Followers

MY SKINCARE ROUTINE : HIMALAYA CLEAR COMPLEXION WHITENING

Assalamualaikum ! Dah nak raya ni aku sibuk tentang skincare. Yelah, risau kot nak balik beraya dekat kampung dengan muka kusam macam n...


Assalamualaikum !

Dah nak raya ni aku sibuk tentang skincare. Yelah, risau kot nak balik beraya dekat kampung dengan muka kusam macam ni. Dulu aku apply 1 product tempatan yang berlambak dekat pasaran Malaysia ni. Memang kesan dia cepat, 3 hari dah ploless kau ! Tapi lepas stop 3 hari muka terus naik jerawat, kusam, hitam, pucat semua ada. Huargg nak nangis tengok muka sendiri. Dengan negeri Perlis yang panas nak pergi kelas pun boleh kena sunburn.

Then aku tekad nak stop semua product yang berkesan dalam jangka masa pendek tu. Aku risau kesan jangka panjang dia. Nanti nak stop dah ak dapat. Kalau putih dengan skincare tu pun macam putih tak real. Macam fake sangat muka glowing sampai takut nak sentuh...

Jadi aku tukar skincare aku ke Himalaya clear complexion whitening. Ini package pertama yang aku pakai. Tak habis lagi. Jadi nak tunjuk kesan masih belum boleh lagi. Tapi so far aku pakai best dan muka jadi licin. Minyak dekat muka memang kurang dan of cos la jerawat makin kecut. Jerawat dekat muka aku biasa nya berpunca dari minyak yang keluar dari kulit muka.

Sekarang ni aku tengah cari product farmasi yang sesuai dengan kulit aku. Senang cerita yang ada dekat watsons guardian yang lebih dipercayai dan harga berpatutan. Nak yang mahal tunggu kerja laa, nanti nak kerja boleh la nak angkat SKII 1 set pun. Hehehe.

Untuk minggu pertama ni sunburn aku belum boleh hilang. Tapi slow slow dah warna jadi pudar. Tapi muka lebih lembut dan licin. Jerawat dalam proses nak mengecut dah. Syukur syukur.

Okay dah merapu. Meh nak cerita pasal skincare yang aku ada dari Himalaya ni. Nak kongsi tips sikit tapi tak tahu lah berguna ke tak. Hehehe. Sebab aku bukan lah pro pakar skincare. Takut pulak nak share share tips ni.


Ok, yang pertama face wash. Yang ni paling penting sebab aku memang bukan jenis bangun pagi okay je kalau cuci muka pakai air biasa tanpa face wash. Aku akan rasa something kurang macam keluar rumah tak pakai deo d. Tak selesa beb. Face wash ni bau dia perggghh wangi gila. Rasa nak cuci muka setiap kali masuk bilik air. Hehehe. But pliss use it twice a day only. Tapi kadang kadang kalau balik kelas muka penuh habuk masuk lab tu, aku cuci jugak guna face wash sebelum solat. Baru rasa bersih dan segar sikit.


Face scrub. Guna cuma sekali atau dua kali seminggu. Please please jangan guna hari hari walaupun aku sendiri suka guna face scrub sebab lepas guna muka rasa soft nak matey ! Tapi sebab texture yang ni kasar dan boleh menyebab luka luka kecil di muka korang kalau guna hari hari. So, beware...


Ni texture face scrub. Tak nampak sangat biji biji halus dia. Tapi ni pun wangi gila. Rasa seronok je sental muka sebab bau dia best sangat. Seronok seronok pun jangan lupa guna sekali atau dua kali sahaja seminggu.


This face mask i love the most ! Yang ni jenis peel off dan sangat best. Lebih kurang shishedo tu yang bila kering tarik dan sakit nya tuh dikulit muka ku. Tapi rasa sakit dia tidak lah sesakit shishedo hitam tu. Aku sangat recommended yang ni korang beli. Pakai selepas scrub muka. Which mean 1 atau 2 kali seminggu jugak lah. Jangan pakai selalu nanti cepat habis. Hehehe. Tak de lah takut nanti tarik sekali dengan kulit muka korang kalau kerap sangat pakai/ Eh, aku gurau je. Jangan takut pulak.


Texture dia melekit macam ni. Lepas sapu sekitar muka, biar kejap sampai kering dan baru tarik. Elakkan kawasan mata sebab nanti menangis lah nak cabut. Kawasan tu sakit kot kalau tarik. Beringat lah ya. Lagi satu jangan seronok sangat tempek sampai tempek dekat kening. Kan nanti tarik, tertarik sekali dengan kening susah pulak nak melukis nya. 😂😂


Day cream. Yang ni okay so far. Kulit jadi lembut dan lembab bila keluar rumah yang panas terik ni. Tapi bila aku pakai bau herba macam something sikit. Bila baca manufacture dekat India. Emmm patut laa. Tapi tak ada lah teruk bau dia. Okay ja. Cuma mula mula tu bau macam pernah bau sebelum ni. Hahaha


Ni texture dalam day cream Himalaya clear complexion whitening.


Yang pun sangat best. Moisturizer. Aku dah pakai dua bekas dah yang ni. Pakai malam malam sebelum tidur pun best ni. Bangun pagi rasa muka sangat best dan tak berminyak macam minyak menggoreng tu kalau bangun pagi. Lembab serata je muka lepas bangun tidur.

Okay tu lah skincare routine aku sekarang. Harapnya akan bagi kesan positif dekat muka aku. Kalau tak nanti nak kena cari product lain pulak. Tapi so far soo good and i hope it will be good to my skin. Biarlah lambat sikit effecct dari membahaya kan kulit muka sendiri. Orang kata biar lambat asal selamat.

Untuk harga aku cadangkan korang beli dekat outlet Himalaya sendiri sebab kalau jadi member Himalaya, Harga jauh lebih murah dari beli dekat watson atau Guardian. Dan mestilah lebih selamat sebab memang original product kan. Aku rasa ada je kot dekat mall besar besar. Kalau dekat utara aku tahu dekat Aman Central ada dekat depan ATM.

Hope all of you love this review. Harap nya berguna untuk korang korang semua.

Thank you for reading this entry !

You Might Also Like

30 comments

  1. Replies
    1. Face mask paling best sebab peel off punya.

      Delete
  2. Bagus guna produk natural ni. Bebas bahan chemical. Hope muka cepat pulih ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. in shaa Allah. terima kasih hehe

      Delete
  3. Himalaya ni bagus sebab xbyk chemical. Wah cantiklah raya nanti ye.blogwalking Dari afb

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah bagus sngt. recommended sgt kalau brg2 dekat farmasi

      Delete
  4. Memang berguna sangat review ni. Lepas ni boleh try. 😊

    ReplyDelete
  5. Wah cantik lah awak pakai Himalaya. Himalaya mmg xde chemical kan

    ReplyDelete
  6. wow.. masyuk nih.. hehehe

    tp mmg betul, kalau produk yg cepat sangat berkesan ni, takut ada bahan terlarang yg bahaya.. hehe

    selamat hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. awal2 memang elok. kot la nanti jdi lain pulak.

      selamat hari raya juga

      Delete
  7. OK jugak ek Himalaya ni. Nanti share la kesan selepas dah sebulan guna :D

    ReplyDelete
  8. ramai cakap yang himalaya ni bagus :D

    ReplyDelete
  9. suka produk Himalaya ngan St Ives tapi x pakai semua benda dari range ni.. pakai srcub and cleanser je.. tukar2 ekot mood. scrub terbaiklah.. puuas hati haaa tonyoh muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyk kli cari st ives selalu takjumpa. frust betul

      Delete
  10. Nama skin care pun hebat: HIMALAYA

    ReplyDelete
  11. tq share review ni..produk drugstore memang baik kan..sye tngah blogwalking...done follow blog awak yang comel ni...harap awak sudi follow back blog baru saya lah ye hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. in shaa ALlah nanti pergi bw kat blog awk ssama

      Delete
  12. Kak ana pun tertarik nk try guna produk himalaya ni. Tggu scrub yg ade skrg ni habis dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. scrub dia best tapi agak tajam sebab biji biji dia besar sikit

      Delete
  13. Macam boleh try lepas ni, tq share. Jemput BW ke blog saya tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dtg jln2 sini. nanti saya balas kunnjungan

      Delete
  14. Saya sebagai lelaki pon guna himalaya face wash je hehehe

    ReplyDelete
  15. Syabas, sbb mjaga kulit dr awal lg. Akak, waktu masi belajar dulu, on-off guna toner & moisturiser. Cleanser ja yg guna hari2. Sunscreen x pakai at all. Skrub & mask x pernah dengar. Tapi dulu lain, ozon x seteruk skrg. Cuaca pun ok. So, dah lebih sebulan guna produk ni - macam? Akak rasa produk Himalaya ni bagus jg sbb blh kira natural & affordable. Akak suka guna syampunya, tapi beli time betul2 sale. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x elok juga muka sye ni. duk on off produk. ssh nk cari yg elok. himalaya ni elok. tpi ad yg x kne dgn muka, buat mslh jugak.

      Delete
  16. sis boleh share tak lepas beberapa bulan guna himalaya?
    thanks

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net