AFB.MY

Followers

KENGSOM ASAM PEDAS ALA THAILAND DAN RESEPI

Friday, March 23, 2018


Pertama kali makan kengsom setelah bertahun aku dekat Perlis ni. Maklumlah jarang nak berjalan cari makan pelik pelik. Sebenarnya tak pelik pun cuma mungkin nama dia yang agak tak pernah dengar kan. Sebenarnya dia adalah masak asam pedas ala Thai.

Biasa aku makan dekta rumah ma selalu masak asam pedas Terengganu style letak macam macam, Tapi yang Thai punya style agak light, ringan dan lebih masam dan pedas. Kena dengan selera aku suka masam-masam.


Lagi 1 macam lain sikit biasa ma buat guna ikan patin atau ikan baung macam tu. Tapi yang ni pakai ikan siakap. First time makan ikan siakap masak asam pedas. Ke sebenarnya normal atau aku je yang tak pernah makan ? 😅😅😅

Disebabkana aku suka. Terus google resepi. Nak cuba sendiri sebab aku rasa cara masak dia ni senang je. Sama je macam masak asam pedas dan sebenarnya lagi simple.  Resepi diambil dari blog myrasa.my yaa. Aku belum cuba lagi. Tunggu balik kampung nanti aku cuba.

RESEPI KENGSOM ASAM PEDAS ORIGINAL THAILAND.


Bahan2.


  • 1 ekor ikan siakap atau ikan kerapu
  •  2 biji cili merah (buang biji)*
  • 15 biji cili api *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai *
  • 1 inci belacan *
  • air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji limau nipis- ambil jus 
  • timun air secukupnya 
  • kangkung 
Cara2.

  • Kisar bahan bertanda (*) dan masukkan ke dalam periuk. masukkan timun air sekali.
  • Masak sehingga mendidih dan masukkan air asam jawa.
  • masukkan garam dan gula secukupnya 
  • masukkan ikan dan biar sehingga mendidih dan ikan masak
  • masukkan kangkung dan jus limau. tutup api dan sedia dihidangkan. 

Taraaaaaa dah siapppp dan boleh makan.... 

Eh tipu tipu. ni yang kedai punya. Versi aku belum. Tunggu ya. Resepi dah simpan siap siap dah tu. Tunggu buat je ni. Rasa nak repeat lagi. Nak tahu kedai dia PM tepi ya. tak perlu lah. Pergi je padang besar, banyak kedai Thailand kat situ tapi aku recommended tempat ni sebab sedap dan murah. 1 set RM5 ja. Dalam Lembaga ikan punya tempat. Dekat je dengan arked beli belah padang besar tu. 



You Might Also Like

8 comments

  1. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  2. Resepi dia lebih kurang mcm asam pedas je kan leyla cuma xde kangkung. Kalau kak ana makan dengan telur masin dah ni. Sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. mnggu ni lela try buat sendiri. letak daun kesom sikit dengan kangkung. sedap jugak. cuma yg ni lagi pedas dari lela buat. heheehe

      Delete
  3. sedapnya tngok ni lela. busyra tak pernah makan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai la pdg besar busyra. nnti lela bawakkan pegi makan sini

      Delete
  4. sedapnya tengok time waktu lunch ni

    ReplyDelete
  5. AS kat gerik sini memang famous la asam pedas thailand ni. Populariti kengsom kat sini umpama singgang ikan la kalau kat terengganu-> lauk wajib ada.

    Dalam seminggu, mesti paling kurang sekali AS akan masak kengsom ni.

    ReplyDelete
  6. Macam menarik je asam pedas stail Thailand nie..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Flickr Images