BIG BUBBLE KUALA PERLIS

Assalamualaikum dan hai korang! Jumaat dan tak ada kelas memang suka la kami semua. Sebab korang sendiri pun tahu hari jumaat bukanlah ...


Assalamualaikum dan hai korang!

Jumaat dan tak ada kelas memang suka la kami semua. Sebab korang sendiri pun tahu hari jumaat bukanlah hari yang sesuai untuk bekerja dan belajar. Hari jumaat adalah hari untuk beribadat dan meluang kan masa bersama keluarga. Sebab tu aku suka sangat negeri Terengganu dan Kelantan sebab cuti hari jumaat dan sabtu. Banyak kelebihan cuti hari jumaat sabtu berbanding sabtu dan ahad.

Memandangkan aku tak ada kelas, marilah kita melakukan aktiviti yang berfaedah sambil mengambil angin luar. Tidak lah asyik dengan angin kolej, angin Padang Besar ja. Sekali sekali kita ambil Kuala Perlis pulak lah.

Kami keluar berdua je dan i love it sebab kami berdua memang kepala layan ja kalau berdua. Buat je apa nak buat. Main je mainan budak budak pun. Kalau keluar ramai ramai jadi awkward, nak buat perangai bukan bukan jadi macam tak boleh, kena cover cover. Tak suka OK ! Lagipun biasa kalau keluar, kami nak itu ini, mesti tak boleh, cakap buang masa la buang duit laa. Bagi aku memang la pakai duit, tapi untuk menyeronok kan diri sendiri takkan tu pun nak berkira, ye dak ? Self therapy kata orang.


Look ! the crazier of us. memang tak hirau dah orang sekeliling nak cakap apa, padahal umur dah tua. Dah 23 ok ! tapi perangai ya ampun. Kalah adik adik yang duk dating tu. Opss...



Selfie always fail kalau guna camera. Rasa macam muka sepampang dekat screen camera. Tapi nak upload jugak. Kikikih. Tak kira lah muka tak menjadi, mata bengkak semacam. Pedulikan pedulikan.


This is Kuala Perlis. Sebenarnya ada gambar elok tapi nak letak jugak gambar buruk macam ni. Suka sangat sebab berangin dan sejuk. Tahu lah anda yang perlis ni negeri paling panas dan kalau tiba musim angin ni, angin nya kuat dan sejuk sangat walaupun cuaca panas. Angin monsun kalau tak silap aku. Kalau silap maafkan aku ya, mohon perbetulkan.


Sory akak seronok sangat dapat keluar hari ni, sampai ambil gambar semua muka tak senonoh. Semua muka pelik pelik ja yang keluar. Banyak lagi muka pelik pelik ni. Hehehe. Tempat ni cantik, sesuai bawak anak anak. Sesuai nak lepak dengan kawan kawan. Dekat tepi medan ikan bakar Kuala Perlis ja. Depan Brasmana hotel yaa.


Ok, dah terlalu seronok bermain big bubble. Harapkan dapat big bubble yang lagi besar tapi yang ni pun dah okay dah. Puas hati RM 2 semangkuk, boleh ambil kayu tu 1 sorang. Kami sampai tambah lagi 1 mangkuk sebab tak puas main. 😂😂😂

Thank you for reading this entry.

You Might Also Like

11 comments

  1. Sesekali main benda ni seronok juga lah... saya nasib baik kawan-kawan semua dah beranak pinak, tak dapat nak ajak lepas-lepak taman macam ni... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. time macam ni la nak buat pelik2 pun. tapi kalau dah ada anak2 pun seronok jugak. layan anak2 pulak main kan

      Delete
  2. Syoknya dapat main bubble ni! Tak pernah berpeluang lagi nak cuba haha nanti nak try la sekali. Nak tangkap gambar cantik2 macam gambar dekat atas ni haa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon try sebab sngt seronok. kalau nak buat sendiri pon boleh. main dengan anak2 buah

      Delete
  3. Haha! best oo main benda ni. Pernah main sekali je. Beriya main. Malu jugak pada mulanya tapi biarkan aje. Dah masa siqah kecik dulu takde wujud lak big bubble gini. HIhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.zaman kita dulu2 mana ada benda macam ni. zaman sekarang macam2 ada. kita yang tak berapa nak kecik ni pun nak jugak merasa kan.

      Delete
  4. Di Negeri Sembilan, Port Dickson Waterfront tempat tumpuan pengunjung main belon besar ni.. Tapi sis hanya penonton setia..

    Bilalah agaknya sis dapat berkunjung ke Padang Besar (berangan dulu..) hehehehe

    ReplyDelete
  5. best dpt main bubble ni. nah2 kalau jd besar2 tu.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Murah rm2 semangkuk.. Sini rm5, dapat la 2 mangkuk, 3 batang stick tu.. hehe

    ReplyDelete
  7. berapa bykkah bubble yg boleh dibuat dalam 1 mangkuk?

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net