Followers

THE ROUND UP: MAY 2017

Makin hari blog aku ni makin sendru rasanya. Sibuk sangat lah bulan lepas dan termasuk bulan ni sekali memang tak sempat nak layan blog....



Makin hari blog aku ni makin sendru rasanya. Sibuk sangat lah bulan lepas dan termasuk bulan ni sekali memang tak sempat nak layan blog. Sibuk dengan projek yang tak ada kesudahannya. Kesudahan nya 11 hb ni, lepas present, terus aku merdeka. Lepas tu boleh chow balik kampung. Hai tak sabarnya nak balik kampung.

Tapi awal awal bulan May hari tu sempat la consisten update blog 2 3 hari lepas tu tak sempat dah. Nak rehat nak tidur pun tak sempat. Tidur sempat pejam mata tu sempat la kejap kejap tapi otak tak pernah rehat duk fikir macam mana nak siapkan projek, macam mana nak buat ni, esok nak buat apa.

Memang la kerja grouping, tapi aku yang kena fikir semua tu dan anak anak buah aku seronok tidur. Tugas agihkan tugas untuk diorang tu aku kena buat. Berdenyut denyut otak ni. Sampai kadang kadang tu sampai nangis jugak sebab stress tapi ni lah dugaan belajar. Ikut je la flow, nanti habis semua yang pahit pahit ni akan jadi manis.


Terpaksa jadi perempuan serba boleh. Nak kena welding bracket dekat besi. Memang la mudah bagi orang yang dah biasa, tapi bagi aku yang dah 4 tahun tak pegang welding ni penat jugak la nak kena try balik buat ni. Last main welding ni time diploma dulu. Dah 4 tahun baru nak apply balik welding ni. Buat pulak bulan puasa, balik rumah penat dia sampai nangis. Panas cuaca panas welding sampai kering bibir. Nak minum air pun tak boleh puasa ni, tunggu berbuka la kalau boleh hilang dahaga sikit.


Nak kena run machine laser cut nak potong acrylic ni pun dah makan 3 hari. Banyak nak kena potong.



Sempat lagi design plat 1 untuk mak i. Suka sangat bila tunjuk plat ni. Abby aswa bridal, Harap lepas ni jadi semangat untuk ma terus majukan perniagaan. Nanti nak kena siapkan letak sesuatu dekat background dia. Letak lighthing sikit nanti cantik la plat ni.

See, life aku bosan sikit bulan ni. Hujung hujung bulan laa. Awal bulan aku sempat pergi Hatyai food hunt lagi. Lepas je berseronok terus ditimpa timpa projek. Hahaha. Padan muka diri sendiri. Macam ni lah life student design.


DAY TRIP TO HATYAI AND SONGKLA THAILAND


Menang voucher RM150 dari traveloka from entry ni. Terima kasih Traveloka.

PULAU PERHENTIAN : MALDIVES OF MALAYSIA #MYTRAVELADVENTURE

Review lens dari Qaylaa Lens

BELI CONTACT LENS DARI QAYLAA LENS


First time aku baca novel omputih sampai habis dalam masa 3 hari. Kalau tak sebelum ni hanya hangat hangat taik ayam sebab aku baca 2 3 helai lepas tu bahasa inggeris dia tinggi sangat dan aku pun fed up nak habis kan. Kali ni aku berjaya habis kan. Clap clap clap. Say congrate pleaseee.. 👏👏👏

Ni lah sedikit wrap up untuk bulan may. Bulan ni baru satu sempat update walaupun sekarang dah masuk seminggu dalam bulan Jun. Berdoa lah aku punya banyak masa untuk update blog, rehat dan punya life yang menarik sikit, yang paling penting doakan aku boleh siapkan projek dan viva dengan jayanya. Dan boleh balik beraya dengan tenang. 

You Might Also Like

2 comments

  1. My reading ke lautttttttttttt. Taktaw kenapa malas sangat. Ada satu buku tu macam semangat sikit na baca but letak manatahh tak ingat. Bagusnya jadi backbone group macam tu, kalau saya memamg mengamuk dah. But paham, kadang-kadang tak boleh buat apa. Diorang fikirkan sibok diorang macamkan kerja kita lain-lainn. haihhhh. Niat sedekah la pada bulan puasa ni.

    Cantik plat tu!

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  2. Cantik plat! Mak Lela ada butik pengantin ke? Bagusnya. Lela kahwin nanti tak payah fikir panjang dah. Hehe.

    Congrats on your reading =) Akak suka bila orang membaca ni. Boleh share2 buku apa yang menarik. Hehe.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net