AFB.MY

Followers

Neelofa "Beauty with brain"

Wednesday, February 28, 2018


"Beauty with brain" ni kita mesti tahu tu adalah icon gadis bertudung, Neelofa kan. Hari ni pun rancak bercakap pasal sambutan hari jadi dan pelancaran Be Lofa Turban dan Be Lofa Shawl dekat club Zouk kan. Aku pun tak tahu sangat tengok dekat twitter macam macam cakap pasal ni dan tengok lah sikit sebanyak cerita ni.

Aku nak komen lebih pun tak berani sebab ramai yang back up dan tak kurang jugak yang kecam dan aku rasa ramai nya kecam la kot. Sebab ramai followers dia pun macam dah tak suka dengan cara tu. Tapi mungkin itu strategi perniagaan dia dan mungkin jugak cara dia nak sebarkan dakwah ke, why not kan ?

Ada ustaz pun nak tarik orang ke masjid beliau tampal poster muka dia dekat tempat tempat hiburan supaya dapat tarik minat anak anak muda ke masjid.

Tapi, tindakan yang sertai majlis tu yang berpakai tudung menari bagaikan orang mabuk (tak cakap minum ya) merosakkan lagi imej wanita bertudung. Jadi, tercapai ke matlamat untuk menarik orang lain sedangkan kita sendiri yang tunjukkan keadaan muslimah itu sendiri ?

Lagi sedih bila Bl****R juga terlibat dan menonjol dekat situ. Memang dia dah jadi public figure dan dah hebat sekarang. Sepanjang dia build up nama dia sampai ke tahap tu, aku pun ikut baca blog dia. Ya aku kagum gila dia boleh sampai tahap jadi orang2 media yang hebat. Terpalit jugak nama Bl****R kat situ.


Setiap orang ada jatuh bangun dia. Kecewa mana pun hati kita, kita masih boleh fikir unutk buat perkara yang tak menjatuhkan lagi diri kita. Aku percaya ada sebab neelofa sendiri untuk buat pelancaran macam ni. Mustahil dia tak fikir baik buruk kan. Apa pun doakan yang baik baik. Sebab diri kita sendiri pun belum tentu baik kan.

Be Lofa Shawl


Be Lofa Turban

You Might Also Like

8 comments

  1. Heboh kisah ni 1-2 hari ni. Bg kak ana tu dah menunjukkan akhlak kita kan. Tempat xelok sepatutnya dihindar. Kita bukan baik mana seeoloknya benda yg boleh memudaratkan kita elak. Mufti ustaz pun dah banyak yg komen.

    ReplyDelete
  2. dalam FB pun ramai yang share pasal nie,tapi pelik kenapa nak buat dekat tempat macam tu?? kalau di sebabkan bajet setahu saya lofa nie berduit boleh je cari tempat yg ok..lagi satu terkejut jugak dengan blogger menari dekat atas tu,kesian pun ada tapi benda dah jadi kan... nak komen lebih2 nanti kena kejam pulak hahahaha

    ReplyDelete
  3. Betul. Saya setuju dgn awak. Rasanya nitizen triggered bukan sbb launch tudung dkt club tp sbb sekumpulan penari yg bertudung tu. Itulah. Kita adore gila dgn bl****r tu :'( takpe la tu pengajaran utk dia dan kita semua :)

    ReplyDelete
  4. semoga lepas nih dia tak ulangi lagi kesilapan2 macam2 nih

    ReplyDelete
  5. Tetap tak setuju dia buat pelancaran tudung kat Zouk. Macam dah takde tempat lain. Adoi lah. Dia public figure dan patutnya dia fikir baik buruk. Nak fikir positif tapi tetap tak boleh 🤦🏻‍♀️ Satu lagi tak faham kenapa Be Lofa Shawl mahal sangat. Macam nipis melayang je kainnya tapi orang kata sold out 🤔

    ReplyDelete
  6. huhu. tak tau nak ckp apa bab ni. apa yg boleh ckp smoga dia sedar dgn kesilapan dan mintak ampun dgnNYA.. InshaAllah..

    ReplyDelete
  7. Tak dinafikan lagi .Beauty with brain

    ReplyDelete
  8. Walaupun katanya strategi promosi tapi dia bawa imej Islam dan mencalarkan imej agama...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram