Followers

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM

Assalamualaikum. Hai. Sihat tak korang semua?  Hujung minggu lepas blog aku memang sunyi, seminggu dah kot sunyi sebab tak ada update. Huj...

Assalamualaikum.

Hai. Sihat tak korang semua?  Hujung minggu lepas blog aku memang sunyi, seminggu dah kot sunyi sebab tak ada update. Hujung minggu langsung blogwalking sebab aku ke Gunung Stong join kelab kembara universiti. Rajin nau kan hiking hiking ni.

Aku tengah fikir nak buat 1 entry panjang bejela tau nak buat entry by part. Kita taip je la ya. Kalau sempat habiskan dalam 1 entry, aku habiskan 1 entry ja.

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM

Hari pertama, Jumaat.

Kami tiba di RnR dabong pukul 5 pagi dan tidur dulu dalam bas sambil tunggu subuh, lepas solat subuh dan sarapan pagi, kami gerak ke gua ikan. Tapi kami tak caving dalam gua ikan, kami cuma masuk 3 gua iaitu Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar. Tapi part gua aku cerita entry lain la noh, ni bab hiking je dulu. Lepas solat jumaat, kami baru bertolak ke kaki gunung Stong untuk melakan pendakian. Kami 35 orang bersama 3 orang guide otai. Semua guide berpengalaman dan sangat sporting sepanjang pendakian 3 hari 2 malam kami tu.

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM

16 x YO, 1 x kadet, 1 x awam. Semua biol..

Sebelum pendakian masing masing muka excited. Kami melalui trail pokok getah. Trail ni guna untuk satu marathon yang diadakan setiap tahun sejak tahun 2013. Marathon mendaki gunung stong dan patah balik, paling laju record selama 2 jam 25 minit. Pergh aku tak tahu tu manusia ke cheetah. Abg guide tu kata orang luar negara, Saudara husain bolt. Orang kampung Husain Bold kot. Hehehe.

Kami shoot direct sampai ke Air Terjun Stong. Berhenti rehat dan bergambar kejap dan sambung perjalanan ke Puncak Air Terjun Stong iaitu Kem Baha, tempat kami menginap selama 2 malam.

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM

HIKING GUNUNG STONG #STONGBAHAAYAM
Aku dah cakap benda ni timer. Lepas aku kira tiga freeze je dlu 3 second, ni lepas aku cakap 3 semua dah bangun ingat dah habis snap. 
Lepas dah puas bergambar, teruskan perjalanan ke Kem Baha.


Lepas tiba di persimpangan ke Kem Baha dan Gunung stong. Sampai di Kem Baha kami terus ke View Point. Kat sini betul betul atas air terjun kat atas tu. Kalau jatuh memang terus jatuh ke bawah sebab air terjun dia terus direct ke bawah, bukan yang ada part2 jeram macam tu. Jadi memang keselamatan sangat dititik beratkan.




Ni view point, Nampak tak bahaya dekat situ ? Jadi sangat perlu berhati hati. Lepas dah tengok view point terus ke base camp dan siapkan apa yang patut. Pentadbiran compani dan mengurusan diri. Masak mandi pasang kemah dan sebagainya.

Hari kedua, Sabtu.

Hari kedua lepas persiapan diri dan makan. Kami bangun awal sebab nak tengok sunrise. Dekat View Point tu memang port terbaik sunrise. Kalau bernasib baik boleh tengok awan karpet gulung gulung. Tapi hari pertama sunrise tak berapa lawa, tak apa, esok masih ada untuk tengok sunrise.


Kami mulakan daypack ke 3 puncak iaitu Puncak Baha, Puncak Stong dan Puncak Ayam. Gigih hiking sampai ke puncak. Penat tu haruslah tapi ada cara lain untuk hilangkan penat, dengan hiburkan diri sendiri dan kawan kawan. Hilang terus mental, nak tingkatkan moral ada cara masing masing.

Kau tengok macam mana mental nak koyak kalau kat mulut tu asyik dengan makanan. Lepas makanan habis, Bahan orang pulak, pastu gelak. Mental pun takot nak koyak weh.




Sampai puncak Stong dah pukul 10 malam. Sejuk yang amat. Untuk trip ni jangan lupa bawak torchlight dan wind breaker. Sebab sangat sejuk. Tapi sejuk tu kejap je, bila dah jalan peluh merecik la. Kami sampai ke kem base camp semula pukul 1:30 pagi. Memang sejuk. Mandi macam mandi ais pukul 3 pagi.

Hari ketiga, Ahad.

Esoknya bangun tak berapa nak awal sebab malam tu pukul 4 baru tidur kan. Tapi sempat lagi layan sunrise walaupun dah nak agak tinggi matahari nya.




Lepas makan kami ke telaga tujuh. Mandi air terjun dan ada air terjun langsir. Masuk dalam telaga tu pun seram jugak. Lepas tu main waterslide. Paling best.

Lepas puas mandi, terus pack barang dan bersihkan kawasan camp kami dan bergerak pulang. Sebelum tu layan view dekat view point untuk kali terakhir pada trip kali ni. Next trip kalau ada orang ajak aku ikut lagi.







You Might Also Like

2 comments

  1. Wahh bestnya. Fav unni ni hiking

    ReplyDelete
  2. Waaaa bestnya! dah lama tak pergi hiking! rindu nak hiking la. Lepas hiking memang wajib kot mandi air terjun. best feeling ever hehe.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net