Followers

DIA JUGA DULU PERNAH KECEWA

foto : mingguan wanita Hai semua. Dah lama aku tak buat entry hati perasaan ni. Dua tiga hari lepas aku tengok Shila Hamzah bertunang. D...

foto : mingguan wanita
Hai semua. Dah lama aku tak buat entry hati perasaan ni. Dua tiga hari lepas aku tengok Shila Hamzah bertunang. Dulu dia juga pernah kecewa, tapi sekarang dia jumpa bahagia dia. Dia jumpa lelaki yang betul betul jodoh dia. Aku terfikir tak ada guna aku bersedih sebab kecewa, semua tu adalah masa, selagi masa nya belum tiba, tetap tak akan jadi jugak. Tak kira kita menangis bagai nak rak, tak kira kita bersedih pun tetap tak jadi apa.

Sebab jodoh ajal itu rahsia. Masa jodoh tiba juga tetapi Allah tahu masa yang tepat. Allah ada perancangan Nya sendiri.

Nasihat dari sahabat,
"Tuhan nak uji dan ajar kita sesuatu.
Cinta itu fitrah,
tapi bila kita salah letak rasa cinta tu, kita mungkin rasa hilang arah.
Kita terlalu kejar cinta manusia yang kita tahu senang berubah hati.
Sampaikan kita lupa cinta kita pada Tuhan yang selalu jaga hati kita.
Bila kecewa, manusia akan pergi jauh tetapi Tuhan sentiasa dekat dengan kita.
Mungkin Tuhan rindu nak dengar luahan perasaan kita.
Sayang pada manusia ni berpada-pada,
Sayang manusia pun sebab Tuhan,
Kerana nak Tuhan sayang kita sebab buat manusia bahagia sebab kita.
Dalam erti kata lain, nak keredhaan Tuhan,
Sepatutnya kita rasa bersyukur,Tuhan bagi ujian pada kita sebab nak suruh kita ingat dia. Mungkin Tuhan nak kita lebih kenal dia, Kita beruntung. 
Sebab tuhan bagi ujian ni, memang rasa berat,sedih,down,lemah, tapi sebenarnya nak menguatkan hati kita.
Nak menyedarkan kita bahawa kita ni sangat lemah.
Ramai yang masih tak dapat hidayah macam ni.
Ada yang sampai tak ingat dosa pahala, halal haram, zina, mengandung, bunuh janin.
Kalau kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, Tuhan akan jaga hubungan kita dengan manusia.
Dia akan bagi yang terbaik untuk kita.
Bukan tuhan tak mahu bagi kita jodoh, tapi tuhan nak kita betul betul bersedia untuk terima jodoh.
Terima dengan cara yang Dia nak,
yang dah diaturkan untuk kita.
Hidup di dunia dengan cara dia susun, syariat dia.
Sebab dia tahu manusia akan hanyut kalau hidup tanpa panduan Dia.
Akan lebih merana, kecewa, sedih tanpa bergantung harap pada Dia "
 
Nasihat yang sangat berguna, terima kasih sahabat, hadir menasihatkan aku bila aku lemah dan bersedih. Apa guna kawan kalau tak menenangkan sahabat dia diwaktu susah.  Soal jodoh, serahkan hati kepada sang Pencipta kasih sayang. Sampai masa, dia akan serahkan kepada yang betul-betul boleh menjaga nya kerana Allah.

Tahniah Shila Hamzah, dah jumpa lelaki yang betul ikhlas dan lelaki yang tepat untuk jaga kan hati dan perasaan kerana Allah. Masa dan waktu akan tiba juga. Jodoh dan ajal itu adalah pasti, cuma masa nya adalah rahsia Allah. Semoga kita sentiasa tabah dan lengkapkan diri untuk dijemput jodoh dan juga ajal. Ameen.

You Might Also Like

3 comments

  1. Tahniah shila hamzah. Akhirnya kebahagian menjadi milik dia. Kecewa tu part of life kan. Allah dah kata 2x selepas kesusahan ada kesenangan. Percayalah.

    ReplyDelete
  2. Memang disebalik kesusahan tu ada hikmah disebaliknya. Tawakal dan redha je penting.
    p/s : bila la jodoh ai nak sampai ni hiks

    ReplyDelete
  3. betul..insyaAllah jodoh terbaik tu Allah dah aturkan untuk kita

    ReplyDelete

ShopLinks

babab.net