Followers

AFB.MY

TIPS PRESENTATION KALAU KORANG JENIS GUGUP

Sunday, December 09, 2018

Assalamualaikum.

Hai, permintaan dari blogger Rabiatul Adawiyah, dia mintak aku kongsi tips presentation untuk yang jenis gugup masa presentation. Sebenarnya aku pun jenis gugup dan bukan jenis yang lancar dan berkeyakinan bila nak present. Tapi aku cuba lah, aku cerita apa yang aku buat, bukan ambil tips orang yang dah expert.

First thing first, appearance.

Korang pakai tu kena betul-betul elok yang boleh attract audience atau panel. Sebab bagi aku first impression tu penting. Bila panel tengok kita pakai pun selekeh, mesti dah boleh agak dia akan present macam mana nanti kan. Seeloknya pakai sopan dan formal. Ada yang pakai baju kurung, pakai formal office wear. Aku lebih suka formal macam ala-ala corporate macam tu, slack, kemeja, jacket or blazer.

Lebih kurang macam ni lah. 
Sediakan bahan secukupnya. Memang ringkas is better tapi ringkas perlu padat. Bila panel tengok oh, panel dah boleh faham sikit-sikit. Jangan letak semua ayat dan tulisan dekat poster/slide. Banyakkan gambar, flow chart, or apa-apa yang boleh buat orang dah faham sebelum baca dengan lebih lanjut. 
Then aku bukan lah jenis yang akan hafal apa yang aku nak present. *ini adalah contoh yang tidak baik. Sepatutnya orang akan praktis depan cermin, hafal apa nak present untuk kurangkan gagap dan tak perlu tengok slide kan. 

Tapi apa boleh buat, aku bukan jenis yang menghafal semua tu. Aku akan prefer baca dan explain by my own, memang akan gagap sikit lah. Tapi mungkin sebab aku pemalas sikit kot. 
Tapi, 
Tackle lah part question and answer tu. Korang kena faham elok-elok apa yang korang buat, apa yang korang buat, kenapa korang buat projek tu, dan macam-macam lagi lah. Sebab masa tu panel akan tanya macam-macam soalan yang menjerut leher kalau korang sebenarnya tak faham pasal project korang sendiri. 
Soalan paling bahaya dan menakutkan yang panel kami akan tanya "kenapa buat project ni?" atau bila kita pilih warna "kenapa warna ni?" So setiap apa yang korang buat, kena comes out dengan kenapa dulu, baru senang korang nak tackle soalan dari panel. 

Last but not least, senyum lah. jangan nampak kita terlalu takut dan terlalu yakin dengan apa yang kita buat. Jangan melawan panel. Memang panel akan tanya soalan yang menjerut, dan kita nak sokong kita punya project, tapi jangan terlalu melawan, jawab dengan berhemah sebab panel tahu apa yang kita buat, dia tanya tu sebab nak tengok kita faham atau tidak, tu ja. Jadi jangan melawan. 

Kadang presentation kita tak baik tapi attitude kita baik pun panel boleh lembut hati nak bagi markah kan. Yang penting sebelum present selawat dulu, baca ayat kursi, selawat lagi bagi hati tenang. Good luck korang. Sorry tak dapat bagi tips yang kebaboom sebab aku pun bukan prensentor yang hebat. All the best! 


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Follow us on instagram