Followers

SHELL OUT PALING BEST DAN BANYAK DI MAT ROCK DER CAFE,PERLIS.

Assalamualaikum hai korang. Entry ni dah lama nak taip sebenarnya tapi belum ada mood dan minggu baru ada mood nak mengarang. Kali ni ...


Assalamualaikum hai korang.

Entry ni dah lama nak taip sebenarnya tapi belum ada mood dan minggu baru ada mood nak mengarang. Kali ni nak review pasal satu kedai shellout terbaik dekat Perlis. Kalau korang pernah datang Perlis yang femes nya ikan bakar Kuala Perlis lah kan. Yang ni pun dekat Kuala Perlis jugak, tapi bukan dekat medan selera tu. Ni dekat persisiran pantai Kuala Perlis.


Ni depan kedai nya. Mat Rock Der. Kedai ni berkonsepkan kayu. Memang deko luar dalam kayu macam ni. Lawa tapi kedai ni rendah sikit dan memang orang susah nak perasan. Masa aku pergi pun kawan aku macam was was betul ke kedai ni macam rendah susah nak nampak dalam dia.


Ini bahagian dalam dia. Cantik kan. konsep memang berkonsepkan kayu. So semua kayu lah dalam ni. Kkedai ni agak rendah mungkin nak bagi sejuk ke apa atau nak lindung dari angin kuat ke. Aku pun tak dapat jawapan dia. Tapi sebab betul betul depan pantai, mungkin taknak bagi panas sangat la kot.


Antara menu yang ada. Macam macam jenis seafood ada. Ada senarai menu sebenarnya cuma aku tak snap gambar menu tu. So aku bagi yang kat sini je lah noh. Banyak ada taw, ada shellout, ada kerang bakar, kerang pakpik, masak macam macam jenis ada boleh pilih, ada kerang udang sotong kerang, ikan bakar pun ada dekat sini.


Aku order 2 shellout 1 nasi extra sebab makan 3 orang. Makan 3 orang pun kenyang tak boleh nak habiskan. Tapi kami tetap habiskan, kan membazir pulak kan. Tapi nak habiskan tu rasa macam makan sambil tidur sebab kepenatan banyak sangat. Serius kalau makan sorang satu ni banyak gila. Aku salute siapa yang mampu habis tanpa cakap kenyang gila sampai tak leh bangun.



At last habis jugak. Tapi memang makan rasa penat nak habiskan. Korang faham tak perasaan tu ? Harga 1 set RM18. Bagi aku dah berpatutan kalau dengan keadaan banyak dia tu. Boleh makan 2 orang sebenarnya 1 set tu. Korang kalau nak try boleh ke Mat Rock Der di persisiran pantai Kuala Perlis. Kalau korang tahu ceri corner, area situ lah. Sebelum ceri corner. Jalan nak ke kuala kerong tapi belum sampai sana lagi. Boleh google kot mat rock der ni, dia ada instagram jugak @matrockder.

Okay itu je lah review JJCM kali ni. Banyak je nak review tapi dah lama sangat rasa macam tak relevant dah nak review. Kena lepas makan terus update baru rasa best. Okay see you next entry yaa!


You Might Also Like

8 comments

  1. banyaknya dia bagi... puasnya makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. betul. puas gila sampai rasa penat nak habiskan

      Delete
  2. Wow kelihatan amat kreatif restoran..sedap nampak..Hebat lah kat Perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai mai kalau nak jjcm makan murah2 perlis la tempatnya

      Delete
  3. nmpk byk portionnye..bole share kn kalo takut tk abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok share 2 org, sebab konfem tak habis kalauu sorang. nak nak perempuan

      Delete
  4. Melting sungguh Leyla..
    Kebetulan LZ suka seafood, memang terbaik!
    Kalau ada di sekitar Klang Valley atau Seremban alangkah baiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belah sana konfem dah jadi mahal kan kak. kalau sini murah lagi

      Delete

ShopLinks

babab.net