STUDIES DIARY : STUDY WEEK

Assalamualaikum. Bila study week menjelma ni masing masing sibuk study sampai ke awal pagi. Sebenarnya study week tu minggu lepas dan aku ...

Assalamualaikum.

Bila study week menjelma ni masing masing sibuk study sampai ke awal pagi. Sebenarnya study week tu minggu lepas dan aku balik rumah sebab kenduri. Baca entry lepas. Esok dah start final exam sebenarnya tapi aku punya paper start 30 haribulan. Jadi agak lambat lagi.

Bukan banyak pun paper aku cuma aku je yang acah lebih konon study padahal main je lebih.


Acah nak sambut xmas konon padahal jeles orang semua jalan jalan dekat shopping complex, memang la jeles sebab sekarang sale belambak. Nak shopping jugak walaupun tak ada duit.


Bila dah lama lama duk study dia jadi lagi mengarut. Mula nak maun selfie, nak keluar makan, nak keluar beli itu ini, nak layan youtube nak tulis blog, eh eh.


Bila lama sangat dekat library, dah jadi macam makcik makcik tudung senget benget, memang tak layan dah. Konon aku lah study kuat padahal tak lekat kat kerusi pun pergi jalan sana jalan sini.


Ni lah yang membimbangkan aku. Math ni lah yang rasa berat sikit. Dah banyak sangat melukis, math tinggal belakang, nak exam baru kalut nak study semua. Susah jugak kira kira ni. Tapi ada sesetengah orang cakap math lah paling senang sebab kira ja. Memang la kira ja, nak bagi ak kira 1 sampai seribu pun tak apa, tapi nak ingat formula bagai semua ni yang lemah sikit.

Wish me luck guys dan jangan lupa doakan aku supaya senang nak jawab exam nanti. Dah habis math ni rasa dah boleh merdeka sikit. Penat nak layan math ni. Penat otak nak memikir nya. Tak sabar nak habis exam ni wehh. Nak relex pulak.

You Might Also Like

3 comments

ShopLinks

babab.net