Followers

EKSPLORASI 3 GUA | GUA GELAP GUA KERIS DAN GUA PAGAR, KELANTAN

Assalamualaikum. Bersambung dari entry lepas, HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM Aku nak sambung pasal eksplorasi gua pulak, Sebenarny...

Assalamualaikum.

Bersambung dari entry lepas,

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM

Aku nak sambung pasal eksplorasi gua pulak, Sebenarnya eksplorasi gua ni dijalankan terlebih dahulu berbanding mendaki ke Kem Baha. Tapi aku terlebih excited nak cerita pasal hiking dulu. Ini pertama kali aktiviti caving aku. Sebelum ni memang tak pernah masuk mana mana gua kecuali gua kelam yang main jalan je tu ikut trail, bukan caving sangat pun. 

Yang pertama kami masuk gua gelap, dan memang gelap la gua tu. Kena pakai head lamp. Kalau tak meraba lah dalam gelap, di gua gelap laluan nya snagat sempit sehingga kan tertanya tanya macam mana kawan kawan yang agak chubby tu nak lalu. Tapi percaya lah, boleh je lalu sebenarnya, kita je yang takut lebih.


Kat dalam tu gelap kan, jadi kita selfie selfie kat luar gua lah. 

Lepas tu terus ke gua keris, dah nama pun gua keris, dah tentu lah ada keris. Jadi abang guide tu cakap, jom kita masuk dulu tengok keris tu macam mana. 


Tu lah keris nya. Besar kan. Sangat lah besar. Dah beratus tahun dah pembentukan keris ni. Asal mana pun tak tahu lah, mungkin sebab pencantuman stalaktik dan stalakmite sehingga terbentuknya kerus ni. 

Lepas tu ke gua pagar. Dekat gua pagar sangat banyak stalaktite dan stalagmite yang masih aktif. Jadi kena hati hati dan tak boleh sentuh walaupun ianya cantik sebab akan rosak oleh tindakan bahan kimia yang terdapat pada tangan kita.


Akak sempat lagi betapa dalam gua tersebut. Acah - acah mencari ilham yang hilang. Ilham tu idea bukan nama orang okay.


Ni ada cahaya dari bumbung gua. macam ala ala MR bean tu. Tapi cahaya ni sangat kecil sebab lubang kecil, kalau kena matahari terbit elok, boleh dapat cahaya besar macam denag  jogyakarta tu kalau korang perasan. Tapi sayang nya kami dapat yang di je. 



Banyak jugak abg guide tu ajar pasal gua. Pasal staliktite stalagmite. Pasal macam mana kalau sesat dalam gua. Tapi aku tak berapa nak minat dengan gua sebab dia gelap dan besar. Mungkin aku ni penakut. Kalau terlampau lama duduk dalam gua dia jadi macam lemas dan tak cukup udara. 

Okay, setakat ni je lah dulu cerita pasal ekplorasi 3 gua ni. Lepas ni nak buat entry apa pulak ? emmm pikir dulu jap.

Thank you for reading this entry :)

You Might Also Like

5 comments

  1. Nice la gambar yang dekat cahaya sikit tu (yang kata macam mr bean tu hehe) pakai camera apa ni? dslr ke apa? teringin juga nak caving. tak pernah lagi setakat ni huhuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai iphone pinjam je tuu. boleh la join caving lepas ni. tpi bg sye x minat sngt caving ni. sebab ikut je abg guide jln. lain la kalau boleh explore sndri. tpi kalau explore sendiri mau nya x sesat nnti

      Delete
  2. fuyoooo.. gambaq yg sorang2 tu nice...!!

    apa ni.. nnt amek la video share teruih.. pngalaman org x penah masuk gua. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade video tapi sikit2 ja. malas nak edit maaa. nanti kalau ada kerajinan sy up video naaah

      Delete
  3. seronoknya..dah lama hana tinggalkan aktiviti outdoor ni..huhu

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net