Followers

TEBUS HADIAH CONTEST TRAVELOKA RAHSIA BAJET TRAVEL CIPUT

Assalamualaikum. Sebelum ni aku ada up entry backpacker ke Perak kan? Kan? Aku ada cakap kan bajet aku jimat sebab ada 1 rahsia kan. Haa n...

Assalamualaikum.

Sebelum ni aku ada up entry backpacker ke Perak kan? Kan? Aku ada cakap kan bajet aku jimat sebab ada 1 rahsia kan. Haa nil ah rahsia nya. Sebab kami tidur hotel free. Cuma bayar RM18.33 je sorang untuk 2 hotel yang berbeza. Sebab kena tambah RM55, so bahagi la 3 org, jadi hotel kami bayar RM 18.33 je.


Pertama sekali tq Traveloka.com sebab bagi peluang kat aku menang contest ni. Alhamdulillah syukur. Ni bukan paid review traveloka ok. Ni ikhlas dari hati yang suci ni nak buat review hotel.

Hari pertama aku tidur dekat Sun Inn Sunway Hotel, 0.80 Km je dari Lost world Tambun. Yang ni aku tebus voucher menang contest Teka pemenang bagi sukan sea hari tu. Aku ada up entry pasal traveloka jadi salah satu sponsor untuk Sea Game hari tu. Aku masuk lah sekali contest tu dan Alhamdulillah menang dapat voucher RM 50, then kena minimum purchase RM 100. Jadi kami pilih hotel RM 105, sebab tu lah kena tambah lagi RM55. Untuk 1 malam. Ni bilik family taw. Ada 2 katil queen.


Mirror selfie !


Macam yang aku cakap ada 2 katil queen sebab aku ambil famili room. Tapi guna satu katil je. tiga tiga tidur 1 katil je. Lagi satu buat letak beg.


Make up corner kot ?


Toilet dia macam biasa biasa je. Kecil je but okay la kalau setakat nak mandi kan. Hg nak toilet macam mana lagi. 

Hari kedua aku bermalam dekat Kinta, Merton Hotel. Yang ni tebus voucher sebab menang contest #MYTRAVELADVENTURE. Dapat voucher RM150, Merton hotel bilik biasa 1 katil queen RM145. Jadi kami memang tak keluar duit 1 sen pun lah. Dapat breakfast lagi untuk 2 pax. Sebab kan kami 3 org, jadi kami tambah lagi 1 pax time check in tu RM7 per pax. Okay lah makan puas hati. Sedap.


Lokasi bersebelahan dengan symphony hotel. Uishh tengok symphony rasa macam nak check in situ. Sabar sabar. Next time maybe. hehehe  


Ni depan reception. Aku tak amik pulak gambar reception. Tapi hotel ni deco lawa baq hang. Aku suka sebab simple dan ada style walaupun perabut dia macam diy tapi sangat attractive taw.




Bahagian depan reception dan sudut reception.


Katil queen ni kami tidur je 3 org. Ada 2 katil pun tetap tidur 1 katil je. Lagi seronok tidur bersempit dengan kawan kawan macam tu. This time you should spent with your bff, lying on same bantal and sleep in same blanket while talking bed time story or maybe gossip. hahaha.



Tandas dia ada 2 bahagian, toilet and sink. Lagi satu bahagian shower in other side.





Semua deko ni dekat depan bilik kami je. Lawa sangat. Apa lagi bergambar tak sudah lah jawabnya.


Perempuan dengan mirror selfie dah tak boleh nak cakap apa kan.

Taraaaa ! tu lah sebenarnya kami boleh jimat travel ke Perak ni. Semua sebab Traveloka. Tq Traveloka. Lepas ni buat la contest banyak banyak yaa. I nak join. Kikikih. Okay itu je lah rahsia dia. Lagi 1 rahsia kami memang tak shoping apa pun. Jajan pun tak beli. Cuma RM15 je dekat Gerbang malam tu pun kongsi 2. Aku pulak jenis kalau aku cakap nak jalan memang jalan je no shopping. Tapi kalau aku cakap nak hopping, kau jangan tanya kena banyak sangat. Huhuhu. 

Thanks for reading this entry guys !


ENTRY BERKAITAN

BACKPACKERS KE PERAK !

CERITA KELLI CASTLE DAN POTD


You Might Also Like

7 comments

  1. wahh tahniahh!!!

    caqntiknya hotel kat Kinta tuu..hihi..

    Sun Inn pernah stay jugak 3 thn lepas masa hantar SIL study sana..tp malangnya kami dpt hotel yang x berapa ok + bantal & tilam ada bau sikit..huuhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.
      haah. mungkin sun inn dah upgrade sikit kot. dah makin hari makin elok dah ni. Bau tak elok tu ada jugak sikit sikit time saye masuk. hehehe

      Delete
  2. Seronoknya bila dpt travel dgn bajet rendah. Hotel pun ok je tu. Semoga awak terus dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  3. Wohoooooooo, syoknyaaaa.hehe~
    Tahniah lahh..nak jugakkk menang .. nak join gak lah kalau ado

    ReplyDelete
  4. Kan yg merton tu cantik. Sun inn mngkin dia dh upgrade skit kot.. Sy pergi hari tu ok ok ja laa. Nak tido semalam je kan. Tapi merton ni puas hati

    ReplyDelete
  5. hi , 1st time dtg melawat kat sini ..
    seronok dpt free voucher ni ...
    anyway, merton hotel tu cantik ...
    #afbdotmy ...mrs pip dtg melawat.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net