AFB.MY

Followers

KOREAN SKINCARE : LaF PORE AMPOULE REVIEW

Thursday, March 01, 2018


Hai, hari tu time Guardian sale aku nekad nak beli serum untuk muka. Sebab ye lah, muka perlukan serum untuk kekal bermaya kan. Dan sebenarnya nak stop pakai produk local. Memang kesan sampingan muka akan breakout dan akan jadi kusam. Jadi memang perlukan serum untuk stabilkan balik kulit muka.

Nak cari serum ni pusing pusing jugak lah Guardian tu, tengok online macam macam jenis, tapi bergantung pada outlet jugak, barang ada yang ada dan tak ada lah. Pusing pusing ternampak product LaF ni. Lost and found from seoul. Macam menarik kan.

Tapi serum tak ada, yang ada adalam ampoule. Tapi tengok botol macam botol serum lah kan. Aku pun gigih la berdiri dan type dekat google "What is ampoule?"

Hasil nya.

"A quick word on ampoules, because they're in the same family as essences and serums. An ampoule is a supercharged serum with higher concentrations of active ingredients that you're meant to use for a finite amount of time as a booster or when you're having a skin crisis of some sort.  Chang recommends using them before your essence or serum. Ampoules usually come in smaller bottles with droppers."

Secara mudahnya, ampoule ni sama je macam serum tetapi mempunyai konsentrasi yang tinggi dan lebih cepat berkesan berbanding serum. Kiranya lebih kuat lah dalam bahasa kampung kan. Jadi why not kita cuba dulu kan.

Pore ampoule from LaF


Pore ampoule ni bertujuan untuk mengecilkan liang pori. Liang pori yang besar akan membuatkan muka kita bermasalah. Naik jerawat, berminyak dna sebagainya. Jadi sebelum nak cerahkan muka atau merawat ke langkah seterusnya, kita kecilkan liang pori dulu ya. 


Tekstur dia sangat ringan dan lembab, macam air je. Tak melekit lekit. Sama je macam serum yang kita selalu pakai. Didatangkan dengan dropper yang memudahkan kita menggagak banyak mana nak pakai. Tak perlu tuang tuang semua. Just same like serum.


See, macam air je tekstur dia. Sejuk dan lepas apply dekat muka tu rasa best dan segar je muka. Cara guna cuma titikan 1 titik di dahi, pipi, hidung dan dagu lepas tu ratakan sambil massage in circle. 

Ampoule ni untuk pori je ke?

No, boleh je pakai untuk semua dan LaF ada banyak lagi keluaran untuk whitening dan wrinkle also. Jadi pilih lah korang nak untuk apa. 

Ampoule ni kena pakai hari hari ke ?

Bergantung. Kalau nak pulihkan muka, pakai hari hari lah dan 1 minggu or 1 bulan. Tengok atas keadaan kulit muka korang. Then, korang boleh pakai as booster. Sebenanya memang ampoule ni sebagai booster, bila kita stress penat, tak cukup tidur dan sebagai nya, konfem kulit muka korang akan berubah menjadi tak bermaya, jadi bila stress apply lah booster ni ya. 

Ampoule ni nak pakai selepas dan sebelum apa?

Ampoule dipakai selepas korang apply toner. Lepas pakai toner, baru sapu ampoule ni, dan lepas tu diikuti dengan essense, moisturizer dan berikutnya.

So far best tak pakai ampoule ni?

Best! best gila dan rasa nak beli semua produk LaF. Sebab produk dia more to hyrdate sama macam produk hada labo. Kan memang sepatutnya produk muka berbentuk hydrate bukannya krim yang lagi memerangkapkan kotoran kedalam liang pori. 

Harga?

Harga sebenar aku tak pasti maybe RM60 above sebab aku beli time sale 20% atau 10 macam tu. Harga beli ni RM50.91. Sebab aku rasa not bad la kalau beli time promosi. Kalau tak Agak mahal kan. 


So far aku suka produk ni. Kena tengok dalam masa 2- 3 bulan macam mana effect dia. Sekarang tak boleh nak bagi feedback lagi, cuma boleh review produk ni sahaja dulu ya. Ok, see you next next entry. 


You Might Also Like

16 comments

  1. Tak melekit tu yg best. Nampak macam ok je produk ni. Tggu awak bg feedback lah nanti. Kalau ok nak try juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius best kak ana. tnggu sebulan or habis 1 botol sy buat feedback lain. hehe

      Delete
  2. TQ for sharing Lela!! Siqah tengah mencari serum kat drugstore tapi tak jumpa pun. Nak beli yang local product tapi tak percaya sangat walaupun ramai review kata best dan berkesan. Lebih percaya drugstore product je sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak cari kannn. sy pun pusing2 jugak, kalau ada pun sy jumpa safi rania, pernah pakai dah dulu tapi lambat, kalau bio essence mahal pulak. olay ke loreal macam tak berminat nak pakai. betulll,local memang cepat cantik tapi takot kesan dia tuu. serik dah pakai tak leh stop, kalau stop muka jadi kusam naik jerawat parut2.

      Delete
  3. wah
    menarik untuk dicuba nih

    ReplyDelete
  4. Rm60 tu kira standard price la utk serum kind of thing. Waaa bagus2 thankyou review ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, sebab tengok brand lain sampai beratus ringgit. belum mampu lagi nak pakai yang beratus.

      Delete
  5. first time tngok produk ni. tp busyra kan kalau pilih produk bab tak melekit tu best.. tq atas prkongsian lela. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lela pun first time. baru nak try

      Delete
  6. Semakin banyak produk skincare Dari Korea. Lepas ni ramai laa lawa mcm.org korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lawa macam diorang juah lagi tuuu. hehehe.

      Delete
  7. Menarik produknya, makin banyak yer Korean Skincare terjah pasaran Malaysia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. kita pun terjebak sama membeli kan . tapi produk dia bagus sebab banyak based water. tak macam product local

      Delete
    2. Hi. Nk tnya, klau compare dgn hada labo mna lg best?

      Delete
    3. sama je kot. tapi for me yg ni lagi best untuk ampoule ni. yg lain sy belum cuba

      Delete

Like us on Facebook

Flickr Images