Followers

NAK CANTIK KENA MAKAN VITAMIN C - MY NEW FAVORITE

Hai Assalamualaikum bloggers. Sebelum aku dah ada update pasal vitamin C ni. Tapi dari jenama lain. Lepas tu aku dah lama tak makan vi...


Hai Assalamualaikum bloggers.
Sebelum aku dah ada update pasal vitamin C ni. Tapi dari jenama lain. Lepas tu aku dah lama tak makan vitamin ni. Badan pun dah rasa lain, kulit pun makin teruk sebab duk berpanas tapi tak makan vitmain untuk bantu kulit ni.

Then aku beli la vitamin C dari 21st Century ni. Rasa dia perrrgghh sedap masam masam. Memang aku suka rasa rasa masam ni, rasa macam gula gula. Feeling feeling makan vitamin masa sekolah rendah dulu dulu. Sebelum ni aku makan blackmore memang tak ada rasa apa. Rasa tawar masin masin macma mana entah. Aku main telan je. Tu pun tak lama aku makan sebab rasa dia kureng. Hehehe.


Bila duk cari cari vitamin, yang ni je menarik perhatian aku sebab dia chewable. Bukan texture dia yang kkenyal macam gula gula tu. Tapi jenis kemas kemas macam tu. Tak perlu lah tahan tekak nak kena telan vitamin besar gedabak. Masa tu confius jugak nak ambil vitamin C ataupun Garlic. Garlic punya aku tak pasti untuk apa, mungkin lepas ni boleh research. Kawan aku cakap makan dua dua elok, vitamin C and Garlic capsule tu. Tapi bajet nipis ni, beli yang penting dulu. So aku pilih vitamin C dulu.


Kalau jenis kemam macam ni, besar pun tak kisah. Asalkan sedap macam gula gula. Rasa macam nak makan saja saja buat jadi gula gula. Tapi kot nanti overdoes vitamin pulak kan naya. Jadi aku ambil 1 tablet je sehari selepas makan. Tak kisah lah makan pagi ke makan tengah hari ke makan malam. Sebab dah 1000mg, kalau ikotkan doktor tak sarankan ambil banyak sangat vitamin C, ada limit dia berapa mg je sehari. Tapi nak cepat lawa punya pasal kan. Hahaha. Alah okay lah makan vitamin, sekarang yang lelaki pun lagi cantik dari kita yang perempuan. So kena lah mula jaga diri sendiri jugak. Tercabar uols.

NAK CANTIK KENA MAKAN VITAMIN C

Macam kata pengasas dinars tu, Macam mana nak cantik ? Pakai lah dinars.... Tapi Vitamin jangan lupa jugak. Kena jugak bagi supplement untuk badan.  Usia makin meningkatkan. Bukan makin muda tapi makin ke tua. Kolegen dalam badan pun makin lemah dan berkurang. Jadi ambil la inisiatif kembalikan apa yang perlu pada kulit kita kan. Banyak kebaikan vitamin C ni. Boleh baca dekat entry sebelum ni ya. 

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT

Walaupun kita dah apply vitamin C, tapi yang paling penting jangan lupa minum air kosong banyak banyak. Yang ni sangat penting. Walaupun aku sendiri memang susah nak minum air kosong. Tapi kalau dah duduk perlis ni memang air kosong kena selalu ada la. Kalau tak boleh mati kering sebab panas sangat uuuiiii kat Perlis ni. Nak keluar tengah hari memang tak sanggup tapi kalau dah ada kelas tengah hari tu terpaksa la jawabnya. Lagi lagi sekarang ni musim panas sebab matahari betul betul dekat garisan khatulistiwa yang titik dia berada dekat kawasan perlis ni. Mana tak panas nya kalau macam ni. 

Jadi, jom kita sama sama amalkan vitamin C ni. Tak ada siapa yang rugi pun. Lagi elok untuk badan ada lah. Oh lupa dalam botol ada 60 tablets so tahan lah 2 bulan. Harga RM29.90. Tak ada lah mahal sangat untuk 2 bulan kan. Berbaloi dah rasanya. Aku beli dekat watsons. Banyak jenis vitamin lain dari jenama yang sama. Ada kebaikan masing masing. Kena selalu baca pasal vitamin ni. Kalau malas sangat baca je penerangan dekat botol tu. Ada tulis dah untuk apa untuk apa. Okay sampai sini ja entry ni. 

Thanks for reading this entry ! wink wink

You Might Also Like

5 comments

  1. Kak ana pernah consume vit C 21st century ni. Sedap je rasa dia. Masam2 manis. Tp kejap je sebab susahnya lah nak consistent makan supplement ni. Sampai skrg pun sama cuma better lah sikit. Hehe

    ReplyDelete
  2. dah lama tak telan vit c T_T nak cantik jugak ah camni. haha

    ReplyDelete
  3. macam gula-gula eh ehehe.. sedapla hisap2 je. untuk girl epo pun sesuai jugak. boleh add dalam list supplement. CT makan skip skip haha.. tu badan ting tong jugak =P

    ReplyDelete
  4. sama vitamin mcm housemate busyra time study dulu mkn ni jgk.. dia pun ckp sedap. hehe

    ReplyDelete
  5. boleh kunyah tak? ehehehe..walau pangkat mak mak. ina suka yang boleh kunyah

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net