Followers

MEE KUAH TULANG SINGKIR, FEMES DI GURUN KEDAH

Minggu ni aku ada industrial visit ke Kilang Modenas dan satu kilang membuat perabot. Jadi aku dengan kawan kawan kelas yang lain berangkat ...

Minggu ni aku ada industrial visit ke Kilang Modenas dan satu kilang membuat perabot. Jadi aku dengan kawan kawan kelas yang lain berangkat lah dari Perlis ni ke Kedah. Dekat je sebenarnya Perlis dengan Kedah ni. Jiran jiran je kata orang. Tapi penat ya ampun lepas balik tu.


Jadi orang kedah memang akan suggest tempat makan best lah kan untuk kami makan. Ala ala food hunt pulak jadinya. Jadi lecturer kami cakap kita makan mee kuah singkiaq. Amboi Singkir dia sampai bunyi singkiaq. Okay sebut betul betul  loghat kedah ni. Singgggg- kiii- aq, jadi singkiaq. Paham tak paham ?

Haa, ni lah kedai Mee Kuah Tulang Singkir tu. Lecturer aku yang super excited. Sorry saya terpaksa tutup muka sebab privacy kan. Excited habis sir bila sampai ni. And part of my classmate. Aku tak dan nak ambil gambar sebab sampai sampai dah habis diorang ni bergambar. Jadi tak dan aku nak join sekali.


Nampak kan bukit kat depan tu ? Tu lah Gunung Jerai. Mee Kuah Tulang Singkir ni terletak dekat kaki gunung jerai tapi belah belakang sebab tu nampak rendah je. Tak nampak tinggi macam gunung kan. Aku nak bagi exact location pun tak pasti sebab dalam bas aku tidur.. Hehehe. Bangun bangun dah sampai. Turun terus makan lepas tu solat zohor dekat masjid dekat dekat kedai tu ja.


Hahhhhh Taraaaa. Sorry aku ada gambar mee kuah ja. Sebenarnya banyak lagi, mee sup tulang ada, sup tulang nasi putih ada, mee sup tulang kambing pun ada tau. Haaa best kan. Aku cuma makan mee kuah daging je. Sebab berjimat cermat RM4 je. Kawan aku makan mee kuah tulang RM11. Mee sup tulang pun RM 11 kot. Kalau sup tulang kambing RM 22 kot kalau tak silap aku.

Rasa sedap, pedas pedas macam tu. Tapi tak ada lah pedas gila, kira aku lepas makan tu kira tak pedas lah kan. Tapi time tu aku kena tambah sos cila dengan kicap sendiri baru rasa kick dia. Kalau tak tambah rasa macam something missing. Tapi overall sedap. Rasa menyesal tak order sup dia. Nampak macam sedap jugak. Tapi sepinggan mee kuah tu pun dah cukup kenyang tau.

Satu tempat je sempat kami food hunt hari tu. Sebab sehari je kan kami pergi. Bertolak pagi, balik petang. Sampai perlis dalam pukul 8 malam. Sebab tu lah penat yang amat uols. Seharian berjalan kan. Memang penat lah. Jadi siapa nak food hunt dekat Kedah, jangan lupa ke Mee Kuah Tulang Singkir ni tau.


MEE KUAH TULANG SINGKIR, FEMES DI GURUN KEDAH 

You Might Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. mengancam. kalau tgk depan2 ni mau kecur air liur

      Delete
  2. Oitttt sedapnya nampak. Terus telan air liur ni haaa. Menggoda sgt. Mana nak dpt kt KL ni. Huaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe maaf kak ana... belah kl susah nak dapat tapi makanan hipster2 banyak la kat sana. tapi mahal la kan

      Delete
  3. mmg sedap mee kuah dekat sini.. tetiba lapar tngok lela post gmbar ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. busyra pernah makan sini eh ? sedap kan

      Delete
  4. kenapa ada tambahan nama singkir ye? kena masuk list kalau ke kedah ni.. terus teringat cerita mat rukun.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nya nama tempat tu singkir kot,. hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. hehhee. sy yg dah mkn ni pun terliur balik

      Delete

ShopLinks

babab.net