Followers

AFB.MY

RESEPI: SPAGETI CARBONARA WITH CREAMY CHEESY SIMPLE TAPI SEDAP

Monday, December 18, 2017


Assalamualaikum. hai friends!

Fuh bila last aku update blog. Dah berminggu agaknya. Tak constant betul aku berbloging, kejap aktif kejap hilang. Macam chipsmore. Adore gila dengan orang yang boleh constant update blog 2 entry sehari. Sekali sehari pun aku dah adore, aku ni sebulan berapa kali je update.

Ok, kali ni nak update resepi pulak. Dah berkurun jugak aku tak update resepi kan. Sebab tak ambil gambar bila masak dan masak simple simple telur goreng, malas la nak update. Kali ni aku tengok ada spageti lebih je dari hari tu tak terusik, rasa nak makan carbonara cheese pulak dah.

Bahan dia simple sangat sebab aku duduk asrama kan, mana ada peti ais semua nak simpan bahan banyak banyak. So memang simple sangat cuma guna 6 bahan jee. 4 je bahan utama sebenarnya.



Bahan bahan :-

spageti
1 tin kecil sos carbonara
1 tin susu cair
serbuk cheese
3 ulas bawang putih (potong kecik2/halus/tumbuk)
1 sudu minyak masak
oregano herbs / parsley herbs

Cara cara


  1. rebus spageti hingga kembang, letak sikit olive oil / minyak masak pon boleh, tapi sikit je, tujuan tak nak bagi melekat ja.
  2. Masukkan 1 tin kecil carbonara sos, kacau, masukkan susu cair sedikit demi sedikit/ masukkan 1/2 tin. Kacau.
  3. Masukkan serbuk cheese dalam 3 4 sudu, ikut kesukaan lah. serbuk cheese ni aku beli dekat kedai kek untuk buat popia cheese atau cheezy wedges tu. 
  4. Kacau kalau pekat masukkan susu cair ikut kesukaan nak pekat tara mana.
  5. Masukkan oregano herbs sikit. 
  6. Okay da siap ! Boleh makan.....
Macam tu je menu campak campak aku. Memang betul campak dan try and error. Memang style aku macam tu pun, main sebat je yang pasti rasa dia urrmmmmhhh sedap gila creamy creamy cheese macam tu. Tengok gambar pun dah tahu kan. 

Kawan aku jual mahal tak nak makan tapi sekali rasa amik macam kena mandram tak berenti makan. Haaa tak percaya orang cakap ketagih kalau sekali rasa. Ceh angkat bakul sendiri nampak. 😂😂😂




Cuba la siapa nak cuba. Confirm tak menyesal. Budak budak mesti suka yang creamy creamy cheese macam ni. Selamat mencuba ya!

RESEPI: SPAGETI CARBONARA WITH CREAMY CHEESY SIMPLE TAPI SEDAP

You Might Also Like

7 comments

  1. CCL hantu spaghetti , bahaya tengok entri ni lama-lama bikin terliur tengok makanan

    ReplyDelete
  2. Mudah tapi yang pasti sedap dan mengenyangkan. Lagi2 kalau duduk kolej semua pun jadi double sedap. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah duduk hostels semua benda la sedap kan kak ana

      Delete
  3. mmg creamy nmpknye..fav ank juga ni

    ReplyDelete
  4. Akak pun baru tahu masak carbonara letak susu cair sikit. Lagi creamy rasanya. Sedap!

    ReplyDelete
  5. itew nak kurus...so kena avoid creamy mcm ni heee

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram