BUTTER COOKIES BUAT BAKAL ...... ;)

Assalamualaikum! Hai, dah lama tak up entry masak masak ni. Balik kampung pun tak sempat nak masak masak sangat sebab cuti pun sekejap se...

Assalamualaikum!


Hai, dah lama tak up entry masak masak ni. Balik kampung pun tak sempat nak masak masak sangat sebab cuti pun sekejap sekejap ja. 

Hari tu cuti seminggu ada orang nak datang rumah, dah lama orang tu request nak florenta cookies, tapi tak kesampaian jugak. Minggu tu macam malas nak buat florenta cookies sebab kos nya agak tinggi. Sekarang kita amalkan jimat cermat, jadi cancel buat florenta cookies..

Dan disebabkan aku pun dah lama teringin nak buat coklat chip cookies ala ala famous amous tu, jadi apa salahnya kita teruskan niat tu, Jadi terjadilah butter cookies ala ala famous amous tu. Tak sempat nak snap banyak sebab elok siap baking, elok kawan tu sampai. Sempat la bagi 2 balang cookies tu. Satu untuk dia satu untuk ayah mertua, eh, untuk letak kat rumah dia. Hehehe. 


Isi dalam cookies aku pakai chip coklat hershey dengan kacang hazelnut. Tak tahu apa yang sesuai melain kan hazelnut, mungkin boleh try letak oat ka lepas ni. Nak letak wallnut macam tak sesuai lagipun mak ai mahal kot wallnut tu. 

Ok, ni yang masih ada dengan aku, tu pun ada berapa ketul je lagi, takpe la, kita shoot yang mana ada je ya. Next time buat lagi. 


Shoot gambar cookies ni kena feeling askar sikit lah, kan aku baru habis latihan masa tu, pastu dapat lagi mafla desert tu dari Abu Dhabi, hehehe, Terima kasih ya selalu kena pau barang barang askar, jimat sikit duit aku tak payah nak kena beli. Tengok la muka aku merah macam udang kena bakar sebab effect sepanjang latihan. Rasa macam nak suruh dia balik semula ja, tapi pandai lah dia paham sendiri, sebab dia pun macam tu jugak.


Ni kali kedua kami jumpa, tu pun jumpa tak cakap dengan aku pun, cakap dengan nenek,ma dengan ayah ja. Aku tetap macam orang bisu sama macam pertama kali jumpa dulu. Pertama kali jumpa, dia cakap dengan ma je lah. Bila lah boleh jumpa dan cakap macam orang lain. Nak dating memang jauh sekali la. 

Dari dulu duk request nak ambik gambar sama2, tapi sampai kali kedua jumpa pon tak kesampaian nak bergambar. Hahaha, sabor je la ye, memang malu la nak bergambar depan ma ayh, macam budak budak pulak nantikan. So kita buat cool ja. 
 
Oh, lupa resepi. Aku guna resepi ni ja, jumpa dekat facebook, apa lagi, screenshot je la. Nasib baik menjadi dan sedap. Boleh la kalau korang nak try try buat. Kalau pandai boleh la olah sendiri, aku ni memang ikut resepi ja, kan olah mau patah gigi nak makan nanti. 


Okay selamat mencuba ya. 

Thank you for reading this; entry!

You Might Also Like

7 comments

  1. sebijik mcm famous amos lak ju tgk ! lama xmkan cookies mcm ni, rupa ny leh buat sdiri.. adoi part wat kuih/kek/cookies ni mmg ju lemah. harap kena hulur je =D rajin ny awk buat ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye kalau bab biskut kek ni rajin la kak, kalau bab lain tu malas sikit laa. kuih bab kuih tradisional ni kurang rajin sikit.

      Delete
    2. Bab biskut awak rajin tapi bab lain yang Aswaleya kata malas sikit tu apa dia? P. Ramlee kata, "cakap biar terang."

      Delete
    3. hehehe. bab malas tu rahsia laa.

      Delete
  2. ada keinginan juga nak buat cookies, tapi sampai sekarang tak terbuat 😂

    ReplyDelete
  3. untuk bakal.....

    asalkan butter cookies menajadi sudah cukup bagus

    ReplyDelete
  4. Ehemmm sedapnya, Mai mmg fav cookies ni, segala jenis cookies tau. Pandai buat. Boleh jadi menantu kesayangan ni.hihi

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net