Followers

REVIEW : MATTE WARM BROWN LIPSTICK FROM SIMPLYSITI

Assalamualaikum ! Dah lama aku berpuasa dari beli barang barang make up ni. Maklum lah masih belajar dan duit pun sendu sendu ja. Tungg...


Assalamualaikum !

Dah lama aku berpuasa dari beli barang barang make up ni. Maklum lah masih belajar dan duit pun sendu sendu ja. Tunggu aku kerja nanti siap lah semua aku nak beli. Masa pun tak ada untuk make up makeup ni.

Tapi hari tu ada lah try lipstick dari simplysiti ni. Warna dia wow gila dan aku suka. Dah lama cari warna macam ni, kalau dekat booth booth mall tu ada la jual yang RM10 tu tapi aku tak berani nak beli sebab tak ori. Bukan berlagak tapi kalau lipstick yang macam tu lama lama bibir akan jadi warna kehitaman. Dah la bibir aku ni tak berapa nak pink kan kalau pakai tu lagi la teruk. Lagi satu sebab texture yang tu melekit like glue. Akan rasa texture macam melekat melekat dan bila makan atau minum dia akan hilang keping keping dan bibir macam merekah.

Jadi aku beli jugak simplysiti ni takut nanti balik kan termimpi mimpi susah pulak. Lagipun apa salahnya sebagai award 1 sem bertungkus lumus kan belajar. Jadi kita award kan diri sendiri hadiah pulak.

Aku beli ni dekat watsons memandangkan aku ni jenis tak boleh masuk watsons, kalau masuk ada je benda yang aku akan beli. Kesian lah bakal suami yang nanti akan ikut aku menghabiskan masa dekat watsons. Bertabah lah bakal suami yang masih belum nampak bayang ni. Hehehe.

REVIEW : MATTE WARM BROWN LIPSTICK FROM SIMPLYSITI



Semua nya ada banyak colour dan aku pilih warm brown becos its look nude and natural.


Untuk yang berkulit gelap sawo matang atau light tan macam aku, sangat sesuai warna ni sebab nampak cool dan tak over. Kalau kulit cerah senang nak padan kan dengan lipstick warna apa pun. Tapi kena tengok jugak kadang kadang ada jugak warna yang tak sesuai tapi bagi aku nak pilih lipstick kena test dulu dekat bibir sama jugak macam nak pilih warna tudung.

Aku suka pakai sebab texture dia tak melekit dan ringan. Dah nama pon matte kan, So dia terus attach dengan kulit bibir tanpa rasa melekit dan rimas bila lambat kering. Kalau nak kan effect yang terang sikit aku cuma dap dap kan silky girls crayon warna pink terang sikit. Jadi dia akan bagi effect warna yang lebih terang. Dap dap je sebab kita nak warna ke merah sikit ja berbanding nude macam ni.

Sebelum ni aku pakai silky girl jenis crayon tu tapi warna agak terang. Tapi so far okay je dan aku pun suka yang tu. Silky girl tu warna agak pink terang, senang nak padan kan dengan apa jenis pakaian pun. Nak pergi kelas pun aku calit yang tu ja.


Close up color. Nampak natural kan ? Sebenarnya gambar ni nampak cerah warna kulit aku sebab effect cahaya. But still okay bila gelapkan sikit warna kulit tu. Aku recommended sangat lipstick ni, nak pakai pergi kelas pun sesuai sebab warna nude dan natural paling penting tak over.


See ? macam tak pakai lipstick tapi kalau tak pakai konfem la pucat warna bibir dan campur dengan tak sekata lagi. Now its look fair and nude right ?


Aku rasmi kan lipstick dengan presentation project design studio tempoh hari. Love love love the color 😍😍😍 Tak menyesal beli color ni. Dan paling penting boleh buat lipstick raya. Abaikan muka tak bermaya sebab dah dekat 2 3 minggu tidur tak menentu makan tak lalu otak berkecamuk. 😂😂

So far aku bagi 4.5 bintang untuk lipstick dari simplysiti ni. Nak cari senang je, pergi je mana mana watsons dekat Malaysia ni. Konfem ada, Kalau tak ada try pergi cari dekat Guardian atau mana mana outlet cosmetic.


Available at Watson/Guardian /Make up outlet

Price RM 38.90 at Watson

Brand Simplysiti

Shade Matte Warm Brown code LC47

You Might Also Like

4 comments

  1. akak suka warna yang ala-ala warna bibir kita kalau pemakaian hari biasa...
    lama tak beli produk simplysiti ni

    ReplyDelete
  2. Cantik.. mama pun suka yg jenis matt

    ReplyDelete
  3. pernah gak ni dok berkira2 nak try.. menarik jugak colour2 yang diorang offer.. boleh cuba..

    ReplyDelete
  4. Lipstick SimplySiti memg best..warna warnanya pun cantik..kira harga nya worth it lah dgn kualiti lipstick tuh..mungkin org rasa mahal tp bg akak berbaloi

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net