Followers

AFB.MY

Resepi Tomyam Ala Thai Paling Simple

Wednesday, June 06, 2018

Resepi Tomyam Ala Thai Paling Simple
Gambar kurang berkualiti sebab aku screenshot boomerang dekat ig je, tak ambil gambar.

Assalamualaikum.

Dah lama tak kongsi kongsi resepi dekat blog. Siapa kat sini peminat tegar tomyam. Mesti ramai kan. Nak nak tomyam ala Thai ni. Selama aku duduk Perlis ni, tomyam sini aku rasa agak sedap dan lain sikit nak banding dengan tempat lain. Ataupun tekak aku je rasa lain?

Mungkin resepi aku ni simple simple je, mungkin ada terkurang bahan bahan kan. Harap korang tambah lah sendiri kalau ada terkurang bahan ke apa. Ni versi campak campak aku je. Gambar kat atas tu dah konfem konfem tak full bahan bahan sebab pakai je yang mana ada. 

Resepi Tomyam Ala Thai Paling Simple

Bahan bahan nya. 

Bawang merah *
bawang putih *
halia *
1 kiub pati tomyam * 
1 sudu pes tomyam * (thai punya)
2 3 tangkai cili padi*
1 biji tomato *

Serai
Daun limau purut
Sayur campur (bunga kubis, carot, saderi, kobis cina)
1 biji tomato
1 bawang holland
Daun ketumbar

ayam/daging/sotong/udang/campur kesemua.

1. pertama sekali blend semua yang aku tanda * sampai hancur lah. 
2.Didihkan air atas api, masukkan bahan yang di blend tadi. Serai dan daun limau purut
3.Tambah 1 sudu pes tomyam thailand tadi.
4.Perasakan dengan garam dan perasa makanan secukupnya.
5.Masukkan bahan mentah ayam/daging/sotong/udang/campur kesemua. Ikut citarasa masing masing nak buat tomyam apa. 
6. Masukkan sayur campur, tomato da bawang holland tadi. Biar sehingga sayur lembut.
7. Potong daun ketumbar dan tabur macam daun sup tu. 
8. Siap dan boleh makan dengan telur dadar, ikan bakar dan nasi panas ! 


Okay, ni pes tomyam ala Thai yang aku pakai dan orang utara ni pakai untuk sedapkan dan bangkitkan rasa tomyam tu. Aku tak pasti kalau tempat lain senang tak nak dapat. Nak kirim boleh pm tepi kot ada yang nak kan. Sementara aku masih diperlis ni.

Resepi Tomyam Ala Thai Paling Simple

You Might Also Like

6 comments

  1. Selalu fail buat tomyam sebab tak Sam macam kedai. Nak try resipi ni pula sebab semua bahan ada tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. make sure blend bahan atas kak ana. sy rasa blend ni pengaruh jugak. selama ni sy x blend. x sama mcm kedai. bila blend baru ada rasa and pekat sikit. Kadang dorang tambah sos, tpi sy x suka sgt tmnbh sos

      Delete
  2. guna pes tu mmg sedap..slalu juga buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan. lagi terasa tomyam n warna punlagi mengancam drpd pkai kuib semata

      Delete
  3. assalamualaikum. terjah di ptg hari...
    sama la pes tomyam kita.
    aida suka buat pepekat.
    tambah cilipadi. yummy!
    nampak la skit hatyai & bangkok :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Akak guna pes jugak, ape entah nama kawan beli kat kedah. Memang sedap gilaaaa tomyam jadinya. Next time nk cuba pes yg ni pulak =)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follow us on instagram