Followers

AFB.MY

BEAUTY REVIEW: SEP JEJU MASK

Wednesday, February 21, 2018


hAI ~

Hari ni nak tulis review tentang Masker SEP ni. Dah lama aku perhati je makin lama makin ramai yang pakai masker ni. Tu yang terjebak sama tu.

Awal bulan hari tu kan Watson dengan Guardian buat promotion habis habis kan, jadi aku pun terpanggil sama walaupun duit makin susut masa tu. Yang sale banyak nya barangan kosmetik, memang niat nak beli tapi masuk tu mak ai ramai kot yang berpusu kat situ. Terus tak jadi sebab crowded sangat. Jadi aku pergi Watson dan nampak Mask SEP ni pon harga kurang banyak.

Harga asal : RM25 +-           Harga promosi : RM 9.90

Hah, siapa je yang tak nak kalau harga sampai macam tu. Terus ambil 2 kotak, kawan aku 1 kotak. Ambil jenis lain lain lepas tu tukar tukar pax dalam tu dengan kawan. Dekat dalam kotak tu ada 5 sheet pax tau. Murah gila kan kira dalam 1 sheet tak sampai RM2. Kalau beli satu satu, dah RM5 ++ untuk 1 sheet. 

SEP Canola Honey Nourishing Mask


- Deeply nourishing 
- Intensely hydrates the skin

Yang ni lebih kepada khasiat madu. Seperti yang kita tahu, madu banyak khasiat yang boleh memberi khasiat yang bagus untuk kulit kan. Aku pakai bila rasa muka perlukan khasiat untuk rawat muka kusam macam tu. 

SEP Green Tea Soothing Mask

- High concentration of green tea extract that comforts irritated skin 
- Helps skin renewal 
- Moisturize skin
Ok yang ni aku rasa paling penting. Sebab kulit muka aku ni sensetif sangat dengan panas. Walaupun tak duduk tengah panas tapi cuaca kat luar panas, kulit muka jadi panas macam heater tu dan merah. Jadi bila pakai mask ni, dia boleh redakan kulit muka sebab mask ni mempunyai extract green tea. 😍😍

SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask


- Helps improving the skin's water retention and prevent dryness and skin flaking with prickly pear extract.
- Suitable for sensitive skin as it comes with Salvia extract – a herb that is anti-inflammatory and has sterilization effect that helps revive and heals the skin.
- SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask gives dry complexions a revitalizing and hydrating boost it deserves as the cactus fruit has a high content of Vitamin C.

Yang ni aku akan pakai bila rasa kulit muka kering dan tak bermaya. Cuaca sekarang kan panas dan senang sangat kulit muka kering. Tambah lagi aku ni jenis muka combination dan ada bahagian muka yang kering, jadi kena selalu apply masker untuk melembabkan kulit 


Sedikit Info diambil dari blog imanabdulrahim, tqvm.

Macam mana nak pakai mask ni?

1. Cuci muka bersih bersih dengan pembersih.
2. Buka mask sheet dan letak dekat muka dan ratakan.
3. Relax dulu selama 10 - 20 minit dan boleh buka. -- jangan pakai sampai pagi esok (kadangx terjadi pada aku)
3. urut atau dab dab kan muka supaya lembapan mask tadi tu lebih menyerap ke kulit muka. 

Tak rugi okay aku beli mask ni. Sebab murah dan memang aku sentiasa perlukan untuk kulit muka yang selalu bermasalah. Kadang kadang saje je nak relax kan muka. Patutlah tengok ramai je yang guna mask ni. Korang pun mesti suka pakai masker kan? Biasa korang apply masker apa ya yang best ?

You Might Also Like

1 comments

  1. busyra penah pakai yg merah dan hijau! best. muka rasa sejuk..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram