. bukan perangai terok tapi sporting nak gurau gurau pun senang.

Dengan anak sedara yang paling baik dengan tok ma dia. Selalu ma bawak je pergi mana mana sampai datang KL pun bawak sekali. Suka la sebab dia tak banyak perangai. Pandai berdikari tak susahkan orang. Untung la dia mana mana pon boleh pergi.

Baju aku pakai tu dari Zalora.com. Brand Zalia. Best pakai dan ramai yang cakap lawa, Sebenarnya nak pakai time dinner nanti tapi kita try dulu la. Nanti review zalora lepas dinner la ya. Ok, itu saja untuk entry kali ni. Bye semua.

You Might Also Like

17 comments

  1. Bertambah lagi ahli keluarga :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  2. WAHH COMELNYEE DIA.. SELAMAT PGNTIAN BARU BUAT PAKCIK AWAK

    ReplyDelete
  3. that emerald green dress is so cantik!!

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sekali follow sini....#323...comelnya pengantin...

    ReplyDelete
  5. sakan aih.. dengan anak menakan lagi yg bukan main.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ank menakan yg sakan bergambar

      Delete
  6. meriahnya pelamin dgn bunga-bunga tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aina kan.tak sabar nak pelamin sendiri nnti

      Delete

ShopLinks

babab.net