Followers

PENTAULIAHAN DIRAJA PALAPES UNIVERSITI AWAM KE 36

Assalamualaikum. Masih ada yang sudi baca blog ni ke ? Tuan rumah kadang kadang timbul kadang kadang tenggelam. Sorry guys. Tak menyempat ...

Assalamualaikum.

Masih ada yang sudi baca blog ni ke ? Tuan rumah kadang kadang timbul kadang kadang tenggelam. Sorry guys. Tak menyempat nak online lagi lagi kalau kat kampung ni line internet memang tak ada.

Minggu lepas Alhamdulillah dah selesai Pentauliahan Diraja Palapes Universiti Awam ke 36. Alhamdulillah lebih 1000 orang pelajar telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam askar wataniah. Tahniah semua.


Aku antara salah seorang yang terlibat dalam menjayakan pentauliahan ni selama 2 minggu. Bekerja dengan dari anggota tentera sehinggalah ke pergawai pegawai dan Panglima Markas Latihan sendiri. Bukan senang nak lancarkan pentauliahan ni sebenarnya. Macam macam pengalaman aku dapat. Dari pengalaman bekerja dengan orang atasan, bekerja dengan pentadbiran, bekerja dengan arahan dan demand sehingga lah bekerja dengan makian. Hehehe. Normal okay dalam askar kena maki. Jangan terkejut sangat kalau kena maki depan semua orang walaupun pangkat kau tinggi sebab yang maki kau mesti lah [angkat yang lebih besar. Jadi tadah je telinga okay.


Selama 2 minggu berturut turut latihan berjalan. Ni kontinjen dari UniMAP. Bertabah lah adik adik. Kejap je ni. Hargai masa korang kena jemur dekat padang square ni. Sebab akak pun suka main panas tapi tak suka bila muka dah kena sunburn sampai jadi suntan bagai. Pejam celik pejam celik dah habis dah 2 minggu latihan dan konfem korang akan rindu gila nak dengar announce "Perbarisan masuk padang". Betul tak betul tak ? Korang akan rindu setiap detik yang korang benci masa tu.


And now you can see the happiness smile sebab sekejap lagi korang akan dapat pangkat leftenan muda dan segala keperitan dan kepanasan korang dekat padang square dah tamat. Korang nak jumpa mak ayah korang dengan pakaian no 1 tentera tu.


Terjumpa pulak gambar inter Hapilah pergi snap gambar candid. Muka aku muka risau gila fikirkan adik adik nak masuk padang. Terserlah pulak muka risau sambil fikir panjang kat situ. Haishh.







Gambar sepanjang perbarisan. Aku tak sempat nak ambil gambar banyak sangat sebab ramai parents berebut rebut kat depan nak snap gambar anak masing masing. Then kita kena lah bagi peluang dekat diorang meraikan kejayaan anak anak diorang kan.

Gambar dengan best kadet dari unimap dan panglima markas latihan, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.


Gambar bersama Lt.Col Nourul. Sseorang yang disegani sepanjang latihan pentauliahan. Dan most beautiful lady, mejar Zuraida isteri Lt.Col Nourul. Memang hebat kalau dengan cerita diorang. Siap terjun payung sama sama.


Buddy dari UPSI, Norma namanya ore kelate. 

Banyak pengalaman yang aku dapat dari pentauliahan ni. Kalau dulu masa aku ditauliahkan, aku cuma tahu penat, panas, makan, tidur dan fed up dengan jurulatih yang duk gasak suruh kilat kasut, suruh itu ini. Tapi bila aku dekat tempat diorang sekarang, aku rasa macam mana kerja kerja lain yang lagi penat, lagi serabut, lagi kena gasak macam macam untuk jayakan pentauliahan ni. Lagi lagi aku kerja bawah sekreteriat yang arrange semua benda ni. Yang nak itu ini dari setiap universiti, yang nak kumpulkan data setiap universiti setiap hari.

Mula-mula sampai aku kena buat kerja ni semua, naik biol kepala aku. Tak tahu nak buat apa, nak mula macam mana, nak cakap dengan orang atas, nak cakap dengan LtM dari universiti lain, nak kena attend meeting bagai. Nak arah orang bawah aku pulak buat kerja. Tapi lama lama baru dapat flow, belajar belajar belajar, baru faham.


Entry di sudahi dengan wefie dari Leftenan Muda Junior. Kikikih. " Walaupun kita sama satu paku, tapi ingat, saya tetap senior kamu " Muahahahaha. Gelak jahat 👹👹

You Might Also Like

7 comments

  1. wah wahhh seronoknyaaa. cantik betul tau pakai uniform macam nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. baju ni mmg lawa. suka tgk askar2 pkai

      Delete
  2. Replies
    1. haah betul. walaupun penat tapi berbaloi

      Delete
  3. Akak intake 25...tauliah di UM 2006. Rindunya masa tauliah....:)

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net