Followers

BOOK REVIEW : DEAD BEAUTIFUL

Hello readers.. I'm addicted with reading now.. Sebelum ni memang aku ni jenis suka baca buku tapi dah masuk universiti masa nak baca...

Hello readers..


I'm addicted with reading now.. Sebelum ni memang aku ni jenis suka baca buku tapi dah masuk universiti masa nak baca buku pun dah kurang. Aku cuma baca bila cuti semester dan mula lah aku berkurung dalam bilik asyik duk mengada buku. Bad habit or mungkin good habit, aku baca buku lepas bangun tidur tanpa cuci muka dulu. Hehehe. Dari kecik macam tu kot.

2 hari lepas aku pergi rumah kawan dan sambil sambil buat kerja ternampak lah roomate dia punya buku dalam kotak. Aku belek la satu satu buku dalam kotak tu. Banyak dan aku tertarik dekat buku ni. Mulanya aku ingat cerita horror, jadi acah acah berani la nak baca.

Sebelum ni aku dah try baca buku english tapi aduh susahnya nak faham kadang-kadang bahasa dia tinggi sangat. Dan novel ni boleh pulak aku paham dan baca macam ketagih, setiap masa nak kena baca sampai habis. 3 hari aku baca dah habis novel ni. Luar jangkaan betul.


Review | Cerita berkisarkan seorang gadis, reene yang kematian ibu bapa. Kematian yang misteri dan lagi pelik, bila gadis tu sendiri yang terjumpa mayat kedua ibu bapanya dalam hutan. Lepas kematian ibu bapa nya, reene dijaga datuknya. bekas tenaga pengajar di gotfried institute. Reene dipindahkan ke gotfried institute. Sepanjang di gotfried school, reene cuba mencari punca kematian ibu bapa nya yang sama tarikh dengan kematian pelajar di gotfried school.




Setelah banyak info yang didapati, rupanya wujud sekumpulan undead ( kanak kanak yang mati dibawah umur 17 tahun dan mayat nya todak dikebumikan dan kembali hidup tetapi tidak mempunyai jiwa) leboh kurang mcam vampire. Gotfried institute adalah 1 institute di mana mereka mengajar undead supaya menjalani hidup seperti manusia biasa tanpa perlu memburu manusia.

Reene bertemu dengan dante, dan jatuh cinta dengan dante. Dante juga punya perasaan yang sama. Dia selesa bila bersalam dengan reene. Sebenarnya jiwa yang reene miliki adalah jiwa yang keluar dari badan dante selepas kematian dante. Hari kelahiran reene adalah sama dengan hari kematian dante.


Ending cerita ni sedih sebab antara reene dan dante masing masing nak berkorban demi cinta mereka dan akhirnya....



You Might Also Like

0 comments

ShopLinks

babab.net