BELI CONTACT LENS DARI QAYLAA LENS

*Abaikan buku bersepah dekat belakang Sesetengah orang nampak lawa elok terletak je kalau pakai spek, tapi kalau aku ni la jenis pakai ...

*Abaikan buku bersepah dekat belakang

Sesetengah orang nampak lawa elok terletak je kalau pakai spek, tapi kalau aku ni la jenis pakai spek kembang semangkuk muka nya haa. Kadang-kadang ganggu tudung  dan of cos la nampak pelik dan annoying uols. Tapi lantak la aku tak peduli. Kadang kdang pakai kat luar tudung, orang tengok konfem rasa annoying tapi dah nak jaga tudung aku punya pasal, pedulikan orang pikir. huahahaha. Sebab tu pakai spek bila time belajar dan driving jaa. Lepas tu spek melepek dalam beg.

Biasa aku beli dekat optometris punya kedai. Dekat kedai kedai spek konon nya lebih terjamin. Tapi setiap kali aku pakai mesti rasa macam ada habuk halus dalam mata. Rasa macam ada pasir dalam biji mata tu. Aku pakai sekali dua kali lepas tu selamat masuk dalam tong sampah. Membazir ok.

Rasa bersalah nya mak ai beli pakai sekali dua kali lepas tu buang. Lepas tu bersumpah taknak beli dah. So aku tahan la mata tak pakai spek kalau keluar mana mana. Aku bukan tak nampak lamgsung ok. Rabun sikit ja blur blur macam tu je kalau jauh. Jadi jangan nak marah kalau korang lambai lambai tapi aku buat tak nampak. Bukan buat tak nampak, memang blur tak perasan sapa laa. Lepas tu kawan aku recommand kan 1 lens ni. Dekat instagram. Qaylaa Lens. Lagi la aku taknak sebab takut lah kan, duk dengar ada yang kena effection bila pakai lens ni.

Tapi bila tengok kawan aku pakai elok ja. Aku pun rasa nak beli jugak laa. Lagi lagi dah dekat nak raya ni, lagi la aku gatal nak beli. Lens raya kononnya kau. Bila dah beli, aku try pakai. Serius best. Tak ada rasa pasir. Tak ada rasa pedih pedih. Rasa terletak elok je dekat anak mata. Suka suka suka 😍😍😍


Aku beli 2 warna. Hitam dan snow lens warna ala ala hijau grey macam tu lah. Yang snow lens tu memang aku pakai time hang out mana mana je lah. Kan pakai time kelas mahu tak kena kecam sampai grad nanti. Aku beli super cute lens box tu sebelah kedai eco dekat perlis. Mana mana je ada kalau pandai cari tapi aku pergi Daiso, D.I.Y memang tak da. Guna alat dia tu senang sangat nak pakai. Tak payah pakai tangan dah. Lagi selamat dari habuk habuk dekat tangan.

The snow lens

Dua dua ada power 100. Hahaha, 100 je power aku. Kecoh kan macam power 500. Sebenarnya aku dah beli dan dah dihantar. Lepas tu aku lupa pulak bagi tahu power. Aku post balik ke sana dan dapat yang baru yang ada power. Tip top service. Thank you Qayla lens.


Yang ni snow colour


Yang ni black colour. 

Oit, ni bukan entry iklan advert ke apa ok. Ni bukan sponsor serius. Aku recommend korang beli kat  sini. Alah aku tak dapat apa pun. Korang la yang dapat lens raya nanti. Hehehe. Tips nya korang beli time ada promo. Qaylaa lens selalu buat promo. Promo hari pekerja, promo bulan puasa, promo hari raya. Pokok nya kena rajin tengok dan dia selalu update warna baru baru taw. Kena selalu usha jugak. Korang search ja dekat instagram Qaylaa lens. Nanti keluar laa. Search aswaleyla sekali, lepas tu follow. Ok gurau je. Babai korang.

Thank you for reading this entry guys!

You Might Also Like

9 comments

  1. Hee. Akak tak pernah pakai lens berwarna. Biasa pakai yang clear je. Itupun untuk event tertentu je. Dah lama tak beli lens :) Cantik both warna yang Lela beli ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih kak. dah lama tak pakai yg color. ni baru beli balik

      Delete
  2. Saya tak berani beli lens luar daripada kedai opto. Pesanan daripada ayah masih melekat di ingatan. But sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, then alhamdulillah. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh memberikan kemudaratan pada diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah dear, doa doa kan yaa. ni pun dulu tak percaya tapi cuba cuba. rasa seram sejuk bila pakai tu ada jugak. hehehe

      Delete
  3. Mata saya elok lagi setakat ni Alhamdulillah. Tak berani nak try benda-benda macam ni hehehe. Tapi kalau lens ni selamat okay lah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. seronoknya kalau mata elok boleh tengok jauh2 nampak terang jaaa. sye kalau tgk org jauh nmpk mcm kena effect blur tuu

      Delete
  4. Amboi siap ada lens untuk raya tu tak tahan haha. kalau selamat dan takda rasa pedih2 tu okay la. Kalau tidak, bahaya juga kan pakai lens sebarangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee, first time ada lens raya niii. kikikih

      Delete
  5. Kak Ros tak pandai pakai lens... Sekarang dah rabun jauh.. Pakai cermin mata bila perlu je.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net