Followers

AFB.MY

AIKEN TEA TREE OIL BERKESAN RAWAT JERAWAT

Thursday, June 28, 2018


Assalamualaikum.

Nak recommend kan 1 produk yang bagi aku sangat berkesan untuk kecut kan jerawat. Perempuan ni memang tak lari dari masalah jerawat ni apa lagi bila datang bulan mengambang tu. Konfem ada je jerawat bertenggek buat muka tak malu dekat muka ni haa. Kalau picit konfem sebulan tinggal parut. Dilema juga dengan jerawat ni kan.

Produk apa yang best untuk rawat jerawat?

AIKEN TEA TREE OIL REVIEW

Aku try Aiken tea tree oil ni, sangat best tau. Ni botol kedua guna dah. Hari tu tiba-tiba belakang breakout sebab aku gatal tangan pergi sapu veet dekat belakang bahu, kawasan yang kena veet tu jadi breakout naik jerawat sakit ooo. Menyesal dengan kegatalan sendiri. Jangan tiru aksi ini ya. Nasib lambat lagi nak kawen, sempat la hilang. Aku sapu Aiken ni sampai habis sebotol lah. Alhamdulillah cepat baik.

Satu je pantang larang jerawat ni, jangan picit, sapu je terus aiken ni, yang baru merah merah nak naik tu aku sapu jugak. Terus tak jadi naik tau! Kalau picit almaklum lambat la sikit nak baik dan paling sadis bila tinggal parut. Produk aiken ni untuk jerawat ya, kalau nak hilangkan parut aku tak sure berkesan atau tak. Sebab tu jangan gatal tangan nak picit walaupun aku sendiri yang buat. hee.


Cara pakai cuma dap dap je dekat kawasan jerawat tu. Dia akan mengeringkan sikit kawasan yang kena oil ni, kalau korang rasa kering tu, sapu moisturizer ya. Muka aku okay je tak ada lah jadi kering sangat, mungkin sebab muka jenis oily sikit kot kan. Pakai after toner, lepas dah kering toner dap dap
kawasan jerawat, dah kering oil boleh la sapu moisturizer.



Texture dia light and clear, so boleh pakai siang hari. Tak ada lah nak tempek cream warna putih dekat atas batang hidung kan. aku pernah cuba aiken yang jenis untuk acne jugak tapi dalam tube, yang tu macam tak best sikit sebab pedih kalau apply dekat jerawat yang ada kesan luka dan tak merawat sangat bagi aku, dengan cream putih lama lama dia jadi texture macam gam, so tak best. Aku recommend yang jenis oil ni.

Bau dia agak kurang menyenangkan tapi bagi aku, aku suka je sebab bau macam minyak angin, tapi ma aku pakai terus dia sapu balik sebab dia kata busuk yang amat bau macam pencuci tandas. Hahaha. tapi roomate aku kat uni cakap bau sedap dan aku pun suka sebab bau berangin gitu. Atas orang jugak la nak tahan dengan bau dia ke tak.


Mana nak cari ? dekat Watson dan Guardian confirm ada. Cari both drugstore sebab kadang kadang ade yang tak ada. Mungkin sebab habis stock atau memang tak ambik stock. Online pon boleh, boleh tengok dekat Lazada. Tapi drugstore pun ada, boleh pergi cari bila bila masa ja. Oh harga dalam RM17 something macam tu. Mampu milik la kata orang. Kalau penggunaan sikit boleh tahan sebula 2 bulan taw.


You Might Also Like

3 comments

  1. betul tea tree oil ni berkesan hilangkan jerawat. saya dah guna botol ke-2. bila naik jerawat je, sapi minyak ni. jerawat kecut dan tak tinggalkan parut

    ReplyDelete
  2. menarik jgk produk ni lela. busyra baru tau..

    ReplyDelete
  3. kalo nak pkai serum sekali boleh ke?

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram