Followers

MR.DIY HAUL

Assalamualaikum. Hai korang ! Siapa antara korang yang ada penyakit macam aku ni? Penyakit pantang pergi Mr.DIY atau Daiso mesti nak be...

Assalamualaikum. Hai korang !


Siapa antara korang yang ada penyakit macam aku ni? Penyakit pantang pergi Mr.DIY atau Daiso mesti nak beli barang mengarut. Asal nak beli satu benda je tapi melalut sampai ke 2 3 benda yang cantik dimata dan turun ke hati.

So, sebenarnya ke Mr. DIY sebab nak cari pasir kucing, eh, aku main teka dan main cari je. Tapi macam mustahil la nak ada kan. Konon nak beli bekas tempat kucing membuang sekali. Tapi cari cari tak ada. Lepas tu yang penting jugak nak beli Sketches Book. memandangkan sketch book aku dah habis.

Last last terbeli ni semua. Fuh fuh. How can i just see it without buy it ? Semua buat aku tak nak melangkah tahu. Ni pun ada lagi yang aku duk pegang letak pegang letak. Barang apa laa yang aku dah beli ni. Jom tengok.

SKETCH BOOK


Ni memang dalam list sebab sketch book lama dah habis. Bukan nya sebab aku melukis ke sketch ke, tapi aku tulis nota lecturer mengajar sekali dalam tu, memang cepat la habis. Kali ni beli yang tebal sikit. Harap cepat habis dan rajin melukis lepas ni.


Still an empty sheet. Or empty shit ? 🙊🙊🙊🙊🙊🙊

PLANNER

This is my first ever planner 😍😍😍 Sebelum ni memang blog main tulis jaa. Kalau ada idea tulis, kalau tak de tak tulis. Lepas tengok beberapa blogger lain macam erinazmir, busyra, reg planner, memang diorang mementingkan planner ni. Bukan dia je, kalau tengok yang uk blogger, us blogger pun pakai planner,

Bismillah for my first planner ever 😇😇

HANGING CLIP


Klip  ni aku beli sebab dia overload cute sangat. Rasa macam rugi kalau tak beli. Tapi hakikatnya tak guna pun lagi. Tengah mencari idea nak gantung polaroid. Tapi zaman sekarang ni mana nak print gambar dah kan. Mungkin boleh try print dekat photobook nanti.

STICKER


Dekat D.I.Y korang tahu la kan banyak sticker lawa lawa. Tapi dekat kangar ni baru buka, dan stok tak berapa banyak. Tapi aku grab jugak walaupun tak banyak pilihan.

Ok, tinggal Gel pen je tak ada gambar. Lepas ni tak nak pergi Mr DIY dah. Eh, ye ke ? tak pergi untuk bulan ni, mungkin. Sebab hari ni dah last untuk bulan 3 kan. Bulan 4 tak tahu lagi. 😂😂😂

Korang pulak macam mana kalau pergi D.I.Y? Ada jenis penyakit macam aku dak ? 😜😜😜

You Might Also Like

10 comments

  1. mr diy punya sticker best!

    http://www.erinazmir.com

    ReplyDelete
  2. Banyaknya beli barang... haha saya pun macam tu juga.. itu la selalu taknak masuk kedai mr diy

    ReplyDelete
  3. samalah haha sy pun mmg suka pi DIY tp daiso kurang ckit hehe.. lgi 1 sy suka juga kumpul sticker2 nie tp kbyakkan jual mahal sgat huhu T^T

    ReplyDelete
  4. Hahaha kkeya lau g takde pon penyakit ni leyla hahhaa..anak2 ada penyakit gini..lau thk yang comel3.jer semua diaorang nak hehehe..Bawak jer kat Mr DIY ada laa yang diaorang carik nnt.
    Mesti ada punya..tak.caya nnt kita g hahana

    ReplyDelete
  5. hahahaha cantik2 barang yang lela beli! kc pun jenis macam leyla. kalau masuk kedai yang ada barang pelbagai, comel.. mesti ada perasaan ruginya-kalau-tak-beli haha.

    kc tag lela kat sini :) http://www.sayidahnapisah.com/2017/04/pencarian-bloglist-cikjaja-bagi-apr-dan.html

    ReplyDelete
  6. Hehehe sama la.. asal p mrDIY atau Daiso mesti tuju kat buku2 dulu.. Beli pastu tak guna pown.. simpan aje.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. masuk mr diy, hati kena sado sebab banyak barang yang cantik2, comel2 <3 samalah penyakit kita XD mesti nak beli barang mengarut sebab comel & cantik, nasib baik skrg ni dapat kawal nafsu tu :D wkwkwkwkwkwk

    ReplyDelete
  8. elsa kalau pergi diy carik barang untuk dibubuh dalam kereta je. macam perfume ke, tempat tutup panas ke. hahaha. kadang2 benda tu tak perlu pun takpe. tapi bila dah gatal tangan hahaha

    ReplyDelete
  9. Samalah kita. Pantang masuk dalam DIY. Akan jadi mcm sis. Tetiba boleh suka dgn sketch book, sticker, stationery semua tu lah. Huhu. Padahal bukan pakai pun :)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net