SHELL OUT PLAZA KUALA PERLIS

Assalamualaikum dan hai korang ! Entry bersambung dari entry lepas " BIG BUBBLE KUALA PERLIS ". Lepas kami puas main belon b...

Assalamualaikum dan hai korang !



Entry bersambung dari entry lepas "BIG BUBBLE KUALA PERLIS". Lepas kami puas main belon buih tu, rasa lapar pulak dan memang plan utama nak keluar tu nak makan shellout memandangkan dah lama aku teringin dan cari cari dekat perlis ni kedai shellout bukak sekejap lepas tu asyik renovate ja. Minggu lepas kawan aku pergi makan dekat situ dan recommend kan dekat kami. Apa lagi, terus pergi la kami kesana.

Lokasi dekat Plaza Kuala Perlis, tak jadi masalah untuk aku cari kedai makan tu sebab aku dah duduk Kuala Perlis dah 3 tahun. 3 tahun aku diploma, duk pusing Kuala Perlis je lah. Jadi kalau korang nak pergi Langkawi boleh la rojer rojer. Hehehe. Jeti Kuala Perlis tu sekangkang kera je dengan kolej aku dulu.



Dating berdua lah kami. Order air Limau ais dengan Oren bancuh. Limau ais aku punya dan Oren bancuh Bella punya. Dekat perlis ni kalau korang nak air oren kena pilih antara dua, oren bancuh atau fresh oren. Kalau kat Terengganu kalau nak air oren biasa aku cakap nak air sunquick ja. Kat sini ada yang bancuh bancuh pulakk.


Okay shellout nya dah sampai. Ada dua pakej. Pakej RM 10, ada kepah dengan udang, Pakej RM15 ada udang kepah, sotong dan ketam. Kami ambil pakej RM 15 tapi tak nak sotong memandangkan Bella tak makan sotong. Jadi order sama je lah, malas nak renyuhkan orang kedai tu.


Ni rupa shellout nya. Memang tak sama dengan rest shellout dekat KL tu tapi sekarang kedai kedai yang menyediakan shellout dah banyak, jadi senang nak makan shellout, setiap negeri rasanya mesti ada shellout ni.


Bella dan shellout nya


Lella dan shellout nya

Ok, selamat membuncitkan perut dengan jayanya. Minggu ni perut sangat gembira lepas boleh makan makanan yang sedap dan menyenangkan hati. Kami berdua memang hantu sikit kalau bab makan. Bagi lah apa pun kami makan. Walaupun lepas makan mulut tak berhenti cakap " weh aku gemok dah" " weh peha aku dah besar" " weh perut aku dah buncit" " weh pipi aku dan bambam" tapi lepas jalan depan sikit jumpa makanan, masing masing pandang pandang dan gelak " jom, kali ni ja" Choiii !

Location : Isma De Faiz Shellout
                Plaza Kuala Perlis.

You Might Also Like

12 comments

  1. Meleleh air liur ni tengok gambar... uwa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada buat pencalonan nama Aswaleyla dalam Sunshine Blogger Award. Selamat bersegmen.

      http://www.bilalelakiberbicara.com/2017/03/sunshine-blogger-award.html

      Delete
    2. oh bru perasan. nnti ada masa sy buat ya

      Delete
  2. Huaaaaaa kalau masuk blog ni selalu lah tengok gambar makanan. Sedap2 pulak tu. Murah juga tu 10-15 sahaja kan. Dah lama teringin nak makan ala shell out ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee. sye suka makan. tu yang gambar makan je memanjang, tengok pipi pon dah tembab

      Delete
  3. Tak pernah lagi try shell out sbb takut mahal sangat.. haha.

    ReplyDelete
  4. tegok org makan shell out sbnrnya teringin.

    tp diri ini x makan seafood. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Saya sangat suka makan seafood. Tapi saya ada alahan dengan seafood. Sebab tu kalau saya nak makan, saya akan sadokan hati. Jangan pulak bila dah bergaru, baru nak menangis. Hahah.

    ReplyDelete
  6. Aduhai,telan liur pepagi buta singgah sini. Hahahahaha.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net