OOTD RAYA AIDILFITRI 2017

Hai guys. How's your day? sihat ? dah lama tak menulis eh menaip dekat blog ni. Dah nama pun cuti semester, blog pun cuti sekali. Bukan...

Hai guys.
How's your day? sihat ? dah lama tak menulis eh menaip dekat blog ni. Dah nama pun cuti semester, blog pun cuti sekali. Bukan cuti sebenarnya tapi dekat kampung aku memang tak ada line internet. Ada act cuma celcom yang sendu sendu. Kalau nak berbloging memang tak dapat lah.

Then hari ni baru sempat nak upload ootd raya. Selamat hari raya maaf zahir batin btw kepada readers blog aswaleyla.com. Acececeh, macam ramai readers kan. Nak post pasal raya pun memang dah lupa mana hujung pangkal nya. Nak mula tang mana pon dah pening. So, kita up ootd raya raya la tak pun baju raya aku tahun ni. Baju raya ketika berumur 2_ tuuuutt.


Location : masjid terapung kuala terengganu

Saja aku beli yang kembang kembang sebab feeling feeling princess gitu. Padahnya nak pakai segan sebab lebih sikit dari orang lain. Bukan masalah  dengan puplem tapi dengan keliling bawah yang ada macam net keras buatkan baju tu mengembang dengan jayanya. Memang itu pun tujuan dia cuma aku yang segan. Tapi buat muka tataw je, bila la nak try lain dari lain. Kehkehkeh.


Bergambar kat sini ja depan tandas act sambil menunggu kawan aku dalam tandas. Kalau tak memang tak ada gambar ni. Sebab aku bukan jenis nak snap gambar sangat. Pliss lepas ni dapat feel nak snap gambar je. Banyak la sikit gambar ootd kan. 

Pergi majlis bertandang kawan sekolah menengah. Oh myyyy kawan aku sorang sorang get married and aku masih terkontang kanting mencari hala tuju sendiri. Jodoh belum sampai katakan. Padahal dekat kampung makcik2 berebut nak buat menantu. Ok perasan melebih!


Tiga  dara pingitan menunggu kumbang datang meminang kat rumah. Hahahaa. Maisng masing dah takut jadi orang last kahwin. Yang tudung merah tak kisah pun jadi last sebab dia memang jenis tak kisah. Tapi nanti tengok tup tup dia yang kahwin dulu. Lagi dua ni memang kisah sebab taknak jadi orang last. Siap plan nak buat majlis sekali sebab tak nak jadi last. Okay kalau ada rezeki dan tak ada halangan kita buat sekali. 

Raya tahun ni sama ja dengan tahun tahun lepas sebab aku masih bujang. KEKEKEH. Tahun depan kita tengok sama ka dak nahh. Esoookkkk dah gerak pi KL bertugas untuk pentauliahan palapes Uni Awam Malaysia yang ke-36. Wish me the best. Macam aku pulak yang nak ditauliahkan. Nanti aku update lain ya. Jangan rindu i tau. 


You Might Also Like

3 comments

ShopLinks

babab.net