Followers

SEMOGA AKU LEBIH POSITIF SEMESTER INI

SEMOGA AKU LEBIH POSITIF SEMESTER INI| Assalamualaikum . Aku rasa macam baru je sampai perlis tapi rupanya dah minggu ke-3 mula semeste...



SEMOGA AKU LEBIH POSITIF SEMESTER INI| Assalamualaikum . Aku rasa macam baru je sampai perlis tapi rupanya dah minggu ke-3 mula semester baru. Awal awal buka semester dah pergi refresh otak ke Perak. Boleh baca entry sebelum ni tentang short vacay aku ke perak.

Semester lepas keputusan peperiksaan tak berapa memberangsangkan walaupun aku bekerja sekeras hati sampai dah kurus keding sekarang. Kadang kadang pelik dengan pembahagian markah ni. Dan aku give up gila lepas dapat result tu. Rasa macam Ahhhh sudahlah, aku dah malas nak ambil kisah.

Tapi sebenarnya tu mungkin ujian Tuhan nak tengok usaha kita lagi lepas kita hampir berputus asa. Datanglah perasan "mungkin hari tu rezeki orang lain lepas ni rezeki kita pulak" Rezeki tak pernah salah alamat kan. Yang penting usaha dan usaha lagi. Kalau takat tu je rezeki kita, kita tak boleh pertikai benda macam tu. Semua berserah kepada ketentuan Allah.

Untuk semester ni aku kena lebih positif. Buat kerja sendiri ja. Fokus dengan kerja dan projek yang kena buat semester ni. Apa pun hasil dia tu usaha kita sendiri, bukan orang lain. Tinggal lagi 3 semester sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan. Jadi kena gunakan masa dan hargai masa yang ada ni sebagai pelajar. Lepas ni mula lah rindu nak belajar la apa laa, jadi habiskan masa ni dengan sesuatu yang berfaedah dan menyeronokkan. Hehehe. Ingat seronok jee aku ni.

Ok doakan aku lebih positif dan tak mudah give up ya semua. Cyaiyyok to dear self !

Thanks for reading this entry !😍😍

You Might Also Like

20 comments

  1. Amin..moga semesta baru ni lebih baik utk leyla...

    ReplyDelete
  2. semoga sem nie lebih suksess ya Insyaallah

    ReplyDelete
  3. Good luck and keep positive. Take a good care of yourself. May Allah ease all your works on this sem. ❤

    ReplyDelete
  4. Leyla tak keseorangan okay. I feel you! After study too hard, bersengkang mata semua at last dpt result yg jaaaaauuuhh gila dari target and pointer drop jgn ckp ah, tpi masa dpt result tu Ain happy sgt2 taktau knpa mungkin sbb kita dah buat sehabis baik tpi tu bahagian kita, terima ja, sebab Allah dah rancang baik2 untuk kita :) Kalau kita redha inshaAllah kita tenang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan kalau masuk paper final x pe awk. Ni xde final semua base on projek. Ad je ahli group yg dpt a, tataw mcm mne dia bg markah. Rezeki masing2 kan. Betul Allah dah rancang yg lebih baik in shaa Allah. Good luck untuk ainathirah juga ya

      Delete
    2. Tapikan kalau masuk paper final x pe awk. Ni xde final semua base on projek. Ad je ahli group yg dpt a, tataw mcm mne dia bg markah. Rezeki masing2 kan. Betul Allah dah rancang yg lebih baik in shaa Allah. Good luck untuk ainathirah juga ya

      Delete
  5. dont ever give up ok and stay positive okay!! bila dah kerja mmg rindu zaman2 belajar nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq eecaa/. yes i will. hargai zaman2 belajar

      Delete
  6. gud luck dik.. mmg cabaran masa belajar ni. tapi percayalah lgi besar cabaran di luar sna masa bkerja.huhu.. be strong ok.

    ReplyDelete
  7. Hahaha dah merasa dah zaman study dulu. Kadang rasa macam nak marah je dengan lecturer yang bagi markah tapi past is past lah. Next sem tambah effort lagi. Good luck for next sem leyla!

    Singgah sini jadi pembaca baru :D

    ReplyDelete
  8. Ala mummy pun kadang2 sama gak.. pulun keje tapi hasilnya tak berbaloi... Takpe sabaq na. Allah suh tingkatkan usahalah tu... Keep going and always happy hokay...

    ReplyDelete
  9. "Rezeki tak pernah salah alamat".

    Yes, ayat yang selalu Ira guna untuk positifkan diri yang tengah down. InshaaALLAH segalanya akan dipermudahkan untuk awak :)


    Pendatang baru disini. Salam kenal :D

    ReplyDelete
  10. i feel you dik.. down bila result tak memberangsangkan.. but no worries good luck later. rindu zaman study dulu =)

    ReplyDelete
  11. good luck leyla :)
    usaha tangga kejayaan.
    aida pon 3 semester. sama la kita grad nanti kan. in shaa Allah.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net