Followers

KENAPA PERLU GIVE UP KALAU SUDAH DI SEPARUH JALAN

Assalamualaikum... Dekat dunia ni tak ada seorang pun yang terlepas dari perasaan give up, nak give up, hampir give up, akan give up ...

Assalamualaikum...


Dekat dunia ni tak ada seorang pun yang terlepas dari perasaan give up, nak give up, hampir give up, akan give up dan sebagai nya. Aku pun tak terlepas dari perasaan tu. Kadang kadang tekanan belajar, tekanan ekonomi keluarga buat perasaan give up tu membuak buak tau. Rasa macam nak quit belajar dan cari kerja cepat-cepat nak tolong mak ayah. Tapi patot ka buat macam tu bila kita dah lalui nya setengah jalan?

Rasanya tak patut perasaan give up tu dilayan dan terus berserah dan pasrah dengan perasaan sendiri. Sedangkan perasaan tu boleh dibendung dan dijadikan sebagai semangat untuk kita teruskan dan untuk kita tanam azam dan mind set untuk lawan perasaan give up tu.

Sebab kita tak tahu ke mana arah tuju kita, mungkin kita menyesalkan memilih laluan A, tapi yakin kah kita tak akan menyesal kalau kita pilih laluan B? Semestinya kita akan rasa menyesal dan give up ditengah jalan.


Ya, sebelum kita rasa give up, fikirkan balik kenapa kita mulakan dan bertahan begitu lama hingga ke saat ini. Patut ka kita give up dengan pilihan yang kita sendiri yang buat ? Selesaikan apa yang kita mulakan untuk kita tidak berpaling dan menyesal dengan keputusan yang baru dibuat.

Give up ni sebenarnyaa normal, tapi jangan terlalu terpedaya dengan perasaan tersebut. Selagi kita boleh teruskan kita teruskan, selagi perkara tu baik untuk kita, teruskan. Tapi kalau give up itu yang terbaik untuk kita, tak salah give up, tapi selepas buat keputusan untuk give up, percaya lah pada diri untuk bangun dan melangkah semula.

Thank you for reading this 'membebel' entry  !

You Might Also Like

3 comments

  1. Setuju dengan entry ni. Jangan mudah sangat give up. Setiap pilihan yang kita buat tu ada consequences dia. Sebaiknya, habiskan apa yang kita dah mulakan.

    ReplyDelete
  2. kalau rasa nak give up, tengok balik niat kita mula-mula dulu . & cari lah orang untuk memberi nasihat, pendorong, galakan ketika rasa nak give up :)

    kc tag lela kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2017/02/give-away-by-ashasrah.html :)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan Leyla..akak selalu rasa give up

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net