Followers

SUSHI KING : BONANZA RM3 KINI DI PERLIS (EXCLUSIVE FOR 2017 SUSHI KING CARD MEMBER)

Assalamualaikum hai uolas. 20 Nov bermulalah sushi bonanza di Perlis. Gigih aku tunggu tau. Hajat dah lama nak makan sushi ni. Tiba tiba...

sushi king

Assalamualaikum hai uolas. 20 Nov bermulalah sushi bonanza di Perlis. Gigih aku tunggu tau. Hajat dah lama nak makan sushi ni. Tiba tiba terbaca sushi bonanza dekat twitter tapi kena tunggu sikit lah sebab bonanza ni dekat Perlis pada 30 nov hingga 23 nov 2017. So tahan la sikit craving sebab nak makan puas puas kan.

Aku pergi time lunch hour, penuh kot sushi king tu. Tapi nasib baik aku tak kena tunggu lama tapi yang tak best nya dapat seat dekat dengan cashier. Jauh la dari dapur dia. Kira last last je lalu kot aku konfem la yang best best dah makin sikit. Lagipun macam dekat sangat dengan pintu masuk. EH, banyak songeh pulak kau.

sushi king bonanza

sushi king bonanza

Tengok gambar dekat atas tu, 1 piring cuma RM3 tambah 18 sen untuk gst. Semua piring yaa kecuali piring biru RM 4, sebab piring biru tu cheese cake. Dan cheese cake dia best gila weh. EH, ye ke gila? Aku je kot gila sebab aku suka cheese. Tu semua menu yang ada untuk RM 3 dan air pun RM 3. Tapi tak semua lah ada. Bento semua tu tak ada. Yang ada cuma sushi yang lalu kot conveyor tu je. Dan add on miso soup pun RM 3. 

Kalau biasanya aku pergi sushi king mesti makan bento je sebab jimat dan kenyang, yang piring terbang ni ambil 2 3 je. Sebab kan agak pricey ikot warna piring kan. So kena jimat la sikit tak ada lah nak makan sangat sangat. Tahan je tengok duk terbang depan mata. Lagipun dan balun bento 1 set tersadai lah tak mampu nak makan sushi lagi dah. 

sushi king


sushi king

Sushi yang kononnya, eh, dah banyak ni kan tak habis pulak macam mana. Eh, serius lah ambil banyak banyak ni habis ke ? Yang ni je sempat bersusun atas meja, yang lain bersusun piring. Patut lah aku tengok semua meja piring sama tinggi dengan kepala orang duduk dah rupanya berhantu benda ni. Lepas satu satu mengail piring terbang lalu depan mata. 

sushi king

Hah kau rasa? punya bersusun piring tu. Konon awal awal masuk tengok perghh semua orang piring susun tinggi tinggi ni makan ke apa. Biar betul sampai macam tu. Tengok aku pun sama. Susun bukan main tinggi haaa. Eh, aku makan 4 orang okay. bukan sorang. Kalau sorang macam ni mungkin sushi dah ambil aku jadi iklan untuk sushi kot noh. Ni pun mata duk kerling kerling lagi tapi perut dah kenyang.


Ni lah budak gila sushi tu, kau tengok lah pipi dia besar mana, mau nya nak makan sikit sikit budak ni. Kalau ikotkan nak makan banyak lagi. Nasib baik perut tak sebesar pipi kalau tak kecik lah dompet aku. Ada setengah orang tak makan sushi, susah betul nak jumpa geng gila sushi ni. Aku ni ikut balun je, semua aku cakap sedap. Walaupun dah kena tegur kat ma sebab makan sushi, aku makan jugak, sorry ma, sekali sekala je. Bukan selalu. Ma tak bagi sebab dalam media duk cakap sushi tak elok sebab tak masak. Risau lah dia, ada je yang masak goreng goreng semua kan. Tapi salmon merah tu jugak yang aku balun. Muahahahaa. 

sushi king perlis

Tengok lah meja masing masing. Time ni aku dah nak banyar, ramai dah keluar sebab dah habis lunch hour. Sebab tu nampak macam kosong dah. Yang baru masuk pun masih ramai, tapi tak seramai tadi la. Memang full house. Tips dia jangan pergi time lunch hour. Malam aku rasa mesti lagi ramai. Sebab student dan yang bekerja biasa keluar malam kan. So pergilah time orang bekerja atau kelas dan ponteng lah kelas. Haippp ! jangan ponteng kecuali time tu memang tak ada kelas. Hehehe.

Total semua RM86.10. Okay lah makan puas hati sampai kenyang 4 orang. So kongsi kongsi lah bayar. Aku bayar RM50 sebab dah janji nak belanja diorang. Balance RM36.10 bahagi sama rata. Terima kasih sushi king. Lain kali buat la offer banyak banyak lagi. *Kawan aku yang lain ajak pergi lagi teman dia. Mati lah dompet mak !

You Might Also Like

3 comments

  1. Haaa boleh lah terjah ke sushi king. Berbaloi dengan harga tu. Tak sabar nak makan sushi.

    ReplyDelete
  2. My all time favorite.. Setiap minggu mesti sekali pergi Sushi King..
    Malangnya masa Sushi King Bonanza terlepas pandang sebab busy sokmo..
    Takde rezeki..

    ReplyDelete
  3. sedapnya hahahahaha geramnya tengok menu T-T tapi sha takdak member card lah pulak huhu

    jemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net