Followers

BEAUTY REVIEW : BIO-ESSENCE MIRACLE BIO WATER

Cuaca panas dekat Perlis ni kadang kadang tak tertahan jugak. Panas dia kadang tu melampau sangat. Aku pulak jenis kulit muka yang mema...



Cuaca panas dekat Perlis ni kadang kadang tak tertahan jugak. Panas dia kadang tu melampau sangat. Aku pulak jenis kulit muka yang memang cepat panas walaupun kena haba je. Jadi merah panas macam demam terus tu kulit muka. Tak tahu la pasal apa jadi macam tu. Darah panas kot noh. 
Jadi aku beli bio-essence miracle bio water ni sebab tengok review okay dan memang bagus. Boleh je nak sembur bila bila masa sahaja. Dekat mana mana pun bertujuan nak bagi kelembapan dekat kulit. Tak perlu lah nak basuh muka terus kan. Basuh muka terlalu lalu kerap pun tak elok jugak. Jadi kita spray spray je dah cukup. Segar sepanjang hari. 

Aku beli dalam value pad sebab murah. Kongsi dengan kawan kawan, sebotol dapat RM16++ macam tu sebab 3 botol RM48.80. Kalau beli sebotol je jadi RM21++ macam tu. Mahal la sikit. Tapi tahan lama. Sebotol kalau pandai guna pun tak habis lagi. Tapi kalau dah spray 1 badan tak boleh nak cakap apa lah kan. 
Gambar shaking habis haa !

Biasa nya aku guna sebelum make up dan selepas make up. Tujuan dia nak bagi make up cepat blend dengan kulit. Ok ke teori aku tu? Hehehe, ganti je la dengan make up spray. So dah jimat situ boleh gabung 2 dalam 1. 
Seronok haa duk main spay spray ni. sejuk je muka. Kalau mengantuk tengah study pun aku gatal nak spray ni. Lepas spray terus segar mata. Tak boleh dinafikan kalau tengah study tu mengantuk. So ni lah salah satu cara nak refresh balik mata yang dah mengantuk selain daripada makan. Yes, makan yang utama. 


Aku rate bio-essence miracle water ni 9/10. Sesuai untuk semua golongan tapi yang biasa pakai pun perempuan lah kan. Aku recommend korang guna as make up spray or before make up spray. Sesuai bawa ke mana mana. Nak bawa ke office ataupun kelas sangat sesuai. Boleh dapatkan dekat Watson atau Guardian terdekat atau mana mana kedai Drugstore terdekat. 

pssstttt, tapestry pandela kat belakang aku beli dekat Lazada uols. Cantik pulak jadi background katil dan background nak selfie. Woot woot. Tu belum gantung lampu fairylight kelip kelip lagi. Kalau gantung tu kevavooom la nanti. Tunggu tunggu. Nanti aku beli. Hahahaha.


BEAUTY REVIEW : BIO-ESSENCE MIRACLE BIO WATER

You Might Also Like

9 comments

  1. Next repurchase try yang ada spf20, kalau malas2 tengah panas spray tu je haa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriusly ada yg ada spf? dah habis yg ni nanti boleh try yg spf pulak. perlu sngt nak2 kat perlis duk panas sejuk panas sejuk ni

      Delete
  2. freshing kan..best ni kalau pakai waktu keje. segar bugar terus, kulit pun boleh lawa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul2..spray time kelas tapi segan jugak. kena p tandas hahaha

      Delete
  3. Ramai dah kak ana tgk org guna spray ni. Macam teringin juga je nk beli walau tak berapa nak make up pun.

    Cantik tapestry belakang tu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sye pun terjebak sbb tgk rmai sngt pakai.

      tapestry tu port selfie kak ana. muahahahaa

      Delete
  4. Assalamua’laikum.. leyla.. sihat? 😘

    Cuaca lately ni memang panas.. nyamuk pun banyak hehehee 🙈

    ReplyDelete
  5. Wow...boleh cuba juga ni
    done follow here
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. spray ni busyra penah try tp amek yg roomate punya dulu time study. mmg best! roomate busyra lepas sebotol, sebotol dia guna. haha, fevret katanya.

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net