SEMESTER 4 IS OVER ~ A VERY TOUGH SEMESTER

Assalamualaikum ! Sekarang aku boleh menulis dengan gembira dan senang hati. Walaupun ada lagi kerja sikit sikit yang tak siap asalkan pre...

Assalamualaikum !

Sekarang aku boleh menulis dengan gembira dan senang hati. Walaupun ada lagi kerja sikit sikit yang tak siap asalkan presentation dah habis, aku dah boleh rasa lega. Lagi lega bila projek aku tinggal lagi 10% finishing dan dah siap ! Ternyata penat lelah tangis nangis stress dah pun berakhir.

Lagi 2 hari aku dah boleh balik kampung sambut Ramadhan dan hari raya dengan keluarga tercinta. Huiihh tak sabar betul ni. Tak sabar nak menguli membakar biskut raya. Tapi rasanya kena tolong ma buat kuih banyak banyak jugak. Jadi balik rumah tak ada lah boleh rehat sangat tapi penat badan lagi ok dari penat otak. Otak penat badan habis penat sampai function pun sikit sikit ja.


Kikiki, muka syok habis dah bila semua ni dah settle. Sungguh weh aku rasa macam 1 batu dekat atas kepala ni hilang. Rupanya selama ni aku duk bawak batu sampai kepala ni berdenyut denyut tahu. Siang malam duk fikir projek duk fikir macam mana nak agih tugas nak fikir macam mana nak suruh ahli group korang buat kerja. Sebab aku ni jenis semua benda aku buat pun tak apa asalkan kerja tu kau puas hati. Tapi aku tak boleh jadi macam tu sebab aku group leader dan aku kena agih semua kerja supaya jadi sama rata dan saksama. Bagi aku ni lah challenge yang agak berat untuk aku.Sebab manusia ni memang rambut sama hitam tapi hati lain lain. Alhamdulillah ahli group aku tak ada lah masalah sangat kalau nak banding dengan group lain. Cuma kena suruh dan kena bagi tugas sorang sorang dan Alhamdulillah diorang buat jugak. Terima kasih group member.



Ni group member aku yang best best. Apa yang penting belajar dari orang lain. Walaupun ilmu aku pun tak banyak tapi boleh laa nak ajar ajar korang sikit. Aku sendiri pun belajar dari ahli kelas yang lain yang ada pengalaman lebih dari aku. Walaupun tak pandai tapi pengalaman tu penting. Kita sendiri pun belajar dari pensyarah pensyarah. 


Muka happy betul lepas present. Lecturer pun layan ke perangai kami. Lecturer kami memang amcam ni. Layan jee. Walaupun group aku present paling last. Sebab aku group 1 dan selama ni group aku la yang pertama present. Lepas tu lecturer tukar suruh group 10 dulu yang present. Jadinya kami lah yang paling last. Dari pukul 9 kami turun sampai lah pukul 3 setengah baru turn kami. Sabar je la nakk.

 Sambil tunggu tu semua perasaan ada. Ngantuk lah yang paling utama sebab kami dari siang sampai ke malam sampai ke pagi tak tidur, Tidur pukul 4 pagi kejap dan terlepas sahur. Pergi presentation dengan tak sahur tak tidurnya. Muka barai pucat penat mata bengkak semua ada, Dugaan dugaan.

designer

Ni dia projek kami. Ese lava stool. Akhirnya menjadi kerusi jugak kamu projek. Banyak dugaan yang aku hadap nak buat ni. Dari mula sampai akhir macam macam perkara jadi. Ni belum pasang LED lagi sebab order kat Lazada dan tak sampai sampai lagi. Lazada ni buat hal betul laa. Sabar je laa, bulan puasa ni banyak kena sabar.

designer

Projek ni exclusive tau sebab buat pakai acrylic yang macam kaca tuu. Alaa kalau kemahiran hidup dulu orang panggil perspek. Tapi yang ni tebal. Dan ditebuk guna mesin laser cut. Dan di spray acah acah pro macam mat saleh oleh aku. Hahahaa. warna sunset dan ombak tu aku spray tengok mat saleh spray macam pro je dekat you tube. Aku pun try jugak laa walaupun macma jadi tak jadi je. Tak boleh nak cakap apa sebab mat saleh ni dia dah memang ada talent dan sangat pro, latihan banyak mana nak hasilkan sesuatu pemandangan cuma dengan spray je. Aku sangat mengagumi kehandalan mereka.


What's up bruh ?

Kalau dah muka garang macam ni, ada orang berani nak buat hal ?Hahaha. Walaupun muka garang tahap nak makan orang, Tapi hati ni orang tak tahu ibarat serapuh tisu jaa. Tapi dont mess with me haaa. Kalau nak try buat laa. Nanti aku suruh ford roll side roll semua baru ampa tahu. Kalau nak rehat aku suruh comando rest jaa. Hahaha. 

Apa apa pun buat adik adik yang nak ceburi bidang ni jangan la takut pulak dan terus mengalah. Seronok course ni cuma penat tapi sangat fun. Percaya lah. Jangan takut untuk ceburi bidang procut design, product development, industrial design semua tu. Ada seronok dia dalam kepenatan dia. Sama je sebenarnya. Course lain pun ada pro cont masing masing, so jangan takut untuk teruskan minat yang ada. Kalau tak yakin sangat pm akak. Hhahaha, acah femes betul akak ni. 

Kepada rakan rakan lain yang masing bergelumang dengan final exam, good luck all the best for you all. Jangan stress2, sikit lagi dah nak balik kampung, dah boleh raya. Dah boleh merdeka. 



You Might Also Like

7 comments

  1. Yeay! Lela boleh raya dengan hati yang gembira! Hehe.

    Tahniah dah habis sem 4. Berehat dulu okay =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak. yeeeeyyy dah boleh rehat secukupnya

      Delete
  2. Perghhh stylo la persembahan projek awak. hebat2. Apapun, congratulation!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. terima kasih kak. alhamdulillah bejaya jugak setelah bertungkus lumus

      Delete
  3. Tahniah sebab dah tamat semester 4.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net