AFB.MY

Followers

Review: St Ives Apricot Scrub

Friday, July 13, 2018

Assalamualaikum. 

Kali ni nak review produk untuk exfoliation ataupun scrub. Scrub ni penting tau untuk muka kita. Kalau kita duk cuci siang malam tapi tak scrub pun, susah nak nampak effect jugak. Sebab ? sebab scrub ni dia akan tanggalkan sel sel kulit mati pada muka kita, bila kita dah cuci muka semua, kerja scrub ni lah nak buang sel kulit mati dan gantikan dengan kulit yang baru. Bukan bersalin kulit macam ular tu ok, dia sikit sikit la. Tak de la hari ni pakai terus hilang semua kulit kulit mati kulit kusam dekat muka.

St Ives Apricot Scrub ni sekarang dah packaging baru, Nampak lebih lawa kan kan? Texture dia agak kasar, so jangan duk tonyoh kuat sangat nanti bukan sel kulit mati yang tanggal, dengan kulit kulit sekali tanggal kan susah. Pakai just 3-4 kali seminggu je tau, jangan pakai setiap kali cuci muka pulak.


Mengandungi 2.0% salicylic acid yang mana musuh utama kepada jerawat, salicylic acid ni sangat bagus dalam exfoliation product. Ia menggalakkan pengelupasan kulit dan membersihkan liang-liang kulit. Ia membantu membersihkan liang liang pori dan menghapuskan blackheads dan whiteheads. Salicylic acid ni dia tak merosakkan sel kulit tau, bila dengar acid je mesti kita takot kan, sebenarnya dia tak rosakkan kulit malah lebih merawat kulit kita. Kandungan dia pun tak banyak, cuma 2.0% jee.


St Ives Apricot Scrub 
Harga : RM23. ++
Store : Drugstore/ watson/ guardian

You Might Also Like

3 comments

  1. mcm best ja lela.. apricot bnyk kelebihannya. <3

    ReplyDelete
  2. Nice blog. I would like to share it with my friends. I hope you will continue your works like this. Keep up the excellent work. You have a magical talent of holding readers mind. It is something special which cant be given to everyone.

    ReplyDelete
  3. fevret ni memang pakai dari sek.. suka yang apricot n coconut =)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram