AFB.MY

Followers

MY FATHER'S BIRTHDAY

Monday, January 15, 2018


Happy birthday to my 'ayah' yang ke 58. Walaupun dah 58 tapi masih hensem dan sado lagi. Semakin tahun umur ayah semakin meningkat, aku doakan agar umur ayah dipanjangkan semoga aku sempat berbakti kepada kedua ibu bapa. Hanya itu yang aku doakan dari seorang anak. Dah banyak pengorbanan yang ayah korbankan.

Walaupun seorang ayah tak pernah cerita betapa susah nya mencari rezeki untuk membesarkan anak anak. Aku faham walaupun belum punya kerjaya dan keluarga sendiri. Semoga rezeki kita sekeluarga dimurahkan.


Hanya bertiga. Sambut pun tak boleh la meriah sangat sebab bertiga ja. Lagipun ayah mana layan tiup-tiup lilin ni. Jadi aku belanja A&W hari ni. Ada lah duit sikit sikit nak belanja makan. Nanti kalau dah kerja boleh bawak tempat-tempatl lebih menarik. In shaa Allah.

Sebenarnya aku buat kek pavlova dekat rumah tapi malangnya whipping cream tak menjadi sebab salah teknik sikit. Jadi kita beli kek lain dulu sementara. Lepas tu beli whipping cream baru untuk pavlova. Next entry update pasal pavlova lah pulak.

Lastly, selamat ulang tahun kelahiran buat insan yang paling aku sayang. Insan yang tak pernah lelah mencari rezeki untuk besarkan aku. Insan yang sentiasa bagi semangat dikala aku putus asa. Insan yang sentiasa bagi dorongan untuk aku belajar dan kejar cita cita aku. Insan yang tak pernah lelah menunggu kejayaan dari seorang anak. Aku buat semua ni untuk kedua ibu bapa aku. Semoga mereka bangga dengan didikan yang diberi. SELAMAT HARI LAHIR AYAH. I LOVE YOU.


You Might Also Like

5 comments

  1. Happy birthday buat ayah leyla.. Semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
  2. Sanah helwah buat ayah leyla. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

    ReplyDelete
  3. happy birthday utk ayah aswaleyla..smoga sihat selalu

    ReplyDelete
  4. Semoga ayah Leyla dikurniakan kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  5. semoga pakcik sentiasa sihat dan kuat =)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images