ANNUAL DINNER PRODUCT DEVELOPMENT TECHNOLOGY ENGINEERING 2016

Assalamualaikum. Entry kali ni adalah entry yang panjang dan banyak gambar. Dan gambar jangan risau sangat cantik sebab si capture dari ca...

Assalamualaikum.

Entry kali ni adalah entry yang panjang dan banyak gambar. Dan gambar jangan risau sangat cantik sebab si capture dari camera yang sangat berkualiti. Ramai photographer photographer hebat malam tu yang sempat capture moment moment indah sepanjang malam makan malam.

Dinner sebenarnya pada 11 december 2016 dan diupdate agak lambat sebab menunggu compile gambar gambar menarik ni dan menunggu masa yang sesuai untuk mengarang ayat sepanjang post ni. Agak susah sebenarnya kerja mengarang ni. Nasib baik kak leyla suka tulis karangan BM. Jangan tanya kak leyla dapat grade apa BM SPM dulu. Nanti adik adik SPM terkejut kejung nak caras akak.

Ok, dinner kali ni di uruskan oleh batch kami iaitu student tahun dua Product Development Engineering. Dan aku sebagai bendahari yang menjadi ceti sepanjang mengumpulkan duit dinner ni. Bukan mudah tahu nak kumpul duit ni semua. Awalnya ingat senang lah, mintak terus bagi kan, rupanya pening kepala akak tau. Ada yang tak ada duit, ada yang tak nak pergi. Susah nak pujuk sorang sorang dan akhirnya Alhamdulillah semua pergi kecuali yang ada alasan yang kukuh sahaja terkecuali.

Anyway, annual dinner ni di adakan di Hotel Sri Malaysia, Perlis. Makanan yang disediakan sangat best. Aku memang prefer tempat ni sebab dulu time diploma pun dinner dekat sini dan makanan dia tak mengecewakan ! Ada satu tempat pernah dinner dekat situ dan makanan memang mengecewakan dan banyak tak habis. Rasa membazir pulak bayar mahal mahal.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nak uruskan hotel dengan duit semua gak rumit bila duit tiba tiba shot. Duit macam tak cukup dan berterabur sana sini. Kami 4 orang Zahir, Delle, Naddy dan aku memang rushing sana sini pergi settle hotel dan cari barang doorgift, barang prop, barang gift semua sebab kami nak d,i.y je semua benda. Bukan apa, nak jimatkan kos sebab bayar mahal memang untuk makan yang puas hati dan sampingan tu dapat sponsor sikit sikit ja. Dinner ni orang ingat akan jadi simple tapi sebenarnya super gempak uols ! Segempak batch yang handle la kan. Ok perasan.

Banyak tangan yang menolong lepas settle benda tu semua. Semua ahli batch aku turun studio siapkan persiapan doorgift, gift dan sebagainya sampaikan ada yang stay studio sampai bagi. Tidur ja semua dekat studio. Yang buat persembahan sporting pun best jugak. Aku pun tak tahu yang batch aku ni sebenarnya bagus bagus cuma tak nampak, bila ada aktiviti yang memerlukan semua penglibatan ni baru nampak sorang sorang tu macam mana. Im proud with all of you.


Our hall. Makan kami decide makan hidang sebab senang tak payah nak beratur nak ambil makanan kalau pakai buffer. Abaikan muka senior aku tu yang super semangat datang awal sebab nak sogok orang pilih dia jadi King of The Night.


Registration desk, kat sini semua wajib tanda kedatangan dan ambik doorgift dan flower corsage bagi perempuan dan flower pin bagi lelaki. Flower pin ka apa aku main sebut ja. Alaa yang letak dekat kot tu, pin dekat baju lelaki. Ikutah korang panggil apa pun.


Ni lah corsage ni. Corsage ni pun kami d.i.y ja. Semua buat sendiri. Dah nama budak design kan, Benda senang macam ni takkan nak tempah. Membazir ja. Selagi boleh buat kita buat. Cantik ke tak tu no dua janji hasil kerja kita sendiri dan cukup puas hati dah.


Barisan jemah jemah AJK. Ramai lagi yang lain. Yang ni ja sempat tarik bergambar yang lain sibuk nak urus sana sini. Dua tu tak AJK pun. Tapi kena tarik buat kerja jugak. Baju merah tu Naddy, coklat bella, mas dan hijau tu haruslah aku.


Ni batch aku la ni. Semua sengal sengal masuk air ja. 


Ucapan dari pengerusi rancangan. Eh eh tiba tiba gambar dekat screen sama dengan En.Haidiezul. Macam ada jodoh pulak kan cuma tak pakai spek je, Kalau pakai spek konfem dah sama sebijik.


The crowded, masing masing tekun mendengar ucapan dan amanah dari Pengerusi Rancangan.

Kebetulan malam tu birthday salah seorang lecturer kami, Puan Diyana. Sempat la kami buat suprise dekat Puan Diyana. Tengah tengah nak suruh puan diyana bagi ucapan, anak dia boleh bagi kata semangat. "Ibu,Ibu,Ibu" Lepas satu dewan la bagi semangat "Ibu,ibu,ibu" Comel betul anak dia.


Diteruskan dengan persembahan dan sambil tu menjamu selera.

Persembahan sporting gila dari batch kami yang buat shi shua shua. EH, betul ka ? Tapi memang gamat la satu dewan duk buat lawak.

Persembahan year 3. Salah sorang nya memang terror menari k-pop. Menjadi sungguh weh. Semua bangun teruja sangat sampai semua kedepan nak ambil video. Rupanya student product development ni semua otak masuk air. Rilek ja buat persembahan sporting macam tu.


Persembahan year 4 lagi gempak menari bollywood chumachalle. Sampai kena ulang 2 kali sebab lecturer pun nak menari sama. Sampai yang kali kedua tu hampir separuh dewan menari sekali. Hah, gila tak sporting ?

See, ni lecturer kami pun tuk chumachalle sekali tau. Ha, lecturer korang ada macam ni ? Tak ada okay. Semua lecturer join tau. Semua pakat menari sekali.


King and Queen of The Night.


Lepas tu sempat lagi kami bermanequien challenge ramai ramai satu dewan. Haa, semua diam jadi patung. Boleh tengok video full annual dinner kami tu nanti. Video manequien challenge tak sempat lagi nak di edit.


Barisan AJK dan yang pakai spek tu Pengarah Program ZHARIF student year 4. Best dia jadi pengarah walaupun tak berapa nak jumpa sangat sebab masing masing bizi tapi ok la, dia ambil yahu jugak. Tanya dan bagitahu apa yang perlu dan patut buat.

A big thanks to DELLE, ZAHIR, NADDY, yang susah payah pergi rushing sana sini. Big thanks to ahli kelas yang menolong, nak list satu satu nanti takut ada yang tertinggal kan susah pulak terasa hati. Semua sekali lah ya. Thanks tu AJK first year yang tolong kami jugak. Lepas ni korang la pulak yang arrange kan dinner ni untuk senior korang.

Tujuan utama dinner ni adalah untuk meraikan susah payah usaha senior 4 year yang berhempas pulas menghabiskan 4 tahun di UniMAP ni. Majlis ni untuk diorang lah sebenarnya. Dan jugak untuk lecturer lecturer yang mengajar kami dengan penuh ilmu yang tak terhingga. Disamping tu merapatkan lagi hubungan antara senior dan junior junior.

Itulah cerita annual dinner Product Development Engineering. Panjang? tak apa, sebagai kenangan bersama. Lepas ni boleh lah nak handle program lain pulak. Rancang nak family day pulak. Tapi sebenarnya ni jugak proses persediaan kami nak handle big program untuk tahun 3 nanti. Industrial Dialog. Yang tu yang seram sejuk je dengar tu. In shaa Allah kena buat preparation dari awal.

Thanks for reading the entry !

You Might Also Like

10 comments

  1. Tahniah2... pernah rasa kehidupan macam ni.
    Alhamdulillah berjalan lancar yak..

    yang penting semua enjoy dan happy. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. apa pon majlis tu semua org enjoy. tu je keutamaan sesiapa yang handle jamuan macam ni. majlis tak lancar tapi asalkan semua nejoy itu memadai. sebab setiap apa yang kita buat mesti ada kekurangan tersendiri

      Delete
  2. fuh menarik...lagi menarik bila semua lecturer sporting...mesti dua tiga malam dok teringat lagi kan pasal malam annual dinner ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dua tiga hari duk terbayang. dah mabuk kepayan sngt, p spam ig smpai 3 4 hari duk up gmbr dinner lgi

      Delete
  3. waaaa menariknya dinner ni. yang bestnya bila buat event macamni ialah bila semua orang sporting and enjoy the moment. kalau ada konflik2 tu tak best lah kan hehe. syabas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee. terima kasih. memang ni ja part paling seronok kalau belajar kan

      Delete
  4. Annual dinner. Moment paling ditunggu2 student. Dapat pakai cantik2 dengan makan banyak2. Tapi bayaran memang mengempiskan poket kalau kat tempat saya. Hahah.

    Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. time nak dinner susah la nak kumpul duit,. masing2 alasan tak ada duit kan. kita yang kutip duit ni pun tak ada duit jugak, tapi dinner punya pasal, melayang la duit tu

      Delete

ShopLinks

babab.net