Followers

BERBUKA PUASA DAY 16 : AURA STEAMBOAT PERLIS

Assalamualaikum. Salam ramadhan uols. Lepas je habis semua presentation Design Studio and Product Data Management, kami buat sesi reve...



Assalamualaikum. Salam ramadhan uols.

Lepas je habis semua presentation Design Studio and Product Data Management, kami buat sesi revenge diatas pengorbanan kami makan ala kadar sepanjang buat projek. Aku memang selera hilang terus sampai kan berat aku turun mendadak. Sampai 7KG berat aku hilang dan daripada 52KG, sekarang berat aku 45KG. Tak terfikir pun untuk aku punya berat angka 4. Sungguh sedih bila tengok diri sendiri.

Jadi kami berpakat siapa nak join ikut lah. Tak paksa mana mana pihak untuk join. Kami pergi ber 8 dan aku tempah meja untuk 10 pax. Nanti dia bagi lah meja besar sikit. Mulanya macam berat hati jugak sebab ramai duk kata mahal sebab naik harga. Naik harga unutk bulan puasa sebab dia buat buffet semua dekat luar. Tak apa la revenge punya pasal kita on ja la.



Memang betul betul revenge la ni nama dia. Ambil banyak ikut nafsu tapi kalau makan steamboat memang la kena ambil banyak banyak. Nanti rugi la kalau makan sikit kan. So lagi best kalau pergi dengan orang orang yang kuat makan. Puas hati tengok diorang makan.


Paling best aku akan ambil seafod ayam daging semua la yang banyak. Aku jarang ambil bebola bebola semua tu. Lagi satu aku suka bab sayur baby sawi. Sebab aku suka rendam dalam sup panas dan makan macam tu je. Nikmat yang amat !


Buffet ramdhan ni dia tambah jenis air, nasi dan lauk pauk dan kuih. Ada roti telur goyang jugak. Totallly aku puas hati walaupun orang cakap harga mahal sikit berbanding bulan biasa.



Kek batik dia sedap.. Yang lain tu biasa je kot. Puding roti kawan aku cakap kurang tapi aku tak makan sebab tengok dia makan buat muka lain macam. Kuih apa tah yang bulat pertepung tu pun best jugak. Banyak jugak pilihan ada puding bagai. Ada cocktail.


Ni lah kami. Kawan kawan kelas product development yang dah koyak rabak nak habiskan sem ni. Lepas dah habis semua muka bahagia nak balik cuti. Penat sungguh weh sem ni. Mencabar gilo kata kau!

Dah habia makan semua terdampar kekenyangan. Sila habiskan makanan korang sebab nanti akan dikenakan pinalti pembaziran. Habiskan lah lebih elok dari membazir. Kan amalan syaitan tu walaupun syaitan semua dah kena ikat bulan bulan puasa ni.

Bab solat jangan risau, sebab dekat belakang kedai ni ada surau. Jadi lepas minum air boleh pergi solat kejap dan sambung balik mkan lepas tu. Jangan lah tinggal semua. Amik turn la untuk jaga meja. Kan datang datang semua dah rentung. Kalau tak tahu mana surau jangan segan silu bertanya dekat perkerja tu. Kita nak solat kan bukan nak buat jahat, so jangan takut bertanya. Nanti sesat jalan tak termakan steamboat pulak kan.


Alhamdulillah masih diberi rezeki. Ingat jangan membazir dengan rezeki yang tuhan bagi tu yaa.

Harga buffet ramadhan RM25 dan GST RM1.50 kalau tak silap. Direction ? map je la, kan sekarang dah maju. Selamat menjalani ibadah puasa semua !

You Might Also Like

3 comments

  1. Murah lah tu. Mana ada mahal. Dengan seafood yang banyak mcm tu. Bestnya. Berbaloi2 tu. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la kak, student, nak nak hujung sem ni memang kopak la. hehehe

      Delete
  2. sedapnyeee nampak.. ritu posa memang banyak beli kat bazar je.. xdan nak plan bukak posa jauh2 ke kat luar.. dap dap..!!

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net