Followers

AFB.MY

CONTINUE MY WEEKEND ENTRY!

Sunday, February 17, 2019

Assalamualaikum hi!

Sambung entry semalam. Kan aku cakap nak pergi Gunung Lang kan. Here we go!
So kali ni tercapai lah hasrat diorang semua nak naik bot dan masuk ke taman rekreasi kan. Nak tengok binatang lah apa semua kan. Tak ada lah banyak sangat binatang kat situ sebenarnya. Boleh lah nak ambil angin petang kan. 

Pergi dengan girlfriends je semua. Pergi pusing pusing ambil angin. Since kitorang nak naik bot pun dah beratur panjang, sampai sana nak sewa basikal tapi semua dah habis. Ramai orang dah sewa. Harga aku tak sure pulak berapa ringgit. Tak sempat nak tanya. Taman tu nice la kalau naik basikal. Boleh pusing-pusing. Ni jalan kaki lenguh ceq.

Lepas balik dari taman, terus balik rumah. solat asar kat rumah je. Kami keluar before asar. Then masak makan malam, lepas makan keluar lagi pergi Aeon Klebang nak tengok wayang pukul 9.30. Dekat je 5 minit sampai Aeon tu. 

Tengok cerita Alita the Battle Angel. Best! Aku rate 9/10. 1/10 tu spoil sikit part ending rasa taknak keluar dari wayang. Geram tau. 

Dapat voucher 10% discount. Next tengok cerita How to Train Your Dragon pulak. Dah lama tapi tak tengok-tengok jugak. 

Oh sebelum pergi taman tu aku pergirumah kawan aku dulu. Jiran diorang ada bukak concept store Ikea. Dia jual barang Ikea cuma harga dia mahal sikit lah dari Ikea. Harga upah la kan. Dia macam personal shopper tapi ada ready stock jugak kat rumah dia. Banyak la perabot Ikea. 

Aku beli rak untuk barang dapur. Susah kan sepah-sepah sana sini nak masak pun tak senang. Dah ada rak makin semangat lah nak masak. Hehe. Barang Ikea ni aku suka sebab dia sangat minimalis dan compact lagi satu senang nak install. Ni aku install sorang je siap. 



Taraa. dah siap pun. Dah susun-susun barang semua. haaa. senang sikit nak ambil-ambil barang nak guna buat berperang dekat dapur. Harga rak ni dekat Concept stall ni RM65. Ok lah kan.

Ok, nak pergi beli stock lauk untuk seminggu pulak. Esok dah nak kerja. Minggu ni berazam nak bawak bekal pergi kerja. Since company aku dah buat cashless sistem. Semua kena pakai paywave dan aku malas nak guna paywave. Kita tengok lah berjaya atau tak seminggu bawak bekal ok.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Follow us on instagram