Followers

BOAT NOODLE AMAN CENTRAL KEDAH

Entry hujung minggu dah nak masuk minggu lagi satu baru nak update. Bizi ke malas? Tak kisah lah tu, sekarang tengah kumpul seberapa banyak ...

Entry hujung minggu dah nak masuk minggu lagi satu baru nak update. Bizi ke malas? Tak kisah lah tu, sekarang tengah kumpul seberapa banyak mood untuk consistent blogging dan tulis entry walaupun ni azam dari awal tahun, sekarang dah nak masuk akhir tahun masih seceput entry aku.


Pertama kali aku makan di Boat Noodle and pliss call me noob. Aku bukan jenis kejar viral. Bila tempat tu tengah hot, aku pulun nak pergi berebut makan dekat situ. No. Aku bukan jenis macam tu. Aku akan makan bila orang dah tak hirau pasal viral tu, Orang dah tak gila gila serang boat noodle baru aku pergi. Tu pun kena beratur tunggu meja kosong. meh.



Menu di boat noodle. Yang famous nya mee dia lah kan.  Sekarang dah ada springy.  Ala ala meggi la. Yang tu je la yang sedap pon.  Kalau makan mee dia bagi aku kureng sikit laa.  So better ambil springy dan ayutthaya (creamy) berbanding pathumthani (sour). Bagi aku flavour creamy lagi best dari sour.  Sebab yang sour rasa lain macam sikit. Korang try la dua2.


Ni yang aku ambil. Banyak lagi tapi tak muat nak ambil gambar semua.  So ambil sikit ja la.  Dah order banyak jenis sudahnya sampai tataw mana satu aku punya mana satu kau punya.


Semua penuh dengan mee jaa. Kawan aku sorg makan nasi pakapow.  Sedap okay la mcm biasa je cuma nasi dia pakai beras siam yang macam pulut tu yang bagi special.  Best nasi tu aku pernah makan dekat Thailand. Kalau kat sini tak tahu mana nak cari.  Air kongsi 2 org sebab bagi aku mahal untuk setakat air keladi sampai 7 8 ringgit. Kawan aku lagi 2 org kongsi air kelapa.  Kelapa dia piaw dari biji kelaoa lagi. Tak ada tambah gula or perasa. Pun rm8 mcm tu.

Order sangkaya 1 set. Sangkaya dia boleh puji sebab sedap dan roti dia lembut. Dia punya kaya eh?  Pon sedap. Rasa sedang2 tak manis sangat. Okay la sedap.  Untuk mee dia sebenarnya kena la dengan konsep makanan siam thailand nya.  Bagi yang duk belah selatan ke pantai timur rasa lain dari yang lain la.  Tapi bagi aku yang duduk sempadan Thailand ni rasa dia macam mee sup Thailand bawah blok aku ni ja kot,  cuma flavour dia agak kuat berbanding denga mee bawah blok ni macam kurang sikit rasa dia.  Tapi rasa macam tu jugak la. Cuma tak betul betul kuat perasa dia berbanding dekat boat noodle ni.

Tapi bukan lah aku cakap tak sedap.  Sedap.. Cuma rasa dia ada rasa rasa sama macam tu lah.  Semangkuk penuh baru rm4. Kalau boat noodle rm4 baru 2 mangkuk dengan sejemput mee.  Okay la,  dah makan rasa puas hati lah. Tak de lah noob sangat tak pernah makan boat noodles.  Muahahaha.


Sebenarnya terpengaruh nak susun mangkuk tinggi tinggi macam tu ja. Sebab tu pulun nak makan jugak kat sini.  Muahahaha.  Gaya gaya ala hipster susun mangkuk tinggi tinggi kat boat noodles. Tapi tinggi tu sudah lah. Kopak duit nak susun tinggi tinggi sangat.


Sambil sambil menunggu meja kosong sempat lagi selfie dengan #pinktobermy. #pinktobermy adalah bulan oktober dimana kita bersama sama menyokong pengidap cancer payudara supaya mereka lebih kuat mengharungi cancer ni.  Kat situ tulis kalau kita share gambar tu dapat 50 diskaun kot. Tapi aku tak share pun. Selfie ja share kat blog.


Ops mamarazi paparazi ada dimana mana 🙊🙊

So itu lah cerita boat noodle aku. Lepas ni nak makan lagi tak? Nak kalau awak belanja. Hehehe 😁😁

You Might Also Like

11 comments

  1. kalo mkn boat noodle mmg kene susun mangkuk camtu.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kak ana pun sama mcm awak. Bila dah suam kuku tempat tu baru kak ana g. Tapi boat noodles kak ana tak pernah makan lagi. Sob sob. Kategori noob ke apa ni??? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak kak ana. x noob. baik kak ana mai makan dekat mee sup siam dekat perlis ni. rasa sama ja. lagi murah

      Delete
  3. mmg suka sangkaya kt boat noodle tp noodle tu mmg tk kena ngan tekak nasibaik dh ada yg springy tu..bole la juga mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yang mee dia macam pelik. springy je best

      Delete
  4. Great to go over the post here. It was so informative. Some points described here were new for me and it was really wonderful. To go through such informative post. You can have a peek over the essay writing service to know about the Best essay writing service.

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak pegi boat noodle. tetiba rasa lapar ni aduiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar2. nnati ada mase boleh pergi

      Delete
  6. kenapa tak ckp kesini.. kalau tak boleh dating.. ala, sama la kita lela, busyra bru 2 kali kot makan. boleh kira. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom busyra next time. tapi ni dah hujung sem. tnggu awal sem la. skrg purse menipis

      Delete

ShopLinks

babab.net