LALA MASAK ALA ALA SHELL OUT PALING MUDAH

Hye korang. Hari nak share resepi lala masak ala ala shel out paling mudah . Biasa lah dah berpuasa setengah hari, mula lah nak makan itu...


Hye korang. Hari nak share resepi lala masak ala ala shel out paling mudah. Biasa lah dah berpuasa setengah hari, mula lah nak makan itu ini. Pergi pasar malam cadangnya nak beli ikan nak buat masak merah ja. Lepas tu ternampak lala pulak. Dekat utara ni diorang panggil retak seribu. Murah pulak rasanya 1 kg RM3. Apalagi terus angkat 1 kg dan dalam kepala dah fikir fikir nak masak macam shell out tu buat ratah ratah. Sedapnyaa.

Balik pasar beli ikan tongkol, lala dengan sayur ja. Seronok berbuka walaupun masakan simple tapi bila masak sendiri dekat rumah feeling dia lain berbanding beli dekat luar. Lagipun masak ni senang sangat je. Campak-campak je dah siap. Jangan la campak ke luar tingkap pulak memang tak jadi laaa.

Ni memang aku guna barang sikit ja. Sebab kat rumah bujang ni mana la lengkap barang barang masakan, Tapi tu pun dah cukup sedap dah.

Resepi lala ala ala shell out. 


1 kg lala
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering 
Halia 
Serai (ketuk atau blend) *option
Garam dan penambah perasa
Gula
Sedikit minyak 

Cara - cara 

1. Rebus lala sehingga agak masak (kerang lala mula berbuka
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lada kering.
3. Tumis bahan blend tadi sehingga pecah minyak
4.Masukkan serai dan kacau sehingga naik bau.
5. Masukkan gula garam dan penambah perasa.
6. Masukkan lala yang telah direbus. Kacau sehingga kerang nya terbuka dan kuah kering. 


Ok siap !

Aku lebih suka lala tu masak sampai agak kering tapi jangan terlalu kering. Biar lembab lembab ta[i jangan lah berkuah sampai msak air pulak. Nanti dia jadi tak aaumm laaa. Ni kalau masak bagi pedas ni lagi sedap. Tapi kalau ada anak anak tu tak boleh la nak pedas pedas sangat. Kesian kat diorang tak boleh makan pulak nanti. 

Senag je kan buat ni. Boleh tambah udang sotong ketam dan semua jenis mak nenek seafood. Aku punya bahan tak berapa nak lengkap. Korang boleh lah tambah bahan bahan yang lain nak bagi sedap. Tambah daun limau purut ka apa ka, tu atas korang la. Tapi bagi aku macam ni pun dah sedap. Lagi sedap dah dari beli dekat kedai. Ni total baru RM3 dapat makan 1 kg. Kalau kat kedai mau tak puluh puluh untuk 1 kg ni. 



Alhamdulillah puas hati makan. Lepas ni boleh cuba lagi. Nak tambah ketam, udang, udang lipan pulak. Udang lipan dekat sini purah jugak. Banyak sangat kat sini kot sampai orang jual murah murah. Korang jangan lupa cuba pulak cara ni. Kalau buat konfem berselera berbuka puasa.




You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya la hai.. tapi kena berpantang sebab menyusu badan.. anak alergi..

    ReplyDelete
  2. Kena pi pasar besar ni carik Lala..yg kat kedai x fresh dah kan...

    ReplyDelete
  3. Okay fine. Kejam bila baca sekarang. Lambat lagi nak berbuka. Sedapnyaaaaaa!!

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net