MENCARI ANAK ANGKAT

Assalamualaikum.. Dari dulu lagi terasa nak bela kucing sendiri dekat rumah dekat perlis ni. Kalau kat rumah dekat kampung tak payah cakap...

Assalamualaikum..

Dari dulu lagi terasa nak bela kucing sendiri dekat rumah dekat perlis ni. Kalau kat rumah dekat kampung tak payah cakap lah, 20 ekor lebih kucing. Sebab ma suka sangat kucing, tak boleh hidup kalau tak ada kucing. Sebab kucing tu lah kawan kawan sembang dia.

Kucing ni satu makhluk yang sangat unik dan miracle sebab boleh ubah mood seseorang jadi lebih gembira dan ceria. Tak tahu lah bagi orang lain macam mana kan. Kadang kadang kalau sedih tu ambil kucing lepas tu cerita dekat kucing sambil nangis nangis. Itu pun dah cukup tenang dah rasa lepas tu. Sebab kucing ni macam faham yang kita tengah sedih, dia diam dan pandang je muka kita yang tengah menagis dengan pandangan sayu.

Kucing ni boleh hilangkan stress jugak. Penat penat balik kelas, balik kerja, dapat tengok kucing main main, dapat tengok kucong makan, peluk lepas tu sembang sembang dengan kucing, mesti rasa tenang dan semua stress tu hilang. Percaya tak ?

Alkisah nak beli kucing. Rasa membuak buak nak beli kucing. Comel sangat kawan tunjuk hari tu. Katanya RM300. Punya semangat nekad nak beli. Sebab harga RM300 tu sangat murah untuk kucing secomel tu. Bila tengok balik rupanya harga mula dengan RM300, siapa letak harga paling tinggi dia dapat. Mana nak cekau duit kalau sampai RM500. Terpaksa lupakan niat lepas merenget berkali kali nak beli.


Nah, siapa tak gila wehh tengok kucing comel macam ni. Menangis tak boleh beli sampai tak lena nak tidur. Kalau dapat kucing ni memang tataw nak cakap apa lah, hari hari peluk ni. Macam teddy bear dah tengok ni.

Lepas cerita dekat kawan, dia offer ambil kucing dekat rumah pakcik dia. Free jaa, Apa lagi lepas tengok gambar, Ok, terus on nak ambil kucing dengan pakcik dia sebab ramai sangat dah rumah pakcik dia. Seronok sampai mata naik blink blink taw.


Ni gambar si abang. Tapi pak cik dia tak bagi yang abang ni. Kena ambil yang di adik. Si adik kecik lagi. Kena tunggu lepas si adik dah lepas susu. Kesian nanti nak ambil kalau tak habis menyusu lagi kan.


Si adik kecil lagi. Sabar je la mummy tunggu adik lepas menyusu. Tak sabar taw nak ambil si adik ni. Nanti duk dengan mummy elok elok yaa. Mummy jaga si adik ni dengan penuh kasih sayang yaa. Nama tak decide lagi. Actually dah cari tapi tak official lagi. Nanti kita buat entry lain. Tunggu si adik ni betul betul ada dengan mummy baru kita bagi nama official yaa.

Thank you for reading this entry !

You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. kan. si abg tu muka mcm jambu je. mcm lelaki korea. hehee

      Delete
  2. Tak sabar taw nak tengok adik tu...moga niat terlaksana ya...ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. kita pon tak sabar sangat2 dah ni.

      Delete
  3. soooooo cuuuuuutee.. geram tgk huhuhu ^-^

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Kdg2 kucing lebih memahami .... btw, comel si adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar nak ambil si adik tuu. betul. kucing ni kalau kita sedih dia pun mcm rasa apa yg kita rasa. tu yg suka bela kucing

      Delete
  5. Geramnya tengok yang putih tu! comel sangatttt :')

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net