Followers

AFB.MY

Biore' UV Sunscreen Review

Tuesday, July 03, 2018

Currently sunscreen that i use and i love it !


Assalamualaikum and hai!

Sebelum ni dah ada review tentang sunscreen bio essence, yang packaging warna putih tu, boleh baca dekat sini. BIO-ESSENCE 'POWER PROTECT COOLING SUNCREEN'
Sekarang sedang mencuba biore' UV perfect protect milk. Secara keseluruhan aku lebih suka biore' ni sebab rasa dia lebih ringan seakan pakai moisturizer. Biasa nya kalau apply sunscreen muka mesti jadi panas dan pedih, tiba-tiba muka bertukar jadi merah. Sangat tak best!



Mempunyai spf 50+ yang sebenarnya dah cukup untuk kulit kita.  Selain dari lindungi kulit dari cahaya UV, texture dia yang moist buat kulit jadi lembab dan tak kering. Sesetengah sunscreen yang tak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit menggelupas kan. Siapa pernah kena?


Cara nak pakai suncreen seperti gambar kat atas ni, jangan kedekut please, bukan dap dap sikit 0.5 mm tau. Kuantiti yang perlu dipakai macam kat atas ni, guna 2 jari macam tu. Lepas tu sapu rata kemuka dan biarkan kering dulu baru apply make up.

Texture dia milky macam tu beri kesan moist dekat kulit muka. Tak pedih dan tak melekit. Dia cepat je absorb macam pakai moisturizer je. Apply setiap 4 jam untuk pelindungan yang lebih baik. Apply setiap masa lepas bersihkan muka walaupun duduk kat rumah tak keluar pergi mana mana, walaupun cuaca mendung untuk lindungi kulit. Masukkan dalam skincare list je senang biar jadi routine.

Bila nak apply sunscreen?

Sebelum primer make up. Senang untuk AM routine, 1.cuci muka, 2.toner, 3.Serum, 4.moisturizer, 5.suncreen, 6.Make up primer 7.Make up(teruskan step make-up pulak) 
Haa macam tu lah ya setiap hari. 

Boleh dapatkan dekat Watson atau Guardian. 

Produk ingredient 

Water, Cyclopentasiloxance, Zinc Oxide, Alcohol, Ethylhexyl methoxycinnamate, Lauryl Methacrylate/Sodium Methacrylate Crosspolymer, Dimethicone, Isopropyl Palmitate, Talc, Glycerin, PEG-32, Methicone, PEG-12 Dimethicone, Polysilicone-9, PEG-3 Dimethicone, Fragance, BHT, Tocopherol, Oryza sativa Germ Oil, Phenoxyethanol, o-Cymen-5-ol

Origin 

Japan 

Harga?

RM17.40.  Sekarang ada sale member cards watson, so dapat RM 14.79. 

That's all. Thank you for reading this entry guys!


You Might Also Like

7 comments

  1. menarik,, saya pun guna produk ni...
    best2,,
    silakan singgah blog saya, ada post baru tentang 'determine your skin type'

    https://aishahmiso.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mama memang pakai yg ni.. memang best sebab tekstur dia ringan je tak terasa di muka

    ReplyDelete
  3. banyak juga yang suggest guna biore sunscreen ni, nanti nak try jugak lah lepas habiskan yang ada :D

    ReplyDelete
  4. ramai kawan yg guna produk..kata diaorg best...nnt Umi pun nk try jugak la

    ReplyDelete
  5. murah jgk harga dia.. berpatutan. tq lela for sharing sbb adik busyra tngah cri sunscreen yg best.

    ReplyDelete
  6. Affordable juga harganya. susah nak cari sunscreen yang tak melekit (agaknya sebab kandungan zinc oxide dalam tu)

    ReplyDelete
  7. ooowh sunscreen sangatlah penting. kalo xmo pakai slalu pakai sikit2 pun jadila. lagi2 yang memang always keluar duduk bawah matahari..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram