Followers

CHINESE FOOD HALAL DI NEW HOLLYWOOD RESTAURANT IPOH

CHINESE FOOD HALAL DI NEW HOLLYWOOD RESTAURANT IPOH | Assalamualikum.. Siapa kat sini jenis nak try semua jenis makanan tak kira bangsa a...



CHINESE FOOD HALAL DI NEW HOLLYWOOD RESTAURANT IPOH | Assalamualikum..
Siapa kat sini jenis nak try semua jenis makanan tak kira bangsa apa, negara mana tapi susah nya nak dapat yang halal ? Tempoh hari aku ke Ipoh dan selalu dengar Ipoh ni port food hunter terbaik tapi bila pergi sana mak aih susah nya nak dapat makanan halal. Sebab kebanyakan kedai, kedai chinese. Dan nasib baik ada Newhollywood restaurant ni. Yang mana menyediakan makanan chinese yang halal.

Ni pertama kali aku try makan makanan cina. Dan aku memang tak tahu nama nama makanan tersebut. Jadi aku search dekat ig food hunter yang ad snap picture dan aku cari yang sama dengan gambar. Hehehe.


Taraaa ! 3 orang perempuan perut besar nak makan


Kedai ni serius ramai gila orang. Aku sampai dalam pukul 12 macam tu penuh meja ! Tapi dah ramai yang beransur pulang. Kedai buka jam 7 pagi hingga pukul 4 lebih lebih macam tu. Tapi pukul 1 dah banyak gerai tutup. Style dia gerai gerai. Hang nak makan, hang p order kat gerai gerai dia dan dia hantar kat meja. Bayar terus yaa. Sediakan wang kecik kecik sebab harga makanan ni tak sampai RM5 pun. Kan nanti ampa pi bagi RM100 kesian aunty tu nak pergi ambil balance. 

Air order kat meja. Dia datang tanya dekat meja. Nak telur goyang ke puding karemal ke order kat meja. Aku hari tu memang tak tahu apa kan. Pergi la kat kaunter nak order air, free free je kena marah kat aunty hantar air tu. Pastu g tempat nak order roti telur goyang, kena marah lagi kat aunty tu. Last sekali aku pun dah malu sendiri, tak order pun puding karemal. Servis gerai gerai tu aku puji sangat sebab aunty uncle tu baik baik. Tapi servis order minum roti bagai tu kureng sangat bagi aku. Depa macam nak marah marah customer, paham la mungkin diorang rushing sebab ramai sangat orang. Tapi kot boleh tulis besar besar dekat situ order air ambil dekat meja masing masing. Orang paham la kan. 



Yang paling best cakui dia. Best sangat lembut dan cicah dengan kaya. Memang terangkat habis lah. Mee kari dia pun best. Aku suka sangat mee kari tu. Mee wantan kot yang tengah tu okay cuma kita melayu tekak makan flavor keras keras sikit. Ni dia macam orang terengganu kata lecah macam tak cukup sesuatu. Tapi tu lah sebenarnya nya chinise food kan. Bukan macam melayu rempah bagai bagai, bawang perasa banyak. 

Chee Cheong Fun dia pun best. Tu yang warna putih tu. Kuah kicap tu. Rasa dia macam laksam tak laksam. Laksam kan tawar dan tebal, yang ni nipis dan ad manis manis sikit. Aku suka. Cara dia buat pun lain, pakai kain kalau tak silap aku. Ada ayam dan udang. Aku pilih udang sebab ayam macam biasa kan. Udang dia ada kat dalam gulungan chee cheong fun tu tau. Jangan tak jumpa cari pulak.


Ni pulak roti goyang yang orang cakap wajib makan kalau kat sini. Dapat lambat sangat, dah puas gaduh dengan bangla tu baru dia datang hantar. Tu pun dia gaduh dengan aunty cina tu pulak suruh datang hantar padahal dia yang patut hantar sama dengan air awal awal tu. Dah la dah bayar. terpaksa kami tunggu roti ni sampai. Kalau roti ni lambat, nak order puding caremel pulak tak tahu lah nak dapat bila pulak kan. 


Nahhhh. Habis licin kami makan. Ingat perempuan tak makan banyak ka. Nak habis ni rasa macam nak kenyang sangat macam tak boleh nak bangun dah. Meja bersepah sebab makan mee macam tu dengan kuah pastu nak acah makan dengan chopstik pulak. Lagipun kami makan 1 pinggan 1 pinggan. 1 pinggan kongsi 3 lepas tu baru makan makanan yang lain pulak. Motif dia sebab nak rasa semua makanan. Total semua makanan yang kami makan RM40. Bahagi 3 jadi lah RM13.40 macam tu lah sorang. Jimat dan boleh rasa semua makanan. 

Gambar dari google image.

Address: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

Hours: 
Monday Closed
Tuesday 7AM–4PM
Wednesday 7AM–4PM
Thursday
(Islamic New Year)
7AM–4PM
Hours might differ
Friday
(Islamic New Year)
7AM–4PM
Hours might differ
Saturday 7AM–4PM
Sunday 7AM–4PM

Phone: +60 12-290 8887

Nak senang korang pakai je waze. Memang jumpa terus. Dia dekat lot kedai je. Bahagian penjuru hujung. Okay itu ja nak bebel. Pasal servis tu aku bukan nak kondem ke apa, cuma peringatan untuk pengunjung semua supaya order ditempat yang betul. Kalau tak sia sia je kena marah dengan aunty tu. Bukan aku nak diorang ubah cara diorang tapi kita yang kena ubah cara kita. Jangan kecam saya pliss. Hehehe. 

Thanks for reading this entry !

You Might Also Like

5 comments

  1. Mak aihh byknya.. Tergoda tau mummy!.. ahha

    ReplyDelete
  2. Kalo pi Ipoh leh singgah ni.. Nampak menarik, Satu kedai pelbagai menu. tu yg buat penuh meja tu kan..hehhe :D

    ReplyDelete
  3. Wahhh semua nampak sedap. Chee cheong fun pun ada. Fav kak ana tu.

    ReplyDelete
  4. Perghhh 3 orang makan banyak tu, haha. Mai suka juga chinese food tapi tak jumpa lagi tempat best kat kulim ni...

    ReplyDelete
  5. my fav place setiapkali balik ipoh... mesti order cheong fun dan kuih cakoi bijan.... husband mesti order roti telur goyang

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net