Followers

CERITA KELLI CASTLE DAN POTD

Assalamualaikum. Masih bersambung dengan cerita holiday di Perak. Nak habiskan semua entry secara tersusun. Malas la nak selit selit entry...

Assalamualaikum.

Masih bersambung dengan cerita holiday di Perak. Nak habiskan semua entry secara tersusun. Malas la nak selit selit entry lain nanti nak cari susah. Kalau macam ni tekan next entry dah ada cerita yang sama lagi. Kot kot la ada orang cari kan. Okay perasan nya kau lela.

Dah cukup nak perasan, macam tajuk tu aku nak cerita pasal kelli castle tapi aku pun tak banyak tahu sebab aku bukan orang situ tapi melalui pembacaan aku kat media, tahu la sikit sikit. Bila pergi sana, makin nampak jalan cerita kelli castle ni macam mana.


"Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya." credit wikipedia

Ni aku ambil sikit dari wikipedia. Sebab malas nak taip benda yang sama. Cuma aku ringkas kan seringkas nya la sebab aku tahu ampa pun malas nak baca kan.

Sebelum aku pergi sana, kawan aku yang memang orang Ipoh macam tak berapa nak bagi kami kesana, sebab kat situ keras katanya. Ramai dah dia ikot balik. Tapi baiklah kita percaya kepada Tuhan yang satu kan. Memang seram tapi lets think positive. Benda macam tu bukan tak wujud, tapi tak perlu lah kita ganggu dia. Kita kesana dengan tujuan nak lihat kecantikan dan keunikan binaan agung tersebut.




Okay ni bahagian depan. Memang cool gila bangunan ni. Memang cantik. Tak hairan lah akalu orang cakap kelli castle ni antara binaan teragung di Malaysia. Kalau untuk geng photoshoot memang ni salah satu tempat dna kalau geng paranormal pun ni salah satu tempat nya. Eh!


Antara bahagian yang terbengkalai. Tak sempat nak siapkan sebab Kelli meninggal. Tapi bagi aku, yang dah siap jadi bangunan tu pun dah cukup besar, kalau bahagian tak siap ni disiapkan, memang besar gilo la tempat ni. Sangat besar, kalau jadi rumah silap silap boleh sesat.


Ni salah satu sudut yang terdapat dekat kelli castle. Memang port feveret orang bergambar ala ala Merenung ke luar jendela. Bayu pagi meniup lembut. Lihat bintang di angkasa. Purnama menerangi gelapku. Dan bila fajar menjelma ~~~~ Sambung sendiri lagu Joe Flizzow ni.

Ala ala gambar macam ni ni haaa. 


Ni pon salah satu port feveret kalau nak photoshoot... Tapiiiiii

Ni pun salah satu port feveret roh kelli tau. Tak percaya ? Baca ni.



Okay. Level  2 pun ada cerita tersendiri. Level 2 adalah bilik. Pun cantik. Tapi aku pun tak masuk semua bilik. Ramai sangat oragn time tu. Malas nak beramai ramai sangat.


Ni balkoni di level 2. Time naik level 2 aku ikut tangga kecil. Naik terus sampai master bedroom. Aku ingat kawan aku ada kat beakang, rupanya aku naik sorang, depa duk bergambar lagi kat bawah. Masa tu aku rasa seram sejuk, Rasa aku je yang duduk dalam bangunan tu. Sepi tak dengar bunyi apa. Seram jugak but it just my feeling. Tak ada apa pun, aku patah balik, jumpa kawan aku pastu baru naik lagi sekali dengan diorang. Hehehe.


Seram?


Ni top view. Yes boleh panjat bumbung dia. Nampak kawasan luas tu ? Dulu kelli nak buat 1 padang golf dekat atas bumbung istana ni. Padang golf atas permukaan simen. Luas sangat kalau buat swimming pool tu dah boleh main untuk sukan sea.

Dari atas boleh tengok luas nya kawasan pertanian yang dulu ya pernah jadi hak milik kelli. Perghh kaya kelli ni.





Rasa nya dah banyak dah gambar ni. Nak cerita banyak pun baik korang pergi sendiri. Bila lagi nak jalan jalan dekat negara sendiri. Ampa pulun p oversea, kat Malaysia pun belambak tempat lawa lawa. Kita je yang belum teroka lagi. Duit? Aku pun tak ada duit tapi kalau bab berjalan haruslah ada duit. Hahaha. Aku beli 1 percutian untuk ingatan selamanya. Nice kan ayat aku? Dah memang dah kemaruk berjalan orang cakap apa pun aku tak dengar dah.

Masing masing ada persepsi masing masing. So just live in peace.

Thanks for reading this entry !

ENTRY BERKAITAN

BACKPACKERS KE PERAK !

CHINESE FOOD HALAL DI NEW HOLLYWOOD RESTAURANT IPOH


You Might Also Like

3 comments

  1. Wahhh, cantik. Kalau sye, tak pergi dah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikih. sye pergi jugak. nak karang entry ni 3 hari baru siap. meremang je kalau nak taip entry. asyik pandang belakang je. Perasaan teruk betul. padahal bnde tak de apa pun. hahaha

      Delete
  2. Teringin nak pi tapi takut jumpa Mr Gopal < helen ker ..hahaha Ngeri! Tapi Castle ni serius lawooo..

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net