SAYUR CAMPUR GORENG BROKOLI + CARROT

Kalau sebut brokoli mesti ingat dekat Yusuf Iskandar kan ? Anak Hanis Zalikha yang comel gebu gebas macam bujubu tuu. Brokoli ni pun oran...


Kalau sebut brokoli mesti ingat dekat Yusuf Iskandar kan ? Anak Hanis Zalikha yang comel gebu gebas macam bujubu tuu. Brokoli ni pun orang duk panggil sayur sado. Abang abang sado yang tengah buat body memang consume sayur ni. Banyak khasiat sayur ni, kan sayur hijau memang banyak khasiat berbanding sayur biasa.

Ni juga antara masakan sayur feveret aku. Sedap dan semestinya senang nak masak. Campak itu sikit ini sikit dah settle. Lagi satu aku suka yang warna warni macam ni. Kalau ada lada benggala merah tu lagi boleh tambah warna. Letak cili banyak sikit kaa. Ni masak dekat dapur bujang ja ni. Dapur hostel sebab tu tak ada ayam semua bagai. Memang sayur kosong ja. Tak apa. Mungkin ini akan jadi kenangan diwaktu akan datang.

Resepi sayur campur goreng brokoli + carrot campak2.

Bahan-bahan


  1. Brokoli
  2. Carrot
  3. tomato (potong 6)
  4. Bawang merah dan bawang putih (dipotong nipis2 untuk menumis)
  5. Sos tiram 1 sudu
  6. Garam dan penambah perasa.


Cara-cara


  1. Tumid bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak.

  2. Masukkan 1 sudu sos tiram. Masukkan sayur brokoli dan carrot tadi. Agak agak sayur dah empuk sedikit, masukkan tomato.

  3. Masukkan garam dan penambah perasa. Siap.


Masak sayur ni jangan lama lama sangat. Bagi dia kekal hijau dan rangup rangup gitu. Jangan risau sayur ni tak pahit. Rasa masam tomato dan manis carrot memang aku suka. Brokoli tu tak ada rasa pahit ke apa ke. Bagi aku rasa dia sedap dah.

Senang je kan main campak campak je. Aku punya stail masak tu main campak je. Sebab tu tak pandai sangat nak buat sukatan yang betul untuk resepi. Nanti tak pasal pasal rasa pelik salahkan aku pulak. Hehehe. Masak tak ikut resepi tapi ikut kata hati. Baru lah masakan tu sesedap rasa.

Dah boleh dihidangkan dengan lauk lain. Simple je lauk berbuka dekat hostel ni. Tak meriah macam kat rumah. Nak beli dekat bazar rasa macam mahal. Aku lagi suka masak je sendiri walaupun telur dadar dengan kicap pun aku rasa lagi sedap. Kalau kat kampung pun memang tak membeli dekat bazar. Kadang kadang ma ajak jugak takut aku kepingin nak makan apa apa kan. Tapi sudahnya balik tangan kosong. Kalau beli pun beli murtabak ja untuk ayah. Tu pun sampai ke sahur baru habis.

Dalam hidangan berbuka seeloknya adakan sayur walaupun sedikit sebab kita dah kehilangan banyak tenaga dan badan pun perlu sesuatu yang berkhasiat jugak. Jangan duk asyik ayam bakar je hari hari. Tak elok sangat pun walaupun dibakar. Boleh makan tapi seimbangkan dengan sayur sayuran juga.

Bab sediakan hidangan ni tidaklah rumit sebenarnya. Tetapi bila tengok promosi Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula pada 19 May hingga 30 Jun 2017 hati ku membuak buak nak periuk kuali baru. Eh sebenarnya periuk tak ada dekat rumah hostel ni. Aku cuma ada 1 kuali kesayangan. Kuali tu lah aku buat masak semua. Bila tengok set periuk kuali ni alamak meleleh air liur. Kalau ada lengkap periuk kuali baru lah senang nak masak juadah berbuka yang lain kan.


Mata tak lepas weh dari usha non stick cookware ni. Nampak gaya macam tak boleh nak tidur malam dah ni. Nak pau suami, suami tak de. Terpaksa lah beli pakai duit sendiri kan.


Memandangkan bulan ramadhan ni makan dua kali ja, Makanan nak simpan untuk sahut tu kadang kadang tak tahan lama.. Apalagi kalau makanan beli dekat bazar. Time sahur je dah agak berbau. Kalau ada food steamer ni boleh lah bertahan lama sikit makanan.Tak ada lah membazir, makanan berbuka boleh simpan ke sahur lagi kan.


Nampak simple tapi kurma ni lah yang membekalkan tenaga untuk kita seharian. Kalau duduk hostel ni sahur makan kurma 7 biji lepas tu minum air kosong segelas Konfem bertenaga sampai ke petang. Tak percaya? try la buat.

Sebenarnya sekarang Lazada tengah adakan promosi sempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula pada 19 May hingga 30 Jun 2017. Sebab tu lah harga harga barangan semua murah-murah. Boleh jimat banyak taw. Tu yang aku rambang mata tengok website Lazada tu. Diskaun sampai 90% siapa yang tak nak kan.  Boleh ke link http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ kalau nak cuci cuci mata cari barangan untuk ramadhan dan persiapan raya nanti.

You Might Also Like

3 comments

  1. Mudah, cepat dan berkhasiat. Kalau kak ana semangkuk tu ratah sorang pun boleh habis. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee betull lela pun suka ratah macam tu je. tengah masak dalam kuali lagi duk rase satu satu. hehehe. perangai kan

      Delete
    2. Setuju setuju. Boleh ratah sayur ni. Hee

      Delete

ShopLinks

babab.net