Clay Modelling in Product Development Technology Engineering, Unimap

Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak menjenguk blog, tak update, tak blogwalking. Kadang-kadang tu jalan-jalan jugak, cuma tak sempat ...

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak menjenguk blog, tak update, tak blogwalking. Kadang-kadang tu jalan-jalan jugak, cuma tak sempat nak tinggalkan komen dekat entry korang sebab nya busy sngt dengan study ni. Minggu lepas adalah minggu yang paling hectic paling cramp dengan semua assignment projek, submission project dan sebagainya. Jadi entry kali ni berbaur education sikitlah, nak cerita pasal clay modelling yang aku buat 7 minggu berturut turut.


"Modelling clay is any of a group of malleable substances used in building and sculpting. The material compositions and production processes vary considerably" 


Proses buat prototype BMW i3 ni bukan mudah sebab tu sampai ambil masa 7 minggu. 7 minggu bukan 7 hari berturut turut. Sebab masih ada kelas lain lagi dihari lain kan.. Jadi seminggu tu sekali je buat. Means jadi 7 hari lah kan, dan seminggu sebelum submission kami mintak nak buat hari jumaat sebab hari jumaat free. Sambung lah buat BMW i3 ni hari jumaat pulak.

Kami beruntung sebab kami first batch yang buat project clay modelling ni. Sem lepas kami buat DVD player, kecik je projek tu. Sem ni kami buat the real thing yang industri buat sebelum menghasilkan sesebuah design kereta yang korang duk naik sekarang ni. Ni lah proses pertama yang designer buat. Proses selepas lukis design, transfer dalam 3D dan buat menjadi realistic macam ni. Untuk clay modelling memang pakai scale 1:4 dan buat separuh dahulu dan lepas tu guna teknik mirror.

UniMAP ada antara beberapa universiti yang buat clay modelling ni. Tak banyak universiti yang masukkan clay modelling ke dalam silibus pembelajaran sedangkan bagi aku projek projek macam ni penting untuk pengalaman pelajar sebelum masuk ke industri perkerjaan.




Yang ni yang dah siap tapi tak siap 100% sebab kekangan masa, ada lagi 1 group yang akan switch dengan kami selepas minggu ke 8. Jadi kami cuma tinggalkan setakat ni sahaja. sepatutnya kena ada color dan finishing sampailah dia menjadi sebiji kereta yang realistic.

Yang bawah ni lecturer aku punya projek semasa sambung master dekat UK, sepatutnya kereta yang kami buat jadi macam ni lah, tapi sebab kekurangan masa, sampai tahap tu je lah kami buat. Sekurang kurang nya kami dapat pendedahan dengan benda benda macam ni.


Aku ni jenis cepat sayang sikit dengan benda yang aku dah buat. Benda yang aku duk hadap lama, duk tenung dengan teliti, memang rasa sayang nak lepas. Ni lagi lah kalau lepas ni nak kena kokak balik untuk group lagi 1, mau tak bersedih kalau kokak depan aku ni. For the next group good luck ya. kuatkan hati, kentalkan mental. All is well.



Mmy group members. Thanks to all of you for your corporation. Kami dah, korang pulak lah lepas ni next group.

You Might Also Like

2 comments

  1. Woahhhh nampak la progress benda tu dari awal! cantiknya, kalau dapat siapkan finishing sekali mesti lawa kan. Btw, yang lecturer punya projek tu pun cantik. sebijik la dengan kereta sebenar. Kalau syed pun memang saya la dah penat-penat buat hehe.

    ReplyDelete
  2. wahh... tak sangka clay modelling ni boleh nampak cantik macam lecturer buat tu.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net